Rabu, Mei 25, 2022

Tafsir nota baca 0006(0096-0100)s18/5/22(9)

Tafsir nota 006(0096-0100)s18/5/22(9)
Al-Baqarah 2:74
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةًۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ ٱلْأَنْهَٰرُۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ ٱلْمَآءُۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ 
Kemudian hati kamu tetap keras juga selepas peristiwa itu.¹³⁴ la keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang mengalir daripadanya sungai-sungai dan ada yang pecah mengalirkan mata air dan ada yang terhumban jatuh kerana takut kepada Allah;¹³⁵ Dan Allah tidak sekali-sekali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.¹³⁶ [74].

¹³⁴ Setelah menyaksik'an bermacam-macam mu'jizat dan terakhir mu'jizat orang yang telah mati terbunuh hidup kembali, sepatutnya telah timbul rasa insaf dan keinginan bertaubat di dalam hati kamu. Tetapi malangnya hati kamu telah menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi daripada batu. Kerasnya hati seseorang individu dan sesebuah masyarakat merupakan suatu pertanda yang sangat tidak baik. la mengisyaratkan kepada hilangnya kemampuan dan daya menerima kebaikan serta kebenaran pada hati-hati mereka. Setelah itu harapan untuk ia dipulihkan amat tipis.

Itulah sebabnya Allah berpesan begini kepada orang-orang yang beriman:
Al-Hadid 57:16
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ ٱلْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematühi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (derhaka). 

¹³⁵ Ayat ini menunjukkan batu juga mempunyai daya tanggapan, rasa dan kefahaman tersendiri. Terhumban jatuhnya batu itu dikatakan satu bentuk pernyataan rasa takutnya kepada Allah. Menurut al-Qur'an, bukan batu sahaja yang mempunyai daya seperti itu, malah langit yang tujuh dan bumi serta segala sesuatu yang terdapat padanya juga. Lihat firman Allah ini sebagai buktinya:
Al-Isra' 17:44
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
Bermaksud: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian mak'hluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya la adalah Maha Penyantun, lagi Maha Pengampun. (al-lsraa':44). 

¹³⁶ Oleh itu buatlah apa pun yang kamu mahu, tetapi ingat!:
Az-Zalzalah 99:8 وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ
Bermaksud: Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun. niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan