Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 108 3/7/22s5
78 - Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Syu`bah daripada Qatadah daripada
Anas bin Malik, beliau berkata: “Para sahabat Nabi s.a.w. tidur, lalu mereka bangun dan melaksanakan shalat tanpa berwudhu’ lagi.”⁶⁶⁵
Abu Isa berkata; “Ini adalah hadits hasan shahih.”⁶⁶⁶ Beliau berkata (lagi):“Aku mendengar Shalih bin Abdillah⁶⁶⁷ berkata: “Aku bertanya kepada Abdullah bin al-Mubarak tentang hukum orang yang tidur dalam keadaan duduk dengan tetap, beliau (`Abdullah bin al-Mubarak) menjawab, “Dia tidak perlu berwudhu’.”⁶⁶⁸
Abu Isa berkata (lagi): “Sa`id bin Abi `Arubah meriwayatkan hadits Ibnu Abbas daripada Qatadah daripada Ibni Abbas sebagai kata-katanya. Beliau (Sa`id bin Abi `Arūbah) tidak menyebutkan di dalamnya nama Abul `Aaliyah
dan tidak memarfu`kannya.
Para `ulama’ berbeda pendapat tentang wudhu’ kerana tidur. Sebahagian`ulama’ berpendapat seseorang tidak wajib berwudhu’ apabila ia tidur dalam keadaan duduk atau berdiri, kecuali kalau ia tidur dengan berbaring. Ini adalah pendapat ats-Tsauri, Ibnul Mubarak dan Ahmad. sebahagian mereka pula berkata: “Jika seseorang tidur hingga akalnya tidak berfungsi, maka ia wajib berwudhu’.” Inilah pendapat Ishaq. Imam asy-Syafi`e pula berkata: “Jika seseorang tidur dalam keadaan duduk hingga bermimpi, atau hingga tempat duduknya terangkat kerana tidur, maka ia wajib berwudhu’.”⁶⁶⁹
Tiada ulasan:
Catat Ulasan