Rabu, September 28, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (4)

Kisah popular tapi tidak sahih 25/9/2022 (4)

Keterangan dalam menjawab soalan kedua:
1. Sheikh Uthman bin Muhammad al-Khamis⁴ memetik
pandangan Sheikh Abd a-Rahman al-Suhaym bahawa
orang Yahudi tinggal di pinggiran Madinah. Hujah ini
digunakan oleh beliau untuk menolak dakwaan ada Yahudi
yang tinggal sekitar Masjid Nabawi dan berjiran dengan
Nabi Muhammad s.a.w.⁵

2. Menurut al-Suhaylh (581 H), rumah Baginda s.a.w. semuanya ada sembilan buah⁶.
Al-Dhahabi menambah keterangan bahawa bukanlah  
semua rumah dibina serentak sebaliknya dibina secara bertahap. Rumah pertama yang dibina ialah rumah Ummu al-Mukminin Sawdah binti Zam' ah r. anha dan pada bulan Syawal tahun ke-2 Hijrah, baru dibina rumah Ummu al-Mukminin Aishah r. anha.

3. Meskipun tiada maklumat yang absah menerangkan kesemua maklumat berkaitan rumah-rumah isteri Nabi Muhammad s.a.w., namun yang pastinya kebanyakan rumah mereka berada di bahagian timur Masjid al-Nabawi, di sebelah kanan orang yang mengerjakan solat. Terdapat peta menunjukkan rumah-rumah isteri Baginda s.a.w. semuanya berdekatan.

4. Rumah Baginda s.a.w. dikatakan rendah sahaja sehingga
atap rumahnya boleh disentuh dengan tangan. Hasan al-
Basri (110 H) menceritakan ciri rumah Baginda s.a.w. ketika melawat Madinah, "Saya memasuki rumah-rumah isteri
Baginda s.a.w. pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman
r.a., saya dapat mencapai atap rumah dengan tangan.

5. Para sahabat yang menjadi jiran Nabi Muhammad s.a.w. Para sahabat pula terkenal sebagai orang yang sangat mengasihi Baginda s.a.w. dan tidak akan membiarkan ada orang mengganggu Baginda s.a.w. Ini dapat dilihat dalam banyak kes termasuk sumpah setia mereka dalam Bai' ah Aqabah al-Thani bahawa mereka akan menjaga Baginda s.a.w.sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri. Antara sahabat yang dikenal pasti tinggal berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. ialah Harithah bin al-Nu' man r.a. Disebutkan bahawa beliau yang memberikan tanah-tanah kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membina rumah-rumah isteri Baginda sehingga Baginda s.a.w.pernah melahirkan perasaan hormat dan segan terhadap beliau.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan