Sahih bukhari kitab ilmu 0055(56-69) 21/5/22s
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(56) 21/5/22 (1)
64-⁸⁵/⁷¹Musa Bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya, Sulaiman Bin Mughirah meriwayatkan kepada kami, katanya, Tsabit meriwayatkan kepada kami daripada Anas, beliau berkata: “Di dalam Al-Qur’ān kami telah dilarang bertanya Nabi s.a.w.⁸⁶ Kerana itu kami suka sekali jika ada seseorang dari kalangan penduduk di kawasan pedalaman (orang badwi) yang bijaksana datang bertanya Nabi s.a.w. dan kami pula mendengarnya.⁸⁷/⁷³ Maka datang seorang badwi (penduduk di kawasan pedalaman),⁸⁸/⁷⁴ dan dia terus berkata (kepada Nabi s.a.w.): “Utusanmu datang kepada kami dan dia memberitahu kami bahawa engkau mendakwa sesungguhnya Allah mengutuskanmu”. Nabi
s.a.w. menjawab: “Benar”. Orang itu bertanya terus: “Siapakah yang menjadikan langit? Nabi s.a.w. menjawab: “Allah”. Orang itu bertanya lagi: “Siapakah yang menjadikan bumi dan bukit-bukau?” Nabi s.a.w. menjawab: “Allah”. Orang itu bertanya lagi: “Siapakah yang meletakkan segala manfaat dan faedah di bumi ini?” Nabi s.a.w. menjawab: “Allah”. Orang itu selanjutnya berkata: “Demi tuhan yang telah menjadikan langit dan telah menjadikan bumi serta telah menegakkan bukit-bukau dan telah meletakkan padanya segala manfaat, adakah Allah telah mengutuskanmu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ya”. Orang itu berkata: “Utusanmu mendakwa bahawa kita wajib mengerjakan sembahyang lima waktu di samping wajib membayar zakat harta kita”. Nabi s.a.w. menjawab: “Benar”. Kata orang itu: “Demi tuhan yang telah mengutuskan engkau, adakah Allah menyuruh engkau tentang perkara itu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ya”. Orang itu berkata: “Utusanmu mendakwa bahawa kami perlu berpuasa satu bulan (Ramadhan) dalam satu tahun?” Nabi s.a.w. menjawab: “Ya”. Orang itu berkata: “Demi tuhan yang mengutuskan engkau, adakah Allah memerintahkanmu tentang berpuasa ini?” Nabi s.a.w. menjawab:
“Ya”. Orang itu berkata lagi: “Utusan engkau mendakwa bahawa kita perlu naik haji iaitu kepada sesiapa yang mampu mengerjakannya”.⁸⁹ Nabi s.a.w. menjawab: “Benar”. Orang itu berkata (selanjutnya): “Demi tuhan yang mengutuskan engkau, adakah Allah menyuruhmu tentang perkara ini?”. Nabi menjawab: “Ya”. (Akhirnya) Orang itu berkata: “Demi tuhan yang mengutuskan engkau dengan sebenar, aku tidak akan menambahkan sesuatu
daripada apa yang tersebut itu dan tidak akan mengurangkannya”. (Mendengar kata-kata orang itu) Nabi s.a.w. pun bersabda: “Jika dia benar, pasti dia akan
masuk syurga.”⁹⁰/⁷⁶
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(56) 21/5/22 (2)
⁸⁵/⁷¹ Di bawah nota ke-⁶⁸ sebelum ini telah pun disebutkan bahawa hadits ke-⁶⁴ ini tidak terdapat di dalam kebanyakan nuskhah Sahih Bukhari. Ia hanya terdapat di dalam nuskhah Firabri sahaja. Di dalam Sahih Bukhari yang diguna oleh Hafizh Ibnu Hajar, al-`Aini, al-Qasthallāni dan lain-lain untuk Syarah mereka tidak ada pun hadits ke-64 di bawah “Bab ke-(6): Bacaan Dan `Ardhu Di Hadapan Muhaddits.” Imam
Bukhari hanya mengemukakan riwayat ke-64 ini secara ta`liq sahaja setelah mengemukakan hadits ke-63.
Menurut para `ulama’ yang menerima adanya hadits ke-64 berdasarkan nuskhah Firabri pula mengatakan apa yang disebut sebagai riwayat ta`liq selepas hadits ke-63
itu sepatutnya tiada lagi, setelah adanya riwayat tersebut secara maushūl sebagai hadits ke-64. Nuskhah yang tersebar di benua kecil India pula mengandungi hadits ke-64 sebagai hadits maushūl yang berasingan. Alasan mereka mentarjihkan nuskhah Firabri ialah Firabri merupakan murid istimewa Imam Bukhari. Beliau telah menerima (mempelajari secara talaqqi) Sahih Bukhari daripada Imam Bukhari secara langsung
sebanyak dua kali. Sesetengah `ulama’ pula berpendapat sebanyak tiga kali.
⁸⁶/⁷² Larangan itu terdapat di dalam firman Allah berikut:
Al-Ma'idah 5:101
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَسْـَٔلُوا۟ عَنْ أَشْيَآءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْـَٔلُوا۟ عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ ٱلْقُرْءَانُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا ٱللَّهُ عَنْهَاۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkanmu, dan
jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur’ān, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan)
perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Qur’ān); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar. (al-Ma’idah:101).
Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu `Abbaas bahawa beliau berkata:
Bermaksud: Sekumpulan orang bertanya Rasulullah s.a.w. dengan maksud mempermain-mainkan (Baginda). Lalu ada yang bertanya, “Siapa ayahku?”, dan ada pula orang yang kehilangan unta bertanya, “Di mana untaku?”
Maka Allah menurunkan berhubung dengan mereka ayat ini:
كَانَ قَوْمٌ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتِهْزَاءً فَيَقُولُ الرَّجُلُ مَنْ أَبِي وَيَقُولُ الرَّجُلُ تَضِلُّ نَاقَتُهُ أَيْنَ نَاقَتِي فَأَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِمْ هَذِهِ الْآيَةَ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ } حَتَّى فَرَغَ مِنْ الْآيَةِ كُلِّهَا
Nabi s.a.w. membaca ayat ini hingga ke akhirnya.
Di dalam sesetengah riwayat tersebut para shaĥabat telah mengemukakan 13 soalan semuanya.
Imam Bukhari juga mengemukakan satu hadits yang diriwayatkannya daripada Sa`ad bin Abi Waqqāsh, bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
إِنَّ أَعْظَمَ الْمُسْلِمِينَ جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرَّمْ فَحُرِّمَ مِنْ أَجْلِ مَسْأَلَتِهِ
Bermaksud: Sesungguhnya orang Islam yang paling besar kesalahannya ialah orang yang bertanya tentang sesuatu yang belum diharamkan, lalu ia diharamkan kerana
soalannya.
Di sini mungkin timbul satu kemusykilan bahawa adakah para Shaĥabat memang tidak mengemukakan apa-apa persoalan kepada Nabi s.a.w. dalam majlis Baginda?
Bukankah terdapat sekian banyak ĥadīts yang menyebut pertanyaan mereka kepada Nabi s.a.w.?, dan bukankah terdapat banyak juga ĥadīts yang meminta supaya mereka
bertanya dan mengemukakan soalan-soalan?
Jawapan kepada kemusykilan di atas ialah pertanyaan yang terlarang di dalam firman Allah ini ialah yang sia-sia, tidak berguna, remeh-temeh dan boleh menjatuhkan
maruah dan air muka seseorang, seperti tersebut di dalam hadits yang menyatakan sebab nuzul bagi ayat tersebut.
Pertanyaan yang banyak juga boleh membawa kepada tanggungjawab yang lebih banyak. Kerana bimbangkan hal itu, maka para shaĥabat tidak banyak bertanya,
terutamanya setelah turun ayat 101 Surah al-Ma’idah. Tetapi keadaan itu tidaklah berpanjangan. Ia hanya melibatkan beberapa ketika sahaja. Pada ketika itu mereka semacam kaku dan dikelubungi semacam perasaan takut.
Minat kepada ilmu yang sentiasa membuak-buak di dalam jiwa mereka pula mahukan sesuatu yang baharu daripada Rasulullah s.a.w. Keadaan itulah yang digambarkan
oleh Anas di dalam hadits ini: “Kerana itu kami suka sekali jika ada seseorang dari kalangan penduduk desa (orang badwi) yang bijaksana datang bertanya Nabi s.a.w. dan kami pula mendengarnya.”
⁸⁷/⁷³ Kerana telah turun ayat 101 Surah al-Mā’idah dan kerana terdapatnya ancaman dari Allah pada ayat berikutnya, iaitu 102 ini:
Al-Ma'idah 5:102 قَدْ سَأَلَهَا قَوْمٌ مِّن قَبْلِكُمْ ثُمَّ أَصْبَحُوا۟ بِهَا كَٰفِرِينَ
Bermaksud: Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya). (al-Mā’idah:102),
para sahabat dikuasai semacam perasaan takut.
Kehebatan Rasulullah s.a.w. pula telah menguasai jiwa mereka. Kebiasaan Baginda ialah menganjurkan para sahabat melakukan perkara yang bernas dengan
menggunakan bahasa yang jelas dan tepat, sehingga tidak perlu ditanya berkali-kali untuk memahaminya. Perkara yang diberitahu Baginda juga tentunya lebih baik dan
lebih sesuai untuk mereka.
Ringkasnya, keadaan itu telah pun meresapi jiwa kebanyakan sahabat dan mereka menerima apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan segala senang hati. Kadang-kadang ada juga kemusykilan yang hendak ditanya tetapi tidak dinyatakan sehingga disimpan selama dua tahun. Keadaan seperti ini telah berlaku
kepada beberapa orang sahabat, antaranya Ibnu `Abbās.
Dalam keadaan itulah, mereka suka sangat sekiranya ada orang luar yang bijaksana dan tidak terikat dengan disiplin-disiplin sebagai murid Rasulullah s.a.w. yang khusus, datang untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara.
Saiyyiduna `Umar memuji Dihimām bin Tsa`labah dengan berkata: ما رأيت أحدا أحسن مسأله ولاأوجزمن ضمام
Bermaksud: Tidak pernah ku lihat seseorang yang lebih elok dan lebih ringkas pertanyaannya daripada Dhimām.
⁸⁸/⁷⁴ Seorang badwi yang datang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dhimām bin Tsa`labah sebagaimana telah tersebut di dalam riwayat sebelum ini (hadits nombor 63).
Nota:
Inilah Dalil Boleh murid baca guru dengar yang dipanggil ardhu.
⁸⁹/⁷⁵ Ibnu at-Tīn (baca Ibnu Tiin) di dalam Syarah Bukhārinya menyebutkan bahawa riwayat pertama tajuk ini tidak menyebutkan naik haji kerana ia masih belum difardhukan lagi, tetapi di dalam riwayat ini dan riwayat Shaĥīĥ Muslim ada disebutkan kerja haji, boleh jadi pendapat `ulama’-`ulama’ yang mengatakan kerja haji belum difardhukan lagi itu sebenarnya terpengaruh dengan pendapat al-Wāqidi; seorang ahli sejarah dan juga Muĥammad bin Ĥabīb; juga seorang ahli sejarah yang mengatakan Dhimām berjumpa dengan Nabi s.a.w. pada tahun ke-5, tetapi riwayat Wāqidi itu tidak shaĥīĥ kerana dia seorang yang dha`īf dan jika dibandingkan dengan riwayat Imam Bukhāri ini, riwayat Shaĥīĥ Muslim dan juga kandungan ĥadīts yang menyebutkan tentang ayat 101 Surah al-Ma’idah yang turun di akhir hayat Nabi s.a.w., semuanya menunjukkan peristiwa ini telah berlaku di akhir, paling tidak pada tahun berlakunya peristiwa Ĥudaibiyah (tahun ke-6), tetapi yang lebih jelas lagi ialah ia berlaku pada tahun ke-8 atau ke-9, kerana Dhimām berjumpa dengan Nabi s.a.w. sebagai wakil kepada kaumnya. Pada tahun ke-5 perjalanan orang bukan Islam ke kawasan orang Islam tidak dibenarkan dan dihalang oleh orang-orang musyrikin. Selepas Perjanjian damai Ĥudaibiyah pada tahun ke-6 barulah dibenarkan mereka menziarahi kawasan orang Islam. Tahun ke-9 pula dikenali sebagai tahun wufūd, iaitu tahun rombongan-rombongan datang menemui Nabi s.a.w., maka sesuailah peristiwa ĥadīts ini berlaku pada ketika itu. Ibnu `Abbās juga ada meriwayatkan ĥadīts ini dan kewujudannya dalam peristiwa ini menunjukkan ia berlaku selepas Pembukaan Mekah, kerana mengikut kebanyakan
`ulama’, beliau datang ke Madinah bersama ibu bapanya selepas Pembukaan Mekah.
- berbeza dgn riwayat 63 meriwayat ini menyebutkan kerja haji.
- atau riwayat 63 adalah riwayat yang ringkas.
- atau hadits riwayat 64 melengkapkan riwayat 63.
⁹⁰/⁷⁶ Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum- hakam yang terdapat di dalam ĥadīts ini ialah:
(1) Elok sebagai menjaga adab memulakan persoalan dengan ayat pembuka yang membuatkan orang yang ditanya itu memberikan perhatian dan berwaspada, seperti
memberitahu supaya jangan marah dan terasa hati sebelum bertanya sesuatu yang agak penting.
(2) Ayat sumpah adalah sejenis bentuk ayat yang kasar dari segi ia menampakkan tiada keyakinan terhadap sesuatu perkara dan perlu kepada kepastian dan juga ada
tekanan dari segi tidak boleh dijawab secara bermudah- mudah.
(3) Diharuskan bersumpah dan meminta orang lain turut bersumpah dalam perkara yang penting seperti bertukar agama.
(4) Sesetengah `ulama’ seperti Ĥakim berkata bahawa ĥadīts ini menunjukkan elok mencari sanad yang (lebih) tinggi atauالسند العالي ,iaitu rantaian sanad yang lebih
sedikit perawinya dan lebih meyakinkan seperti yang dilakukan oleh Dhimām dengan mencari Nabi s.a.w. sendiri. Tetapi ini adalah pendapat `ulama’ kemudian, kerana
Dhimām pada ketika itu belum Islam lagi, rantaian sanad tidaklah menjadi sesuatu yang penting kepadanya.
(5) Perbuatan Nabi s.a.w. mengiyakan apa yang disebut oleh Dhimām itulah yang menjadi bukti kepada jenis periwayatan secara `ardhu yang hendak diterangkan oleh
Imam Bukhāri melalui tajuk bab ke-6 ini.
(6) Perkara yang disebutnya tadi itu sudah mencukupi untuk seseorang itu memasuki syurga kerana setiap orang Islam tentunya akan memasuki syurga. Tetapi ĥadīts ini
bukan menyuruh supaya dilakukan perkara-perkara ini sahaja dan tidak dilakukan apa-apa yang lain, kerana Nabi s.a.w. menyebutkan bahawa dia pasti akan masuk
syurga tetapi tidak menyebutkan masuk dahulu atau kemudian.
*Munawalah:cara menerima dan menyampaikan hadits.
🗯🗯🗯🗯🗯🗯🗯🗯
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(56) 21/5/22 (3)
7 - بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الْمُنَاوَلَةِ وَكِتَابِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْعِلْمِ إِلَى الْبُلْدَانِ
وَقَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَسَخَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْمَصَاحِفَ فَبَعَثَ بِهَا إِلَى اآلفَاقِ وَرَأَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَمَالِكُ بْنُ
أَنَسٍ ذَلِكَ جَائِزًا وَاحْتَجَّ بَعْضُ أَهْلِ الْحِجَازِ فِي الْمُنَاوَلَةِ بِ حَدِيثِ النَّبِيِّ صلى اهلل عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ كَتَبَ ألمِريِ السَّرِيَّةِ كِتَابًا وَقَالَ
ال تَقْرَأْهُ حَتَّى تَبْلُغَ مَكَانَ كَذَا وَكَذَا فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ الْمَكَانَ قَرَأَهُ عَلَى النَّاسِ وَأَخْبَرَهُمْ بِأَمْرِ النَّبِيِّ صلى اهلل عَلَ يْهِ وَسَلَّمَ
Bab (7): Apa Yang Disebut Tentang Munâwalah ⁹¹ Dan Kiriman Surat Yang Mengandungi `Ilmu Oleh Ahli `Ilmu Ke Pelbagai Negeri.⁹² Anas Berkata: “`Utsman Telah Menyalin Beberapa Mushaf Lalu Dihantarnya Mushaf-Mushaf Itu Ke Beberapa Pelusuk Negeri.”⁹³ `Abdullah Bin `Umar, Yahya Bin Sa`id Dan Mâlik Berpendapat Cara Itu Harus.⁹⁴ Sebahagian Ahli Hijaz⁹⁵
_________
⁹¹/⁷⁷ Sebelum ini Imam Bukhari telah membuat bab tentang membaca dan mengemukakan hadits di hadapan guru, sebelum itu lagi ialah bab guru yang membaca dan periwayatan menggunakan istilah ĥaddatsana dan sebagainya. Sekarang Imam Bukhari ingin mengemukakan pula cara munawalah, iaitu guru memberikan kitab yang ditulisnya kepada murid, kitab itu mengandungi sanad gurunya, murid tersebut tidak membacanya pun di hadapan guru, kalau guru itu menyebutkan: “Saya benarkan kamu riwayatkan apa yang ada di dalam kitab ini dengan sanad saya”, maka murid tadi boleh meriwayatkannya dan periwayatan sebegitulah dipanggil periwayatan secara munawalah. Boleh juga kitab itu disalin daripada murid yang lain kemudian dikemukakan di hadapan guru yang menulisnya dan gurunya itu membenarkannya untuk meriwayatkannya. Mengikut istilahnya, munawalah
terbahagi kepada dua:
pertama(1)مناولة مقرونة باإلجازة Munawalah yang disertai kebenaran daripada guru, mengikut Imam Bukhari, Ayyub as-Sakhtiyani dan lain-lain cara ini membenarkan periwayatan secara ĥaddatsana dan akhbarana seolah-olahnya guru itu sendiri yang membacanya atau dibacakan di hadapan guru. Ini kerana guru itu tentunya sudah mengambil tahu tentang muridnya yang ingin mengambil ijazah dan sanad daripadanya.
kedua (2)مناولة غير مقرونة باإلجازة Munawalah yang tidak disertai kebenaran guru. Terdapat khilaf `ulama’ tentangnya, ada yang berpendapat tidak boleh digunakan istilah ĥaddatsana atau akhbarana tetapi sebaliknya perlu digunakan ناولني فلان atau أخبرني الشيخ مناولةyang bermaksud ‘si fulan (guru) itu telah memberikan kepada saya’ atau ‘meriwayatkan kepada saya secara munawalah’, dengan istilah ini akan difahami bahawa murid itu tidak membaca di hadapan gurunya, tidak juga gurunya membaca di hadapannya. Kelayakan penerima tadi perlu diperhatikan juga, sekiranya dia seorang yang berkelayakan, maka boleh diterima periwayatannya, sekiranya dia bukan orang yang mempunyai kelayakan, maka ia seharusnya ditolak. Sesetengah `ulama’ mengatakan bahawa riwayat munawalah atau mukatabah mestilah disebut dengan lafaz anba’ana, ada juga yang mengatakan mesti disertakan
lafaz yang memberi ma`na mukatabah atau munawalah tetapi Imam Bukhari tidak mensyaratkannya. Cuma bila begitu, akan timbul kemusykilan pula tentang riwayat-
riwayat ĥaddatsana dan akhbarana di dalam Shahih Bukhari kerana tidak ada apa-apa tanda, adakah ia betul-betul riwayat taĥdīts atau munawalah? Jawapannya ialah
riwayat-riwayat yang ada di dalam Shahih Bukhari ini tidak dimasukkan oleh Imam Bukhari jika hanya diterima beliau melalui cara munawalah atau mukatabah sahaja,
bahkan Imam Bukhari mensyaratkan adanya tsubut liqa’ (terbukti telah bertemu) selain adanya mu`asharah (sezaman) antara murid dan guru. Imam Bukhari juga
memilih perawi yang telah lama bersama gurunya, yang kuat ingatannya dan menjadi harapan kepada gurunya. Jadi pendapat yang disebutkan oleh Imam Bukhari tadi adalah untuk umum dan tidak terpakai kepada Shahih Bukharinya ini.
Imam Abu Hanifah menolak periwayatan secara munawalah kerana baginya ia sama dengan surat yang dibacakan di hadapan Qadhi yang memerlukan saksi. Maka periwayatan secara munawalah ini juga memerlukan kepada dua orang saksi yang mengakui bahawa seseorang murid itu telah menerima tulisan gurunya sama seperti
dalam masalah surat yang dibacakan di mahkamah. Imam Bukhari menerima periwayatan munawalah dengan jawapan bahawa surat di hadapan Qadhi itu ialah dalam bab Syahadah (kesaksian) dan ia tidak sama dengan bab Ikhbar dan I`lan Hadits (penyampaian hadits), ini kerana ia lebih longgar dan tidak diketatkan dengan syarat-syarat seperti dalam bab Syahadah (kesaksian). Kerana itu juga tidak ada beza antara periwayatan lelaki atau perempuan, berbeza dengan kanun kesaksian, di mana seorang lelaki menyamai dua orang perempuan. Begitu juga umur perawi tidak terhad seperti umur saksi mahkamah.
Satu istilah lain yang hampir dengan munawalah ialah وجادة (wijadah) iaitu seseorang murid menemui kitab gurunya yang tidak diberikan kebenaran oleh gurunya secara
khusus. `Ulama’ berbeza pendapat juga tentang cara ini, periwayatan wijadah yang boleh diterima ialah sekiranya kitab gurunya itu dikenal pasti sebagai tulisan gurunya
sendiri, juga sudah ditashihkan dan muridnya pula seorang yang berkelayakan.
⁹²/⁷⁸ Selain daripada periwayatan secara munawalah, Imam Bukhari juga mengemukakan satu lagi cara yang juga boleh diterima, ia dipanggil Mukatabah atau surat yang ditulis oleh ahli ilmu kepada ahli ilmu lain di serata negeri. Secara tidak langsung mengisyaratkan kepada kepelbagaian cara untuk memperolehi ilmu, terutama di zaman kita sekarang ini, dengan mesej digital, televisyen, cakera padat,
kaset, rakaman suara, rakaman video, dan sebagainya. Periwayatan dengan cara-cara begini dibenarkan, dengan syarat dapat dipastikan kesahihannya dan sumbernya
adalah daripada tuan asal dan tidak ada apa-apa tokok tambah dan pengubahan dari pihak ketiga.
Penyalinan isi dan juga percetakan tanpa apa-apa pengubahan yang dilakukan oleh orang yang ingin mengambil keuntungan dibenarkan dengan izin pengarang asal, kerana ada saja pengarang yang tidak mengambil berat tentang keuntungan dan hanya ingin menyebarkan ilmu ke serata tempat. Pengawalan dan izin ini termasuk di bawah kategori undang-undang hak cipta yang diterima Islam untuk menjaga hak pengarang,kesahihan dan keaslian hasilnya supaya ia terjaga daripada tokok tambah orang yang tidak bertanggungjawab. Surat yang disertai dengan izin untuk meriwayatkan kandungannya itu sah untuk digunakan, surat yang hanya mengandungi riwayat hadits sahaja terdapat beberapa
pendapat `ulama’ tentangnya, secara umumnya ia sah periwayatannya tetapi mestilah disebutkan secara mukatabah seperti كَاتَبَنِي atau حدثني كتابة yang bermaksud ‘dia telah meriwayatkan kepadaku secara mukatabah atausecara murasalah’ (dengan mengutus suratَ)seperti أجازنِي مَراسَلَة yang bermaksud dia telah mengizinkan kepada saya secara murasalah’.
Berhenti setakat ini 21/5/22
⁹³/⁷⁹ Imam Bukhari membawakan bukti untuk munawalah; salinan al-Qur’an oleh Sayyidina `Utsman yang disahkan dan dijadikan sebagai mushaf rasmi dan dihantarkan ke pelusuk negeri. Jika al-Qur’an sah untuk disampaikan dengan cara itu, hadits yang darjatnya lebih rendah itu tentunya boleh.
⁹⁴ Imam Bukhari membawa pendapat orang-orang terdahulu untuk membuktikan keabsahan pendapat yang dikemukakannya, cuma terdapat kemusykilan tentang
siapakah yang dimaksudkan oleh beliau dengan `Abdullah bin `Umar itu? Adakah dia Ibnu `Umar? `Abdullah bin `Amar bin al-`Aash atau `Abdullah bin `Umar yang lain?
Berikut adalah beberapa jawapan bagi merungkai kemusykilan ini:
(1) Yang dimaksudkan ialah `Abdullah bin `Umar bin `Aashim bin `Umar atau dikenali sebagai
`Abdullah bin `Umar al-`Umariy, cicit Sayyidina `Umar r.a. Demikianlah kata al-Kirmāni. Buktinya ialah Imam Bukhari meletakkan dia bersama-sama Yahya bin Sa`id dan Imam Malik yang kedua-duanya bukan sahabat tetapi orang `alim di peringkat kemudian. Imam Tirimizi dan Anwar Syah al-Kasymiri mengatakan dia sebagai seorang perawi yang hasan, maka timbul pula persoalan mengapakah Imam
Bukhari menyebutkan perawi hasan terlebih dahulu berbanding Yahya bin Sa`id dan Imam Malik yang merupakan perawi shahih?
(2) Kerana persoalan itulah Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa `Abdullah bin `Umar yang dimaksudkan di sini ialah anak Sayyidina `Umar r.a. itu sendiri atau `Abdullah bin `Amar bin al-`Aash kerana cicitnya (`Abdullah bin `Umar al-`Umariy) itu lebih rendah darjatnya berbanding
Yahya bin Sa`id dan Imam Malik. Hakim di dalam kitab wasiat ada menyebutkan bahawa `Abdullah bin `Umar ada melakukan munawalah kepada salah seorang anak
muridnya beberapa hadits.
(3) Biras Hafiz Ibnu Hajar, Hafiz al-`Aini berpendapat,
`Abdullah bin `Umar yang dimaksudkan di sini bukanlah Ibnu `Umar, tetapi ia adalah `Abdullah cicit Sayyidina `Umar. Alasan beliau ialah Imam Bukhari ada mengambil
riwayatnya berkenaan hadits Dzul Yadain. Beliau juga mengatakan bahawa andaian `Abdullah bin `Amar tidak tepat kerana tidak ada mana-mana nuskhah yang ditulis
dengan ada wau fariqah (untuk dibaca sebagai عمرو` Amar), semuanya ditulis tanpa
wau. Bagaimanapun al-`Aini juga tidak dapat menemukan riwayat yang menyebutkan
63
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(64) 21/5/22
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(65) 21/5/22
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(66) 21/5/22
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(67) 21/5/22
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(68) 21/5/22
Sahih bukhari kitab ilmu 0055(69) 21/5/22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan