Ahad, Julai 24, 2022

KA.000.Bila orang lain berkata mengenai anak kita,

KA.000.Bila orang lain berkata mengenai anak kita, 

Sebenarnya kita yang lebih kenal anak kita
dan telah meluangkan masa dengan mereka lebih lama 
(berbanding mereka yang nampak pada satu waktu keratan rentas aja),

boleh balik kepada kematangan dan kuasa akal kita (tanggungjawab / peranan sebenar kita) untuk :

💞 perjelaskan kepada orang luar tentang karektor, sensitiviti anak kita *sekiranya sesuai

💞 atau kita diam dan beredar dari situ

💞 kita juga boleh nilai apa yang dikatakan dan cari cara untuk perbaiki pendekatan kita dalam membantu anak (ia satu proses berterusan)

💞 kita tetap ambil, untuk nilai, bincang dengan pasangan dan pakar rujuk, dan keluarkan semula output yang rasional melalui tindakan yang sesuai...

#kuasamemilihtindakan


Peranan besar kita.
Diam dan fikir, Nilai,
Tak perlu lepas kepada anak kita semata2 kerana kata orang yang tak kenal anak kita.
Kitalah pelindung kepada estim diri anak .
Selalulah berfikir dua kali dengan pause


Maznah Ibrahim 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan