Sahih bukhari kitab azan 10/7/22(4)
687-Ahmad bin Yunus¹⁴⁰⁵ Qudāmah al-Bakri al-Kūfi) meriwayatkan kepada kami daripada Musa bin Abi
`Aaishah (al-Hamdāni al-Kūfi) daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin 'Utbah (bin Mas'ud), katanya: “Aku masuk menemui 'Aaishah lalu aku berkata kepadanya,“Bolehkah engkau ceritakan kepadaku tentang Rasulullah s.a.w.
ketika Baginda sedang sakit (di akhir hayatnya)?”¹⁴⁰⁶ `Aaishah menjawab, “Ya (boleh)".Pernah suatu hari ketika sakit Nabi s.a.w. semakin berat,Baginda bertanya:“Apakah orang-orang sudah bershalat?” Kami menjawab, “Belum,
mereka masih menunggumu.” Baginda pun bersabda:“Kalau begitu, bawakan kepadaku air dalam bejana.” Maka kami pun melaksanakan apa yang dimintanya. Baginda mandi, kemudian hendak bangun, tetapi jatuh pingsan. Setelah sedar dari pingsan, beliau kembali bertanya:“Apakah orang-orang sudah bershalat?” Kami menjawab, “Belum wahai Rasulallah, mereka masih
menunggumu.” Kemudian beliau berkata lagi: “Bawakan kepadaku air dalam bejana.” Baginda lalu duduk dan mandi. Kemudian hendak bangun, tetapi jatuh pingsan lagi. Setelah sedar dari pingsan, beliau bertanya pula:“Apakah orang-orang sudah bershalat?” Kami menjawab lagi, “Belum wahai Rasulallah,mereka masih menunggumu.” Kemudian beliau berkata lagi:“Bawakan kepadaku air dalam bejana.” Baginda lalu duduk dan mandi. Kemudian hendak
bangun, tetapi jatuh dan pingsan lagi.¹⁴⁰⁷Setelah sedar dari pingsan, beliau bertanya pula:“Apakah orang-orang sudah bershalat?" Orang ramai pada ketika itu sedang menunggu Nabi s.a.w.di masjid untuk bersembahyang 'Isya'. Lalu Nabi s.a.w. mengutus seseorang kepada Abu Bakar supaya beliau mengimami shalat. Maka utusan tersebut menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya,“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.telah memerintahkan agar engkau mengimami shalat jama'ah!”Tetapi Abu Bakar -seorang yang lembut hatinya itu -berkata, “Wahai 'Umar, engkaulah jadi imam kepada orang ramai.”¹⁴⁰⁸
`Umar pula berkata kepadanya, “Engkaulah yang lebih berhak menjadi imam.”¹⁴⁰⁹ Maka Abu Bakarlah yang menjadi imam pada hari-hari (sakit berat Nabi s.a.w.) itu.¹⁴¹⁰ Kemudian ketika Nabi s.a.w. mendapati tubuhnya lebih segar, Baginda pun keluar (rumah) dengan dipapah oleh dua orang laki-laki -salah seorang daripadanya adalah 'Abbās - untuk bersembahyang Zhuhur. Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami shalat. Apabila Abu Bakar melihat Rasulullah s.a.w. datang, beliau hendak mundur ke belakang, namun Nabi s.a.w. memberi isyarat supaya beliau tidak mundur. Kemudian baginda bersabda: “Dudukkanlah aku di sampingnya.” Maka mereka berdua mendudukkan baginda di samping Abu Bakar.” Perawi berkata, “Maka bersembahyanglah Abu Bakar dengan mengikut Nabi s.a.w. (sebagai imam), sementara orang ramai pula bersembahyang dengan mengikut (pergerakan) Abu Bakar. ¹⁴¹¹ Pada ketika itu Nabi s.a.w. bersembahyang sambil duduk.” 'Ubaidullah berkata, “Aku menemui `Abdullah bin `Abbās dan berkata kepadanya, “Bolehkah saya kemukakan kepadamu sebuah hadits tentang sakitnya Rasulullah s.a.w. seperti yang disampaikan 'Aaishah?” Baginda ('Abdullah bin 'Abbās) menjawab, “Sila kemukakan!" Maka aku kemukakan kepadanya hadits yang disampaikan `Aaishah. `Abdullah bin 'Abbās tidak mengingkari sedikitpun apa yang aku ceritakan selain dia bertanya kepadaku,“Apakah 'Aaishah menyebutkan nama laki-laki yang bersama 'Abbās?” Aku menjawab, “Tidak". Beliau pun berkata, “Dia adalah `Ali bin Abi Thalib.”¹⁴¹²
Tiada ulasan:
Catat Ulasan