Sahih bukhari kitab azan 9/7/22(2)
٦٨٦ - حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ أَسَدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي مَحْمُودُ بْنُ الرَّبِيعِ قَالَ سَمِعْتُ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ الْأَنْصارِيَّ قَالَ اسْتَأْذَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ فَقَالَ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أُحِبُّ فَقَامَ وَصَفَفْنَا خَلْفَهُ ثُمَّ سَلَّمَ وَسَلَّمْنَا
686-Mu`ādz bin Asad (al-Marwazi)¹³⁹⁸ meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma'mar meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri, beliau berkata: Maĥmūd bin ar-Rabī'¹³⁹⁹
meriwayatkan kepadaku, katanya: Aku mendengar 'Itbān bin Malik al-Anshāri bercerita, katanya: “Nabi s.a.w. meminta izin (untuk masuk ke rumahku),lalu aku mengizinkannya. Baginda s.a.w. lantas bertanya: “Di mana engkau suka (mahu) aku bershalat di rumahmu ini?” Aku terus mengisyaratkan ke tempat yang aku sukai (mahu). Baginda s.a.w. pun berdiri (untuk bersembahyang) dan kami pula berbaris (membuat shaf) di belakangnya. Setelah Baginda s.a.w. memberi salam, kami pun turut memberi salam.”¹⁴⁰⁰
Tiada ulasan:
Catat Ulasan