Anak yang jenis sensitif tinggi ini mudah serap emosi kita (ibu ayah dan individu lain di persekitaran dia), mudah menunjukkan rasa tidak puas hati, sangat kritikal, mempunyai pemikiran yang amat dalam (seperti lebih dari usianya), kalau orang dewasa tu bila tangki emosi sudah penuh dia boleh keluar dari persekitaran itu, deria mereka juga sensitif (dengar/lihat/rasa) dan mereka ini boleh jadi ekstrovert mahupun introvert juga (tidak semestinya salah satu sahaja ya).
Mereka juga tidak semestinya didiagnos dengan label tertentu yang berkaitan penyakit mental, kerana anak kategori ini memang wujud di dalam dunia kita, dan ada di kalangan kanak-kanak mahupun individu dewasa dalam persekitaran hidup kita (mungkin ada antara kita pun jenis ini juga).
Bayangkan tanpa manusia jenis ini, maka semuanya menjadi ‘terlalu mudah’ dan terlalu fleksibel, tiada penambahbaikan tentang satu-satu isu dalam sistem kehidupan kita.
Cumanya kita sebagai ibu bapa apabila dianugerahkan anak sebegini memang perlu sabar yang tinggi dan bijak dalam mengendalikan situasi yang tercetus. Kita tidak mahu berterusan berkonflik dengan mereka sebaliknya kita mahu memahami sudut pandang anak ini dan melatih mereka untuk meregulasi emosinya (tone down, breath, fikir balik, bertindak dengan lebih rasional).
5 langkah berikut mungkin boleh bantu kita dalam mengendalikan anak jenis ini:
1.Terima seadanya anak yang berkarektor sebegini sebab dunia memerlukan ahli masyarakat sebegini. Berbanding kita menafikan, mahu anak berhenti sahaja dari sedih, marah, kecewa dan sebagainya (emosi besar dan ekspresi juga berlebihan), kita terima cara dia berasa, berfikir dan bertindak. Ia satu permulaan yang baik. Ingat, dalam respon ibu bapa sebagai coach emosi anak, kita tidak mahu menjadi ibu bapa yang menafikan emosi anak, sebaliknya menerima, menyebut dan membantu emosi yang mereka rasai ketika itu.
- *Bersama-sama, ya, bukan fokus kepada dia sahaja, tetapi kepada kita juga. Tentunya kita juga belajar sesuatu dari insiden itu. Kita menjadi lebih bijak menangani situasi ‘ribut tornado’ itu, dan tanpa sedar kita akan baiki ‘bonding’, meningkat pemahaman mengenai cara dia berfikir dan dia juga turut memahami perspektif kita. Mereka ni sangat matang sebenarnya cuma masih anak-anak maka kelihatan ‘banyak aksi yang kurang wajar dengan usia mereka’….
Sekiranya ibu ayah membiarkan, atau menangani dengan cara yang kurang sesuai, sehingga mereka menginjak remaja dan ke atas, dibimbangi keadaan menjadi semakin parah. Boleh saja anak-anak ini menjadi seperti ‘pasrah’, ‘depressed’, dan menyendiri, serta pada satu masa boleh ‘melompat’ terus ke tingkahlaku ‘agresif’ yang mungkin mencederakan ibu ayah, individu lain dan juga barang-barang di persekitaran. Ia berlaku kerana mereka tidak difahami, didengari dan ditangani dengan baik (serta pendam/suppressed). Kita juga tidak mahu mereka akhirnya membentuk ‘mood’ dan personaliti sukar sehingga ke penyakit mental. Jadinya, lakukan intervensi ini awal, di rumah ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan