Sahih bukhari kitab ilmu 0056(69-78) 2/7/22
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(69) 2/7/22
69
8 - باب مَنْ قَعَدَ حَيْثُ يَنْتَهِي بِهِ الْمَجْلِسُ وَمَنْ رَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا
Bab (8): Orang Yang Duduk Di Bahagian Belakang Majlis (Ilmu) Dan Orang Yang Nampak Satu Ruang Dalam Halqah Lalu Dia Duduk Di Ruang Itu.⁹⁹
_________________
⁹⁹ Setelah selesai menceritakan tentang cara periwayatan ilmu (khususnya ilmu hadits), Imam Bukhari ingin menceritakan pula tentang adab dalam menuntut ilmu. Bila ada adab, akan adalah hasil dan berkatnya. Bila tiada adab, maka tiadalah juga rahmat Allah s.w.t.
Pada masa yang sama Imam Bukhari juga ingin mengingatkan tentang nilai ilmu dan kelebihannya, apatah lagi ilmu agama, ia tidak boleh dipandang enteng dan tiada nilai.
Majlis ilmu adalah suatu majlis zikir yang diberkati dan dirahmati Allah, ia dikerumuni malaikat yang sentiasa berdoa dan memberikan semangat kepada pesertanya, Allah juga menyenaraikan peserta-peserta majlis ilmu sebagai orang-orang yang hampir kepadaNya. Jalan ke syurga juga dipermudahkan kepada penuntut ilmu. Semua itu telah tersebut di dalam hadits Rasulullah s.a.w. Antaranya hadits di bawah ini:
ما من قوم يجتمعون في بيت من بيوت الله يتعلمون القرآن ويتدارسونه بينهم إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة وتنزلت عليهم السكينة وذكرهم الله فيمن عنده ،وَمَا مِنْ رَجُلٍ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا إِلَّا سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّهِ وَمَنْ أَبْطَأَبِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
Bermaksud: Tidak berhimpun satu kumpulan manusia di mana-mana rumah Allah dengan tujuan mempelajari al-Qur’an dan bertadarus di antara sesama mereka
melainkan mereka dikerumuni malaikat, dikebungi rahmat dan dituruni as-Sakīnah (ketenangan). Allah menyebut mereka di kalangan orang-orang yang hampir
kepadaNya. Tiada siapa pun yang melalui satu jalan untuk mencari ilmu melainkan dipermudahkan kepadanya jalan ke syurga. Sesiapa yang diperlambatkan oleh amalannya, keturunannya tidak akan mempercepatkannya.
(Lihat Ibnu `Abdil Barr -Jāmi` bayān al-`Ilm j.1 m/s 65).
Kelainan majlis ilmu ialah kerana masing-masing yang menyertainya adalah orang-orang yang berniat baik, boleh jadi malaikat tidak datang kerana kita tetapi malaikat
datang kerana orang lain yang juga turut ada dalam majlis ilmu. Ia seperti sembahyang berjemaah daripada sudut apabila kita terleka untuk seketika, tidak semua orang lain yang turut serta itu juga terleka, mereka dapat menampung apa yang kita terlepas ketika terleka, dan adakalanya kita dapat menampung bahagian yang orang lain terleka.
Semakin ramai peserta dalam sesuatu majlis ilmu maka semakin sedikit ruang kecacatan boleh berlaku, kerana itulah semakin ramai jemaah dalam sembahyang
adalah lebih baik.
69
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(70) 2/7/22
___________________
Begitu juga dengan kelompok manusia apabila berada di sesuatu tempat, masing-masing dengan kelebihan tersendiri akan dapat menampung kekurangan ahlinya yang lain. Dengan itu menjadi kuatlah sesebuah masyarakat manusia.
Setiap majlis ilmu mestilah ada guru dan pelajarnya, pembelajaran secara bersendirian dan di luar majlis ilmu pula berbeza daripada pembelajaran di dalam majlis ilmu.
Pembelajaran secara bersendirian melalui rakaman atau secara atas talian juga akan memberi ilmu tetapi cara dan adab seorang pelajar ketika belajar itu mungkin berbeza,
keadaannya boleh jadi membuatkannya tidak betul-betul memberikan perhatian, ini berlaku disebabkan tiada kebimbangan adanya orang yang memerhati tingkah lakunya, kerana itu ia tidak dipanggil majlis ilmu dalam ertinya yang khusus.
Pembelajaran daripada guru yang sama di luar majlis ilmu atau tempat-tempat lain seperti di jalanan atau di pasar bukanlah langsung tidak akan memberikan ilmu, tetapi
ia terhad dan tidak akan diperolehi sepenuhnya seperti di dalam majlis ilmu yang khusus.
Tajuk bab yang dibuat oleh Imam Bukhari ini bertujuan menyatakan tiga jenis orang yang berhadapan dengan majlis ilmu.
Pertama ialah orang yang menghadhirinya,tetapi duduk di bahagian belakang. Kedua ialah orang yangmenghadhirinya dan masuk ke ruang hadapan. Dan ketiganya ialah orang yang berpaling pergi (terus) meninggalkan majlis ilmu.
Imam Bukhari mahu memberitahu bahawa sekiranya terdapat majlis ilmu maka jangan sekali-kali tidak menyertainya atau hanya melaluinya sahaja tanpa turut serta dalam majlis tersebut, kerana kelebihan majlis ilmu tetap ada walaupun seseorang itu berada di bahagian belakang. Perkara ini diisyaratkan oleh beliau dengan katanya:
Orang Yang Duduk Di Bahagian Belakang Majlis.
Perlulah diingat bahawa kelebihan pergi ke sesuatu majlis ilmu adalah kerana majlis ilmu yang ada padanya, bukan kerana perkara lain yang boleh dilakukan secara
sambilan. Kelebihan majlis ilmu tidak akan diperolehi sepenuhnya apabila perkara lain dijadikan keutamaan dan matlamat, sementara majlis ilmu hanyalah menjadi
tujuan sambilan sahaja. Hasil yang akan diperolehi juga tentunya berbeza apabila tujuan asalnya berbeza.
Setelah hadhir dalam sesuatu majlis ilmu pula, janganlah apabila melihat tiada tempat duduk maka terus keluar dari majlis, kerana mungkin sekali di ruang hadapan masih
ada tempat duduk dan hanya ruang belakang sahaja yang dipenuhi.
Mungkin juga disebabkan malu, anda tidak mahu duduk di ruang hadapan, tidak mengapa, selagi anda mengambil tempat di mana-mana bahagian belakang dan menyertai majlis ilmu yang ada.
Orang yang hadhir dalam majlis ilmu walaupun di bahagian belakang yang tidak berapa jelas suara penyampainya, juga tetap mendapat menafaat berbanding orang yang langsung tidak menghadhirinya.
Di zaman sekarang, majlis ilmu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, ia dilengkapi dengan pembesar suara, skrin yang memantulkan ilmu yang disampaikan di segenap
ruang majlis, dewan yang bertingkat semakin tinggi di bahagian belakang dan lain-lain kelengkapan, semuanya telah banyak membantu menghilangkan kekurangan
70
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(71) 2/7/22
______________
orang yang berada di bahagian belakang, sehingga tidak ada lagi kerugian mahupun kekurangan orang yang hadhir di bahagian belakang majlis sekalipun.
Tetapi tindakan yang lebih baik ialah dengan memenuhi ruang hadapan majlis ilmu terlebih dahulu, seperti yang diisyaratkan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya: Orang
Yang Nampak Ada Ruang Di Dalam Halqah Lalu Dia Duduk Di Ruang Itu.
Antara hikmat berada di ruang hadapan yang lebih hampir dengan guru ialah kerana ia akan menimbulkan rasa malu kepada guru dan menjaganya daripada melakukan
perbuatan yang boleh mengganggu pembelajarannya, di samping membantunya memberikan tumpuan yang lebih kepada apa yang dipelajari. Semua itu amat berfaedah dan berguna kepada seseorang pelajar.
Kesediaan pelajar untuk menghadhiri majlis ilmu menunjukkan keinginannya untuk mendapatkan ilmu, tetapi apabila dengan sengaja tidak memilih untuk memenuhi
ruang hadapan, maka itu seolah-olahnya menunjukkan keengganannya untuk memperolehi sepenuh ilmu yang akan disampaikan oleh guru.
Mungkin rasa mengantuk menyebabkan seseorang pelajar berasa malu untuk berada di ruang hadapan berdekatan gurunya, tetapi ia sebenarnya boleh dielak dengan cara
pelajar itu menyedari tentang kepentingan, keutamaan dan nilai ilmu yang hendak diperolehinya itu, yang tentunya berguna untuk dunia dan akhiratnya.
Dengan itu seseorang pelajar akan menyedari bahawa untuk mendapatkan sepenuhnya ilmu itu dari gurunya, dia mestilah menghadhiri majlis ilmu dalam keadaan segar dan bersedia dari hari sebelumnya lagi dengan mencukupkan tidurnya sehingga tidak lagi akan berasa mengantuk dan malu untuk berada di ruang hadapan majlis ilmu.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّهُ لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفْرِيطٌ إِنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ
Bermaksud: Sesungguhnya kecuaian tidak terletak pada tidur, sebaliknya ia terletak pada berjaga.
(Hadits riwayat Tirmidzi, Nasā’i dan Ibnu Majah).
Mungkin juga kehadhiran lewat menyebabkan seseorang pelajar berasa malu untuk berada di ruang hadapan atau menyebabkannya terpaksa melangkah dan mengganggu
pelajar-pelajar yang lain. Untuk mengelak daripada berlaku semua itu ia sepatutnya berusaha untuk hadhir lebih awal, supaya tidak timbul lagi perasaan malu disebabkan
kelewatannya itu.
Antara hikmat berada di ruang hadapan lagi ialah guru merasakan pelajarnya memang berminat dan memerlukan ilmu yang disampaikannya. Jibril a.s. diriwayatkan telah
tampil dengan penuh beradab sebagai seorang murid dalam keadaan berlaga lutut dengan Nabi s.a.w. ketika menanyakan tentang Islam, supaya tidak terkeliru. Teksnya
adalah seperti berikut:
جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ
Bermaksud: Jibril duduk menghadap Nabi s.a.w. dengan berlaga lutut dan denganmeletakkan kedua tangannya di atas kedua paha baginda s.a.w.
(Hadits riwayat Muslim Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
Jarak yang jauh atau kedudukan yang terselindung daripada guru mungkin menyebabkan kurang jelas apa yang diucapkannya. Boleh jadi juga cara dan gaya
71
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(72) 2/7/22
___________
penyampaian yang tertentu apabila tidak dilihat tidak akan dapat diketahui dengan betul. Dalam riwayatمسلسل بالفعل ( musalsal bil fi`il) sebagai contohnya, ketika Rasulullah s.a.w. mengemukakan haditsnya, baginda mungkin sedang melakukan sesuatu atau sedang melakukan pergerakan tertentu, dan perawi yang meriwayatkannya juga melakukan perkara yang sama. Apabila berada berjauhan, mungkin saja seseorang pelajar tidak dapat melihat pergerakan guru yang mengajar.
Antara hikmat berada di ruang hadapan juga ialah guru merasakan muridnya mengambil berat tentang apa yang dipelajarinya. Kehadhiran lewat atau ketiadaan
pelajar yang sentiasa berada di hadapan akan disedari gurunya bahawa dia tentunya sedang menghadapi sesuatu masalah, keberadaannya di ruang belakang juga akan
difahami bahawa ada sesuatu yang telah mengganggu kehadhirannya dengan segera. Suara guru yang mungkin sedikit perlahan boleh didengari oleh pelajar yang berada di hadapan, persoalan yang ingin ditanya pula tidak perlu dilaungkan kerana jarak yang dekat.
Tetapi semua masalah ini sekarang boleh selesai dan dapat diatasi dengan adanya pembesar suara, sistem audio dan video. Pembelajaran secara atas talian juga menggunakan pelbagai saluran interaktif dapat menghubungkan pelajar dengan guru yang berada jauh beribu-ribu batu, seolah-olah mereka berhadapan dalam satu majlis.Apa yang mahu ditekankan oleh Bukhari di sini ialah kehadhiran dalam majlis ilmu walaupun di hujung dan di bahagian belakangnya tetap mempunyai kelebihan. Apa yang tidak diingini ialah tidak hadhir langsung atau melalui sahaja tempat majlis ilmu atau hadhir tetapi kerana tempat duduk di ruangan belakang kelihatan sedikit penuh maka ia berlalu dan terus pergi meninggalkan majlis.
Justeru tindakan seperti itu menampakkan ketidaksungguhan anda untuk belajar dan tidak tertariknya anda ke arah ilmu. Orang yang tidak tertarik kepada ilmu tidak akan memperolehi ilmu, dan kerugiannya akan ditanggung oleh dirinya sendiri di kemudian hari.
Imam Bukhari tidak menyebutkan jenis orang yang ketiga ini di dalam tajuk babnya kerana ia tidak termasuk dalam kelebihan, walaupun ia juga tersebut di dalam hadits
di bawah tajuk bab ini yang akan dibincangkan nanti.
Menurut Hafizh Ibnu Hajar, tajuk-tajuk bab sebelum ini semuanya berbicara tentang orang alim. Bermula dari tajuk bab ini pula Imam Bukhari mula berbicara tentang
pelajar. (Lihat Fatĥul Bāri j.1 m/s 156).
Memang benar apa yang disebut oleh Hafizh Ibnu Hajar itu. باب من رفع صوته بالعلم (Bab Orang Yang Mengangkat Suaranya Untuk Menyampaikan Ilmu),
باب طرح الإمام المسالة على أصحابه ليختبر ما عندهم من العلم
(Bab Imam Mengemukakan Soalan Kepada Murid-Muridnya Untuk Menguji Ilmu Yang Ada Pada Mereka),
باب قول المحدث حدثنا أو أخبرنا وأنبأنا
(Bab Kata Muĥaddits Ĥaddatsana Atau Akhbarana Dan Anba’ana),
القراءة والعرض على المحدث
(Bab Membaca Dan Mengemukakan Bacaan Hadapan Muĥaddits )
يذكر في المناولة وكتاب العلم بالعلم إلى البلدان
Bab Apa Yang Disebut Tentang Munāwalah Dan Surat Mengandungi Ilmu Yang Dihantar Oleh Ahli Ilmu Ke Pelbagai Negeri),
bukankah semua bab itu berbicara tentang orang alim, peranan dan adab-adabnya?
Setelah membincangkan tentang orang alim dan adab-adab mereka, sekarang Imam
72
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(73) 2/7/22
٦٧ - (وبه قال)حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ
Roslan dari Terengganu bc
67 - Isma`il (bin Abi Uwais) meriwayatkan kepada kami, katanya, Mālik meriwayatkan kepadaku daripada Ishāq¹⁰⁰ bin `Abdillah bin Abi Thalĥah (Zaid bin Suhail- ayah tiri Anas bin Malik) bahawa Abu Murrah¹⁰¹- hamba bebasan `Aqīl bin Abi Thālib –
meriwayatkan kepadanya daripada Abi Wāqid al-Laitsi,¹⁰² (kata beliau)
__________
Bukhari mahu membincangkan pula tentang pelajar atau murid di samping adab dan etika yang seharusnya ada pada mereka.
Hafiz al-`Aini berpendapat, tajuk bab sebelum ini berkenaan dengan munāwalah, dan munāwalah itu berlaku dalam majlis ilmu, maka wajarlah kalau selepas itu Imam
Bukhari mengadakan pula tajuk bab yang membicarakan tentang adab murid berada dalam majlis ilmu.
Roslan bc lagi
¹⁰⁰ Ishaq bin `Abdillah bin Abi Thalĥah ialah anak saudara Anas bin Malik sebelah ibu. Beliau tinggal di rumah datuknya (Abu Thalĥah) di Madinah. Ishaq seorang
Tābi`i, beliau mendengar dan menerima hadits daripada ayahnya sendiri, pak cik sebelah ibunya Anas bin Malik dan lain-lain. Para `ulama’ hadits bersepakat tentang
ketsiqahannya. Dialah yang paling terkenal dan paling banyak meriwayatkan hadits di antara saudara-saudaranya, iaitu `Abdullah, Ya`qub, Isma`il, dan `Umar. Semua
mereka anak `Abdullah. Malik(imam Malik) tidak mengutamakan sesiapa pun dalam hadits daripada Ishaq. Ishaq meninggal dunia pada tahun 132 Hijrah. Keenam-enam pengarang kitab utama hadits (الجماعة )menerima riwayat beliau.
- riwayatbIshaq dalam keenan2 kitab
¹⁰¹ Namanya Yazid, hamba bebasan `Aqīl bin Abi Thālib. Abu Murrah meriwayatkan hadits daripada `Amar bin al-`Aash, Abu Hurairah, Abu ad-Dardā’ dan Abu Wāqid.
Beliau juga salah seorang perawi enam kitab utama hadits. Ibnu Hibbaan, Adz-Dzahabi, Hafizh Ibnu Hajar dan lain-lain mengatakan Abu Murrah seorang perawi tsiqah.
¹⁰² Terdapat tiga pendapat `ulama’ tentang nama sebenarnya(Abi waqid). Ada yang berkata, Ĥārits bin Malik, ada pula yang berkata, Ĥārits bin `Auf dan ada juga yang berkata, nama sebenarnya ialah `Auf bin al-Ĥārits. Bagaimanapun beliau lebih terkenal dengan nama kuniahnya itu, Abu Wāqid.
73
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(74) 2/7/22
“Sesungguhnya pernah Rasulullah s.a.w. duduk di dalam masjid bersama para Shaĥabatnya. Tiba-tiba datang tiga orang laki-laki.¹⁰³
Minit1.12minit
Dua daripadanya datang kepada Rasulullah s.a.w. dan seorang lagi terus pergi (meninggalkan majlis itu).
Perawi berkata: “Kedua-dua orang yang masuk tadi duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Tetapi seorang daripadanya melihat ada ruang dalam halqah,¹⁰⁴ maka dia memenuhi ruang itu. Dan yang seorang lagi pula duduk di belakang orang lain. Manakala yang ketiga berpaling pergi. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai (daripada bicaranya) Beliau bersabda: “Mahukah kamu aku ceritakan tentang tiga orang yang datang tadi?¹⁰⁵ Yang pertama daripada
_________
Imam Bukhari, Ibnu Hibbaan, al-Bāwardi dan Abu Ahmad al-Haakim menyebut Abu Wāqid sebagai salah seorang sahabat Ahli Badar. Musa bin `Uqbah dan Ibnu Ishaq
pula tidak menyenaraikan nama Abu Wāqid sebagai Ahli Badar.
Selain meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri, Abu Wāqid juga meriwayatkan hadits daripada Abu Bakar dan `Umar r.a. Senarai orang-orang yang meriwayatkan daripadanya pula panjang. Antaranya Sa`id bin al-Musaiyyab, Sulaiman bin Yasār, `Urwah bin az-Zubair, Abu Murrah dan lain-lain. Dikalangan sahabat terdapat tiga orang yang memakai kuniah ini, Abu Wāqid.
Pertamanya ialah perawi hadits ke-67 ini ialah Abu Wāqid al-Laitsi. Kedua, Abu Wāqid maula (hamba bebasan) Rasulullah s.a.w. Abu `Umar Zādzān adalah antara
orang yang meriwayatkan daripadanya. Ketiga, Abu Wāqid an-Numairi. Nāfi` bin Sarjis adalah antara orang yang meriwayatkan daripadanya.
Sebanyak 24 hadits telah diriwayatkan oleh para `ulama’ hadits daripada beliau. Satu daripadanya telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, iaitu hadits ke-67 ini. Abu
Wāqid meninggal dunia pada tahun ke-68 Hijrah ketika berusia 85 tahun. Inilah yang lebih tepat berkenaan umur beliau ketika wafat.
- ada yang kata umur 75, tetapi yg tepat 85
¹⁰³ Hafizh Ibnu Hajar mengatakan, tidak dapat diketahui melalui mana-mana saluran riwayat pun siapakah nama tiga orang yang datang sebagaimana tersebut di dalam
hadits ini.
¹⁰⁴ Perbuatan sahabat ini menunjukkan kecerdikan dan elok adabnya kerana tidak terus melangkah ke tengah-tengah hadhirin semata-mata untuk berada di hadapan tetapi memerhati dan melihat terlebih dahulu di manakah ada ruang kosong untuk dipenuhinya. Perbuatannya menyelamatkannya daripada balasan akhirat yang disebutkan sebagai melintasi sirat dengan kaki di atas dan kepala di bawah kerana telah melangkah dan kurang adab sehingga menyakiti orang lain.
Arsad baca 1jam 19minit
¹⁰⁵ Rasulullah s.a.w. ingin menceritakan tentang tiga jenis pelajar:
(1) Pelajar yang apabila belajar akan berada di hadapan guru dan kalau ada ruangan yang kosong, ia akan memenuhi ruangan itu.
(2) Pelajar yang malu kepada gurunya itu boleh jadi
kerana takut diketahui sedang mengantuk atau kerana tidak boleh meluruskan kaki atau takut disoal guru atau takut diketahui orang sebagai seorang pelajar kerana
74
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(75) 2/7/22
mereka telah mencari tempat perlindungan di sisi Allah, maka Allah melindunginya¹⁰⁶ dan yang kedua malu,¹⁰⁷ maka Allah (juga) malu kepadanya.¹⁰⁸ Manakala yang ketiga pula, dia berpaling,¹⁰⁹ maka Allah berpaling daripadanya.¹¹⁰
___________
berada di hadapan atau kerana merasa kurangnya ilmu di dada dan tidak layak berada di hadapan atau lain-lain.
(3) Pelajar yang apabila orang sedang belajar, dia pergi ke
tempat lain.
¹⁰⁶ Jenis pelajar yang pertama datang kepada Allah dan memasukkan dirinya ke dalam majlis Rasulullah s.a.w. lalu Allah membalasnya dengan memasukkannya ke dalam
rahmat dan keredhaanNya.
¹⁰⁷ Malu kerana sebab yang baik dan munasabah, bukan malu buat-buatan dan memilih untuk berada di belakang supaya mudah untuk tidur atau keluar dari majlis
ilmu, contohnya ialah untuk mengelakkan berlakunya gangguan majlis ilmu disebabkan dirinya atau merasakan dirinya kurang bersedia dan sebagainya. Allah s.w.t. akan memberikan juga balasannya, cuma tidak penuh seolah-olah Allah juga malu untuk memberikan balasan yang sempurna kepadanya. Malu untuk berbuat sesuatu akan menyebabkan perbuatan itu tidak dilakukan sepenuhnya, malu untuk belajar akan membuatkan ilmu tidak diperolehi sepenuhnya, akibatnya balasan Allah
kepadanya juga diberikan tidak sepenuhnya.
¹⁰⁸ Balasan Allah kepada hambaNya bergantung kepada sekuat mana kesungguhanhamba itu berusaha untuk mendapatkannya. Sesuai dengan hadits qudsi ini:
قال الله عزوجل إِذَا تَقَرَّبَ الْعَبْدُ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ ذِرَاعًا وَإِذَا تَقَرَّبَ مِنِّي ذراعا تقربت منه باعا- أوبوعا- وإذ أتانى يمشي أتيته هرولة
Bermaksud: Allah s.w.t. berfirman: Apabila hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta dan apabila ia mendekat kepadaKu
sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa, dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, Aku pergi kepadanya dengan berlari-lari anak.
(Hadits riwayat Bukhari, Ahmad, `Abd bin Humaid, Abu Ya`la, Abu Daud at-Thayālisi dan lain-lain).
Ilmu pun begitu juga, jika anda bersikap malu terhadapnya, maka sekadar-kadaran sahaja ia akan diperolehi, malu bertanya menyebabkan anda tidak akan tahu. Boleh
jadi kita sendiri akan berasa tidak puas hati kerana telah malu untuk bertanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ
Bermaksud: Sesungguhnya penawar bagi kejahilan itu ialah bertanya.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, `Abdur Razzaaq, at-Thabaraani dan al-Haakim).
Malu itu boleh jadi kerana lewat, boleh jadi kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai, boleh jadi kerana bimbangkan salah faham gurunya terhadapnya, malu yang sebegitu bukanlah semuanya tidak baik.
Menurut riwayat al-Hākim orang yang malu dalam hadits yang dimaksudkan di sini bukannya kerana dia mahu duduk tetapi tiada tempat, dia malu kerana pada asalnya
75
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(76) 2/7/22
______
hendak ke tempat lain, namun kerana melalui berdekatan majlis Rasulullah s.a.w., dia berasa malu dan serba salah kalau tidak singgah walaupun sebentar. Orang berkenaan
bahkan telah pergi juga tidak jauh dari situ, tetapi kembali datang dan duduk. Teksnya berikut seperti adalah:
ومضى الثاني قليلا ثم جاء فجلس
Walaupun dia malu untuk meninggalkan majlis ilmu kerana bimbangkan Rasulullah s.a.w. melihatnya pergi, tetapi masih ada faedah dan kelebihan kepadanya berbanding
yang langsung tidak menghadhiri majlis ilmu. Cuma ia kurang baik kerana hatinya tidak tertarik kepada majlis ilmu, hanya menyertainya kerana malu. Ilmu yang diperolehinya juga akan kurang daripada orang yang pertama yang lebih bersungguh-sungguh.
¹⁰⁹ Majlis ilmu adalah zikir. Rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. boleh didapati padanya, ilmu juga tentunya ada di situ. Maka tepat sekali kata sesetengah `ulama’:
.الإعراض عن مجلس العلم يوجب الحرمان
Bermaksud: Berpaling daripada majlis ilmu menyebabkan seseorang terhalang daripada mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
Imam an-Nawawi berkata, “Tentu sekali berpaling perginya orang itu tidak kerana sesuatu keuzuran atau keperluan.” Sebabnya ialah orang yang tidak menyertai majlis
ilmu kerana sesuatu keperluan dan keuzuran tentu sekali tidak dikira bersalah sehingga ia dihukum.
Pandangan an-Nawawi itu memang wajar diterima sekiranya orang berkenaan adalah seorang muslim. Tetapi tidak mungkinkah orang itu bukan muslim atau seorang
munafiq? Ibnu `Abdil Barr berpendapat orang itu adalah seorang munafiq. Bagi beliau, seorang munafiq sahaja dapat berpaling sebegitu rupa daripada majlis ilmu Rasulullah s.a.w.!
Sebenarnya tidak ada hadits yang jelas menunjukkan orang itu memang munafiq. Bagaimanapun logik yang dipakai oleh Ibnu `Abdil Barr itu cukup kuat dan sangat relevan. Ia tidak sepatutnya diketepikan dengan begitu sahaja.
Ridwan Ahmad dari Kuala Kubu baru baca.
1jam 31minit
¹¹⁰ Orang yang ketiga langsung tiada keinginan untuk mendapatkan ilmu, berkaitan dengan orang jenis ini, Allah s.w.t. berfirman:
Hud 11:28
قَالَ يَٰقَوْمِ أَرَءَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَءَاتَىٰنِى رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِۦ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَٰرِهُونَ
Bermaksud: maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya? (Hud:28).
Kalau kita inginkan ilmu, Allah akan memberikannya, tetapi kalau kita tidak inginkan ilmu, adakah Allah akan berikannya juga? Jawabnya tidak, bukan sunnatullah
memberikan ilmu kepada orang yang tidak menginginkannya. Ketetapan Allah dalam dunia ini ialah Dia memberikan kepada orang yang berkehendak sesuai dengan tahap kehendak dan kemahuannya.
Hadits ini memberikan satu prinsip agama Islam yang sangat signifikan, iaitu:
الجزاء من جنس العمل
yang bererti balasan diberikan mengikut jenis amalan. Kalau pergi ke majlis ilmu dengan maksud untuk mendapatkan perlindungan Allah, Allah akan memberikannya. Kalau dengan maksud untuk mendapatkan ilmu, itulah yang dia akan dapat. Semakin banyak perkara yang dikehendaki, semakin banyak yang akan
76
💥💥💥
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(77) 2/7/22
_____________
diperolehi. Contohnya mahu pahala, mahu ilmu supaya menjadi darah daging sehingga ke anak cucu, bersemangat dalam usaha mendapatkan ilmu, mahu menjadi ahli ilmu, ingin bukan sekadar mendapat ilmu tetapi sehingga boleh mengajar pula dan lain-lain.
Kalau malu pula, akan dapat sekadar yang malu itu sahaja, kalau langsung tidak ada kemahuan, maka tidak akan dapat apa-apa.Tidak mendapat benda lain tidak mengapa, tidak mendapat ilmu, rugilah dunia akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Bermaksud: Sesiapa yang mengambil jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan untuknya ke syurga.
(Hadits riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah dan al-Haakim).
Hadits ini mengetuk pintu minda umat Islam dan memberi peringatan kepada mereka bahawa kalau untuk mendapatkan dunia ini pun manusia boleh bersungguh- sungguh, bagaimana dengan orang-orang yang belajar agama, belajar al-Qur’an dan belajar hadits yang hasilnya ialah memenangi dunia dan akhirat, bagaimana boleh mereka tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya? Kalau ada juga orang yang belajar
agama bersikap begitu, tentulah dia seorang yang memang tidak tahu nilai sebenar ilmu yang dipelajarinya.
Orang yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu, ia bersungguh-sungguh kerana mengetahui nilai ilmu itu sendiri, bukan untuk menghadapi peperiksaan, bukan
untuk memuaskan hati orang lain, dan bukan juga untuk mencari kerja atau lain-lain.
Ilmu hadits pula adalah ilmu yang boleh diguna sepanjang hayat, boleh dijadikan sebagai panduan hidup, cukup kepada orang yang mengetahui nilainya untuk
bersungguh-sungguh mencapainya.
Penggunaan perkataan malu (استحيا )dan berpaling (أعرض) untuk Allah di dalam hadits ini bukanlah dengan erti seperti sifat malu dan berpaling pada manusia atau lain-lain makhluk, kerana itu adalah mustahil kepada Allah. Ia hanya digunakan secara majāz semata-mata. Majāz seperti ini dipanggil musyakalah dan muqābalah مجاز المشاكلة والمقابلة Erti sebenar فاستحيا الله منه ialah maka Allah maafkannya atau tidak menghukumnya dengan atas perbuatannya itu. Erti sebenar فأعرض الله عنه pula ialah maka Allah memaafkanya atau tidak menghukumnya dan memurkainya.
Hakikatnya ialah apa yang tersebut sebagai majāz itu merupakan malzūm yang tidak dimaksudkan, sementara erti sebenarnya adalah lazim baginya yang dimaksudkan.
Majāz seperti ini dipanggil musyakalah kerana perkataannya menyerupai perkataan yang telah tersebut sebelumnya, walaupun ma`na sebenar kedua-duanya berlainan. Bukan di dalam hadits sahaja terdapat penggunaan majāz musyakalah ini, di dalam al-Qur’an juga terdapat banyak penggunaannya. Antaranya ialah dalam dua firman Allah berikut:
Aal-e-Imran 3:54 وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ
Bermaksud: Dan mereka (orang-orang Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan
(ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Aali `Imraan:54).
77
Sahih bukhari kitab ilmu 0056(78) 2/7/22
___________________
At-Taubah 9:67
ٱلْمُنَٰفِقُونَ وَٱلْمُنَٰفِقَٰتُ بَعْضُهُم مِّنۢ بَعْضٍۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْۚ نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَنَسِيَهُمْۗ إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ
Bermaksud: Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka sama dengan sebahagian yang lain; mereka masing-masing menyuruh membuat perkara
yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah)
Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. (at-Taubah:67).
Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum yang dapat disimpulkan daripada hadits ini ialah:
(1) Hadits ini menggalakkan umat Islam supaya belajar dan mengikuti majlis ilmu.
(2) Tidak boleh malu dalam menuntut ilmu, kerana malu
adalah sifat orang yang bersalah.
(3) Manusia berasa malu apabila ada sesuatu kesalahan atau sesuatu yang tidak kena telah dilakukannya.
(4) Malu belajar adalah salah satu sifat yang keji. Saiyyidatuna `Aaishah sebaliknya pernah memuji wanita-
wanita Anshar kerana mereka tidak malu belajar.
نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ
Bermaksud: Sebaik-baik wanita ialah wanita Anshār. Malu tidak menghalang mereka mendalami agama.
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(5) Orang yang duduk atau berada dalam majlis ilmu sebenarnya berada dalam perlindungan dan rahmat Allah.
(6) Orang yang berpaling daripada ilmu agama dan
tidak mahu mempelajarinya dimurkai Allah.
(7) Seseorang pelajar hendaklah berada di tempat yang membolehkannya menerima ilmu dengan baik.
(8) Keelokan mengadakan halqah atau majlis ilmu di dalam masjid.
(9) Keelokan berada hampir dengan guru semasa belajar.
(10) Keharusan memuji seseorang kerana perbuatannya
yang baik.
(11) Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan yang keji dan tercela secara terbuka, boleh saja ia dikaitkan dengannya. Menyebutkan kejahatannya kepada
seseorang supaya ia berhati-hati dengannya tidak termasuk dalam bab mengumpat.
(12) Orang yang tidak meredah halqah untuk pergi ke hadapan dengan melangkah belakang orang-orang yang telah berada di hadapan termasuk dalam orang-orang yang
beradab dan sopan.
(13) Seseorang guru boleh saja menyebutkan sesuatu yang tidak ditanya oleh murid.
(14) Orang yang mendahului orang-orang lain menduduki sesuatu tempat di dalam majlis adalah lebih berhak dengannya.
(15) Keelokan memenuhi tempat-tempat yang masih kosong di dalam majlis, lebih-lebih lagi di bahagian
hadapannya.
(16) Keharusan meredah untuk pergi ke hadapan dengan tujuan memenuhi tempat kosong, jika tidak menyakiti dan mengganggu sesiapa. Dalam keadaan boleh membuatkan orang-orang tersinggung perasaan pula lebih elok duduk
saja di mana-mana tempat kosong yang ada di belakang.
(17) Nabi s.a.w. memuji orang yang bersusah payah dalam usahanya mencari kebaikan.
78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan