Ahad, Julai 24, 2022

KA.000.Semua ibu ayah nak buat yang terbaik.

KA.000.Semua ibu ayah nak buat yang terbaik.
Namun tanpa sedar kadangkala kita terbuat silap, 
Apa kita perlu buat?

🚦 Yang penting kita sedar

 🌬️ Maafkan diri (dan tak ulang lagi tindakan lama)

 ⏩ Kemudian kita tukar/lakukan pendekatan baru

 🔁 Kita ulang tindakan baru positif

 💞 terus 'move on', meningkat lebih baik setiap masa, setiap hari, selagi nafas / peluang kita masih ada.


Hentikan pengukuhan tingkahlaku negatif anak kita
1.marah-marah
Anak buat hal kita marah teruk merekammereka alan buat hal yang sama lagi akan datang untuk buat kita marah.
2. Hukum anak dengan cara tertentu kurang wajar/tak berkaitan seperti tidak bokeh makan  atau main  buatkan anak keliru dan tidak belajar untuk berubah.
3. Bebel dan sindir.
Kita bebel berpanjangan/sindir mereka. Mereka akan rimas, terluka dan tidak mampub menyerap mesej sebenar kita.
4. Fizikal.
Memukul , mencubit/menekan kuat tangan mereka akan buatkan  mereka rasa sakit dari dalam hati, marah,keliru mahupun dendam. Tidak membantu pun.

Mulakan 5 tips kukukan tingkahlaku baik anak.
Kita usahakan yuk!
1. Cari kebaikan kecil anak pada hari itu walaupun banyak melakukan kesilapan.
2. Terus sebut ;puji spesifik tingkah laku betul itu dengan impak(kesan), segera.
3.Banyakan ganjaran positif non material ; senyum ,usapm luang masa, pandang wajahnya, puji dll.
4.Perhatian penuh:fokus - buat 1 perkara pada 1 satu masa.
5.Doa, rasa dan fikir yang baik- baik berkenaan anak.


Maznah Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan