Rabu, September 28, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (3)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (3)

Perbahasan dan Hujah Tentang Kebenaran Kisah Ini:
Fokus utama perbincangan ini ialah sejauh manakah kebenaran kisah ini?

1. Prof Dr al-Sharif tidak membahaskan kisah ini daripada
aspek keabsahan maklumat. Perbincangan beliau banyak
membahaskan aspek kelembutan dalam dakwah. Beliau
mengupas ayat al-Quran yang dinyatakan di atas secara
panjang lebar namun semua itu bukanlah dalil kepada
keabsahan kisah ini.
Beliau sendiri tidak menyatakan satu dalil pun untuk
menyokong kewujudan kisah ini. Malah tidak juga menyatakan sebarang sumber untuk membuktikan kebenarannya.

2. Beberapa persoalan menjadi tanda tanya di sebalik mencari kesahihan kisah ini antaranya:
Soalan Pertama: Di manakah peristiwa ini berlaku?
Pastilah ia tidak berlaku di Mekah kerana tiada orang Yahudi di Mekah. Jika ada sekalipun, pastilah dia tidak berani untuk bertindak secara berlebihan atas nama pendatang di tempat orang.

Soalan Kedua: Jika ia berlaku di Madinah, kita harus menjawab empat persoalan pokok
¤ Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. berjiran dengan seorang lelaki Yahudi?
¤ Beranikah orang Yahudi untuk berlaku kasar dengan
Baginda s.a.w., sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah
ketua di Madinah dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat
yang lain seperti Umar r.a.?
¤ Apakah pula peranan sahabat dalam menyelesaikan
perkara ini? Adakah sahabat langsung tidak mengetahui
peristiwa itu atau mereka sengaja tidak mengambil apa-
apa tindakan?
¤ Nabi Muhammad s.a.w. memiliki beberapa orang isteri dan setiap isteri memiliki rumah masing-masing. Jadi, rumah yang manakah sentiasa menjadi mangsa lelaki Yahudi itu?
Rumah-rumah Nabi Muhammad s.a.w. kesemuanya berdekatan dengan masjid. Jika begitu, pastilah banyak rumah para sahabat r'anhum yang berada di sekeliling rumah Nabi Muhammad s.a.w.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan