Sahih bukhari kitab ilmu 0056(67) 2/7/22s
Dibawah tajuk
7 - بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الْمُنَاوَلَةِ وَكِتَابِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْعِلْمِ إِلَى الْبُلْدَانِ
Bab (7): Apa Yang Disebut Tentang Munâwalah ⁸³ Dan Kiriman Surat Yang Mengandungi `Ilmu Oleh Ahli `Ilmu Ke Pelbagai Negeri ⁸⁴.
-dibawah tajuk ini ada 2 hadits
-hadits 64 sudah bincang
-ini hadits kedua 65
- lebih khusus, ilmu boleh dihantar melalui surat.
-sebelum ini juga munawalah =menghantar ilmu melalui surat.
- sudah bincang sebelum ini, munawalah itu apa, mukatabah itu apa.
٦٥ - (وبه قال) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَبُو الْحَسَنِ الْمَرْوَزِيُّ(قال) أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَتَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِتَابًا أَوْ أَرَادَ أَنْ يَكْتُبَ فَقِيلَ لَهُ إِنَّهُمْ لَا يَقْرَءُونَ كِتَابًا إِلَّا مَخْتُومًا فَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي يَدِهِ فَقُلْتُ لِقَتَادَةَ مَنْ قَالَ نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَنَسٌ
65 - Muhammad Bin Muqātil Abu al-Ĥasan al-Marwazi⁹⁶ meriwayatkan kepada kami, katanya,
Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada
Qatādah daripada
Anas Bin Mālik, katanya: Nabi s.a.w. menulis surat atau (syak perawi) mahu menulis surat, maka ada sahabat berkata kepadanya bahawa mereka (raja-raja /pembesar -pembesar negeri) tidak membaca surat kecuali yang dicop. Nabi s.a.w. pun menggunakan cincin yang diukir padanya
‘Muĥammad Rasulullah’.⁹⁷ Aku semacam nampak lagi putih bersinar cincin itu di tangannya (jari Nabi saw).”⁹⁸ Aku (perawi yakni Syu`bah) terus bertanya Qatādah: “Siapakah yang berkata, ukiran di cincinnya ‘Muĥammad Rasulullah’?”. Qatadah menjawab: “Anas”.
- berkenalan dengan perawi
________________
⁹⁶ Beliau ialah guru Imam Bukhari. Daripada enam pengarang kitab-kitab utama
-6 pengarang kitab2 hadits yg utama (sunan sittah) dari sudut pengajian hadits iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan Nasai dan Sunan Ibnu Majah.
- utama bukan bererti itu kedudukan kitab utama lebih dari yang lain .
-jika dari segi mutabar, lebih kuat,atau lebih sahih dari sebahagian dari 6 itu misalnya Muwatok Imam Malik dan Sunan Darimi dll juga lebih tinggi.
- yg 6 itu adalah dari segi sukatan pengajian hadits.
Minit 11
- setengah2 kitab ada perbezaan makna.
-tetapi terjemahan حَدَّثَنَا atau أَخْبَرَنَا sama sahaja bg mmay, iaitu bermakna untuk menyatakan riwayat.
- biodata perawi yg telah ada tidak diberikan lagi .
- riwayat ini secara an a nak yg ada an dan secara ikhbar
- riwayat tahdis حَدَّثَنَاbermakna guru baca murid ramai.
- riwayat ikhbar أَخْبَرَنَا bermakna guru tidak baca tetapi dengar salah seorang murid yang baca.
- dua ini berbeza secara keyakinannya.
- riwayat secara an a nak bererti riwayat tidak secara langsung dan ada kemungkinan ada orang lain.
- tetapi perawi Syukbah ini sangat ambil berat dan dia bukan perawi mudalis dan sangat anti tadlis.
-berbeza dengan Qatadah walaupun seorang tokoh terkenal sebagai seorang mudalis. Jadi kena teliti atau pastikan betulkah riwayatnya secara langsung itu.
- makna dari Anas secara langsung
Minit 9
hadits hanya Bukhari meriwayatkan hadits daripadanya. Beliau (guru imam Bukhari)meriwayatkan hadits daripada Ibnu al-Mubārak, Wakī` dan lain-lain. Ahmad bin Ĥambal, Abu Zur`ah, Abu Haatim dan Muhammad bin `Abdir Rahman adalah antara orang-orang yang meriwayatkan daripadanya. Kata al-Khathīb, Muhammad bin Muqātil adalah perawi tsiqah. Abu Haatim pula berkata, beliau perawi shadūq. Beliau meninggal dunia di penghujung tahun 226 Hijrah.
- perkataan كَتَبَ
- hantar surat boleh diterima.
كَتَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِتَابًا أَوْ أَرَادَ أَنْ يَكْتُبَ
Nabi s.a.w. menulis surat atau (syak perawi) mahu menulis surat.
-Perkataan ATAU yg menunjukan syaknya perawi yg menunjukan sifat amanahnya.
- hafiz bukan mesti tidak ada yg terlupa.
- jika quran boleh terlupa apa lagi hadits.
- ini orang amanah kerana menyatakan ada perawi ada yang ragu bukan menyembunyikannya
-ATAU ada banyak makna.
- perkataan كَتَبَ makna hendak tulis bukan telah shj maknanya.
- sebut semua tetapi yang di maksudkan sebahagian
..ilmu balaghah.
- Bagaimana pula ini ada syak, jika perawi itu tinggi.
-terpilihnya perawi adalah disebabkan sifat amanahnya.
- kenapa feel madhi digunakan?
jika sudah dekat pun sudah diguna juga feel madhi.
Minit 27
- contoh قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ
Perkataan قَامَتْ feel madhi padahal solat belum lagi berdiri baru nak mula tapi diguna perkataan feel madhi
- penggunaan feel madhi ada banyak makna.
-lagi contoh:
An-Nahl 16:1أَتَىٰٓ أَمْرُ ٱللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُۚ سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ketetapan Allah pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. Mahasuci Allah dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.
Al-Ma'idah 5:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki. Jika kamu junub, maka mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.
- penggunaan feel madhi sangat meluas قُمْتُمْ bukan hanya telah.
- ambil wuduk sebelum solat bukan selepas.
- dekat nak solat, penggunaan feel madhi
-perkataan قُمْتُمْ asalnya قام feel madhi
⁹⁷ Satu riwayat yang dinukilkan oleh ad-Daaraquthni di dalam kitabnya al-Afrād membayangkan bahawa sahabat yang telah membuat cincin berukir seperti itu ialah
Ya`la bin Umaiyyah r.a. Sesetengah `ulama’ yakin cincin itu ditempa pada tahun ke-6 Hijrah. Ibnu Saiyyidi an-Nās pula yakin ia ditempa pada tahun ke-7.
⁹⁸ Putih bersinar kerana ia cincin perak yang masih baharu, emas pula adalah logam yang diharamkan kepada kaum lelaki sebagai perhiasan.
Kata-kata Anas r.a. ini diucapkan setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, beliau pula seorang sahabat yang berumur panjang. Ketika meninggal dunia umur beliau
telah melebihi 100 tahun. Kata-kata Anas r.a. ini juga menunjukkan perhatian yang diberikan oleh para sahabat terhadap manusia yang paling dikasihinya membuatkannya sentiasa mengingati perincian sehalus sinar cincin di jari, seolah-olah ia baru sahaja berlaku, walaupun sebenarnya sudah lama peristiwa itu berlalu.
Cincin Rasulullah ini diwarisi oleh Sayyidina Abu Bakar, `Umar dan `Utsman tetapi kemudiannya terjatuh ke dalam Telaga Aris dan tidak ditemui walaupun dicari sekian
lama. Rasulullah s.a.w. ada memakai cincin, namun Baginda tidak selalu memakainya,
dipakainya pula bukan pada setiap masa, ketika ke tempat membuang air Baginda akan menanggalkannya, pada ketika-ketika yang lain Baginda memusingkan bahagian
kepala cincin ke dalam. Baginda sendiri memakainya untuk urusan rasmi kerajaan sahaja, bukan sebagai perhiasan, bukan juga sebagai azimat, penguat dan penarik
rezeki. Sunnah memakai cincin hanya sekadar keperluan kerja sahaja, bukan untuk perhiasan kerana sahabat-sahabat juga tidak memakainya melainkan untuk tujuan kerja.
Secara asasnya memakai cincin untuk khasiat permata dibolehkan hanya jika dianggap seperti khasiat akar kayu sahaja, tidak boleh dipakai dengan anggapan
melampau seperti membawa tuah, menarik rezeki dan sebagainya kerana ia membawa kepada kesyirikan. Bagi kaum wanita pula, tidak mengapa memakai cincin untuk
berhias, kerana isteri-isteri Rasulullah s.a.w. juga ada memakainya, termasuk cincin emas dan perak.
68
Minit 56
Tiada ulasan:
Catat Ulasan