Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 108 3/7/22s2
77 – Isma`il bin Musa - penduduk Kufah -, Hannaad dan Muhammad bin `Ubaid al-Muĥāribi meriwayatkan kepada kami, ma`na riwayat mereka bertiga sama (walaupun lafaznya tidak sama), kata mereka: `Abdus Salam bin Ĥarb al-Mula’i meriwayatkan kepada kami daripada Abi Khalid ad-Dālāni daripada Qatādah daripada Abil `Aaliyah daripada Ibni `Abbās, bahawasanya beliau melihat Nabi s.a.w. tidur dalam keadaan sujud hingga berdengkur atau berkeruh. Kemudian Baginda bangun untuk bershalat (tanpa berwudhu’ terlebih dahulu). Lalu aku berkata; “Wahai Rasulallah, sesungguhnya engkau telah tertidur!” Baginda bersabda: “Sesungguhnya wudhu’ itu tidak wajib
kecuali kepada orang yang tidur dengan berbaring. Kerana apabila ia tidur dengan berbaring, menjadi kendur Dan lemahlah sendi-sendinya.”⁶⁶¹
Abu Isa berkata: “Abu Khalid namanya Yazid bin `Abdir Rahman.” Beliau berkata lagi, “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada `Aaishah,⁶⁶² Ibni Mas`ud⁶⁶³ dan Abi Hurairah.”⁶⁶⁴
Tiada ulasan:
Catat Ulasan