Sahih bukhari kitab haji sesi 20tajuk.
1121.Bab firman Allah Al-Baqarah 2:196 "...sesiapa di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka bolehlah dia berikan fid-yah berupa puasa ataupun sedekah atau pun mengorbankan binatang.
Dia diberi pilihan diantara 3 perkara itu.
Adapun puasa itu 3 hari.
1122. Bab Firman Allah Al-Baqarah 2:196, "...atau bersedekah.." yaitu memberi makan enam orang miskin (bukan 10 orang)
1123. Memberi makan sebagai fidyah adalah setengah sha'.
(gandum atau bukan gandum)
1124. Bab Kurban dengan satu kambing(النُّسُكُ)
1125. Firman Allah Al-Baqarah 2:197"...maka tidak boleh rafats …"(sesuatu yang membawa kepada jimak)
1126.Bab Firman Allah Al-Baqarah 2:197 "...berbuat fasik ( terkeluar dari had2 syarak . Bermakna hanya buat seperti yang Nabi saw tunjuk) dan berbantah bantahan di dalam masa mengerjakan haji…"
1127. Bab denda kerana berburu binatang buruan dan sebagainya dalam keadaan ihram dan selainnya, dan firman Allah Al-Ma'idah 5:95, Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh hewan buruan, ketika kamu sedang ihram (haji atau umrah). Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan hewan ternak yang sepadan dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu sebagai hadyu yang dibawa ke Ka‘bah, atau kafarat (membayar tebusan dengan) memberi makan kepada orang-orang miskin, atau berpuasa, seimbang dengan makanan yang dikeluarkan itu, agar dia merasakan akibat buruk dari perbuatannya. Allah telah memaafkan apa yang telah lalu. Dan barangsiapa kembali mengerjakannya, niscaya Allah akan menyiksanya. Dan Allah Mahaperkasa, memiliki (kekuasaan untuk) menyiksa(95)
Dihalalkan bagimu hewan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) hewan darat, selama kamu sedang ihram. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan (kembali)(96).
**Bab bila seorang itu yg halal yakni yg tidak pakai ihram berburu lalu dia berikan hadiah binatang yg diburu oleh dia kepada muhrim,bolehkah dimakan?Muhrim itu Boleh.
(Ali berpendapat tidak boleh).
Ibnu Abbas dan Anas berpendapat, muhrim tidak mengapa sembelih.Yakni muhrim boleh sembelih iaitu binatang yg bukan binatang buruanlah seperti unta , kambing , lembu , ayam, kuda dsbgnya.
Dikatakan adlun iaitu mislun،kalu engkau baris bawahkan عِدْلٌmakna dia zinatu(زِنَةُ) bermakna seberat .Itu adalah sebagai penegak.
Mereka menjadikan atau mengadakan seumpamanya atau setanding dengan tuhan itu.
1128. Jika orang-orang yang sedang ihram melihat binatang buruan kemudian tertawa.(tertawa belum dikira isyarat yang tidak dibenarkan kerana orang ihram dilarang berburu)
1129. Orang yang sedang ihram tidak boleh membantu orang yang halal (tidak ihram) membunuh binatang buruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan