Isnin, Julai 25, 2022

Tafsir nota baca 0008(0153-155)20/7/22(2)


Tafsir 20/7/22(2)
Al-Baqarah 2:136
قُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ 
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami (al-Qur'an), dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim,²¹⁵  Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya 
(berupa Shuhuf), dan apa yang diberikan kepada Musa (Taurat)²¹⁶ dan 'Isa (Injil)²¹⁷ serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan  seorang pun di antara mereka (seperti kamu yang membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (menyerah diri dan hanya tunduk patuh) kepadaNya semata-mata²¹⁸[136].
_______________

²¹⁵ Tidak disebutkan di sini apakah yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim itu, kitabkah atau shuhuf? Di dalam Surah al-A'la tersebut dengan jelas bahawa ia berupa Shuhuf. Di dalamnya juga tersebut sebahagian daripada ajaran yang terdapat di dalam Shuhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim itu. Mari kita lihat ayat-ayat berkenaan di dalam

Surah al-A'la:
Al-A'la 87:16 بَلْ تُؤْثِرُونَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا 
Al-A'la 87:17 وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰٓ 
Al-A'la 87:18 إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ
Al-A'la 87:19 صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ 
Bermaksud: (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia; (16)
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (17)
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, (18) laitu Kitab-kitab Ibrahim dan Musa. (19). 

²¹⁶ Selain Shuhuf diberikan kepada Nabi Musa seperti tersebut di dalam ayat ke-19 Surah al-A'la yang dikemukakan tadi, Nabi Musa juga diberikan Al-Kitab berdasarkan firman Allah berikut: Al-An'am 6:154
ثُمَّ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ تَمَامًا عَلَى ٱلَّذِىٓ أَحْسَنَ وَتَفْصِيلًا لِّكُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لَّعَلَّهُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Kemudian (ketahuilah pula bahawa) Kami telah memberikan kepada (Nabi) Musa Al-Kitab (Taurat) untuk menyempurnakan (kemuliaan dan ni'mat Kami) kepada orang yang telah berbuat baik (menjalankan ajaran Kitab itu iaitu Nabi Musa) dan untuk menjelaskan segala sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat, supaya mereka beriman kepada pertemuan dengan Tuhan mereka (pada hari akhirat kelak). (al-An'aam:154).

Nama al-Kitab yang diberikan kepada Nabi Musa itu ialah at-Taurat berdasarkan sekian banyak firman Allah yang lain.


²¹⁷  Apa yang diberikan kepada Nabi 'Isa pula ialah Kitab Injil. la tersebut dengan jelas di dalam ayat ke-46 Surah al-Maa'idah dan ayat ke-27 Surah al-Hadid, Di bawah ini dikemukakan ayat al-Maa'idah yang dimaksudkan:
Al-Ma'idah 5:46
وَقَفَّيْنَا عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِم بِعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلتَّوْرَىٰةِۖ وَءَاتَيْنَٰهُ ٱلْإِنجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلتَّوْرَىٰةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Dan Kami utuskan (Nabi) 'Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. 

²¹⁸ Adakah perintah Allah ini telah dijunjung oleh orang-orang yang beriman, khususnya generasi awal umat Muhammad? Dan apakah ganjaran yang dijanjikan kepada orang-orang yang menjunjung perintah Allah ini? Tidak jetas tersebut di sini. Tetapi ia tersebut di dalam firman Allah berikut: Al-Baqarah 2:285
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَاۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ 
Bermaksud: Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membeza-bezakan antara seorang dengan yang Iain dari rasul-rasulNya", dan mereka juga berkata: "Kami dengar dan kami ta'at". (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali." 

Ganjaran yang disediakan untuk mereka pula tersebut di dalam firman Allah di bawah ini An-Nisa' 4:152
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَلَمْ يُفَرِّقُوا۟ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ أُو۟لَٰٓئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا 
Bermaksud: Orang-orang yang beriman kepada Allah dan para rasulNya dan tidak membeza-bezakan seorangpun di antara mereka, kelak Allah akan memberikan kepada mereka pahalanya. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(an-Nisaa': 152).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan