Isnin, Oktober 10, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(2)

Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(2)
Sumber Kisah
Kisah ini dicatat dalam beberapa kitab. Antara kitab yang dikenal pasti dalam meriwayatkan kisah ini ialah:

1. Masawi' al-Akhlaq wa Madhmumiha karya Abu Bakar 
Muhammad bin Ja' far bin Sahl al-Shamiri al-Khara'iti (240- 327 H), terbitan Maktabah al-Sawadi li al-Tawzi, Jaddah
pada tahun 1992. Kitab ini ditahqiq oleh Mustafa bin Abu
al-Nasr al-Shalbi. Rujuk no. 251, hal. 120.
حدثنا......فقالها
Bermaksud:
Ibrahim bin al-Junayd mengkhabarkan bahawa, Fudayl bin
Iyad bin Abd al-Wahhab mengkhabarkan bahawa, Jafar bin Sulayman al-Da'bi mengkhabarkan daripada Faid al-Atar, katanya: Saya mendengar Abdullah bin Abi Aufa
mengkhabarkan: Seorang lelaki hampir wafat, maka orang
mengatakan memintanya syahadah, namun ia tidak mampu mengucapkannya sedang ia mampu untuk berkata-kata. Lalu Nabi s.a.w. mendatanginya dan memintanya untuk mengucap namun ia tetap tidak mampu mengucapkannya. Ia berkata: "Hatiku sedar namun saya tidak mampu." Rasulullah s.a.w. bertanyakan sebabnya mengapa. la
menjawab: "Saya sudah derhaka kepada ibu saya." Nabi s.a.w. bertanya: Apakah ibu kamu masih hidup?" Ia menjawab: "Ya." Lalu Nabi s.a.w. menjemput ibunya dan berkata: "Berilah keredhaan kepada anakmu." Si ibu pun berkata: "Ya Allah sesungguhnya saya menyaksikan-Mu (sebagai Tuhan) dan saya menyaksikan Rasul-Mu, sesungguhnya saya redha kepadanya."
Lalu ia dapat mengucap.

2. Kitab Tanbih al-Ghafilin oleh Abu al-Layth Nasr bin
Muhammad al-Hanafi al-Samarqandi (373 H), terbitan
Maktabah al-Iman, Mansurah pada tahun 1998. Kitab ini
ditahqiq oleh al-Sayyid al-"Arabi. Rujuk Bab Haq al-Walad
ala al-Walid, no.148, hal.95-96.
ورو............والنوفل
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abban, daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata: Ada seorang lelaki pada zaman Nabi Mubammad s.a. w yang bernama Alqamah. Beliau banyak berjuang dan rajin bersedekah. Beliau jatuh sakit dan sakitnya agak teruk. Lalu beliau mengutuskan isterinya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk mengkhabarkan tentang dirinya yang sakit. Baginda s.a.w. seterusnya memerintahkan Bilal, Ali, Salman,dan Ammar 
r'anhum: "Pergilah kamu semua melihat keadaan
Alqamah."

Mereka pun bergeraklah melawat Alqamah. Mereka mengajarkan Alqamah untuk mnengucap kalimah syahadah namun beliau tidak mampu untuk mengucapkannya. Apabila mereka yakin bahawa Alqamah akan meninggal dunia, sahabat yang lain mengutuskan Bilal untuk mengkhabarkan keadaan Alqamah kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bertanya: Adakah beliau memiliki ibu bapa?"

Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: "Bapanya meninggal
dunia, ibunya pula sudah lanjut usia. Rasulullah s.a.w.
kemudiannya berkata: "Wahai Bilal, kamu pergilah ke rumah
ibunya, sampaikan salamku kepadanya. Jika dia mampu, minta dia datang bertemu dengan saya tetapi jika dia tidak mampu, tunggulah sehingga saya datang kepadanya. Bilal pun pergi dan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu Alqamah. lbu Alqamah pun berkata: Jiwa saya merupakan tebusan jiwanya, saya sepatutnya datang mengadap kepada Rasulullah s.a.w. Dia pun mengambil tongkat dan berjalan ke tempat Rasulullah s.a.w. Baginda s.a. w. berkata: "Bercakap jujurlah dengan saya, sekiranya ibu bohong, wahyu akan datang untuk memaklumkan kepada saya. Bagaimana sebenarnya perihal Alqamah.

Ibu itu berkata: "Wahai Rasulullah, dia rajin solat, juga rajin berpuasa, banyak bersedekah sehingga tidak diketahui berapakah jumlahnya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimana hubungan antara kamu berdua?" Dia berkata: "Wahai Rasulullah, ada satu perkara yang saya marah dengan anak saya" Rasulullah s.a.w. bertanyakan apa. lbu itu berkata: "Dia melebihkan isterinya daripada saya, dia mengikut perintah isterinya sedangkan dia derhaka kepada saya. 

Rasulullah bersabda: "Kemarahan ibunya s.a.w. menyebabkan lisannya tidak mampu untuk mengucap.
Kemudian Baginda s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: Kumpulkan kayu api, saya ingin membakar Alqamah. "lbu Alqamah terus berkata: "Wahai Rasulullah, anak saya, belahan jantung saya akan dibakar di hadapan saya, bagaimana dengan perasaan saya"

Rasulullah s.a.w. berkata kepada ibunya: "Wahai ibu, azab
Allah s.w.t. lebih dahsyat dan kekal. Jika ibu suka ia mendapat keredhaan Allah, hendaklah ibu memaafkannya. Demi nyawa saya di tangannya, solat dan sedekah Alqamah tidak bermanfaat selagi mana ibu memarahinya. Ibu Alqamah mengangkat tangannya lalu berkata: "Saya menyaksikan kemuliaan Allah,dan wahai Rasulullah serta hadirin sekalian, sesungguhnya saya redha dengan anak saya Alqamah.

Rasulullah s.a.w berkata: "Pergilah kamu wahai Bilal dan
lihatlah keadaan Alqamah, adakah Alqamah boleh mengucapkan kalimah syahadah? Boleh jadi ibunya hanya berkata demikian kerana malukan Rasulullah."

Bilal r.a. pun pergi, apabila sampai di pintu rumah,beliau mendengar Alqamah melafazkan kalimah syahadah Bilal r:a. pun masuk dan berkata: "Wahai sekalian, kemarahan Ibu Alqamah menghalangnya daripada melafazkan kalimah syahadah." Keredhaan ibunya pula membebaskan lidahnya

Alqamah meninggal dunia pada hari itu. Rasulullah s.a.w. datang dan memerintahkan agar jenazabnya dimandi
dan dikapankan, kemudian dikerjakan solat jenazah. Selepas itu, Baginda s.a.w. bersabda di kubur: "Wahai sekalian Muhajirin dan Ansar, barangsiapa melebihkan isteri daripada ibunya, akan dilaknat Allah s.w.t. dan amalan fardhu dan sunatnya tidak diterima.


3. Kitab Dala'il al-Nubuwwah wa Ma'rifah Ahwal Sahib al-
Shari'ah karya Abu Bakar Ahmad bin al-Husayn al-Baihaqi
(384-458 H), terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut nada tahun 1998. Kitab ini ditahqiq oleh Dr Abd al-Mu' ti Qal' aji. Rujuk j.6, hal.205-206.

Terjemahan: Abu Abdullah al-Hafiz dan Abu Sa'id bin Amr
mengkhabarkan kepada kami bahawa, Abu al-Abbas berkata mengkhabarkan kepada kami bahawa, Muhammad bin Ya qub, Yahya bin Abu Talib mengkhabarkan kepada kami bahawa Abd al-Wabbab bin Ata' memberitakan kepada kami bahawa, Abu bin al-Warqa' mengkhabarkan kepada kami daripada Abdullah bin Abi Aufa bahawa beliau berkata:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a. w., datanglah seseorang dan berkata: "Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki yang pemurah namun apabila diminta untuk mengucap, ia tidak mampu untuk melafazkannya." Lalu kami bingkas bersama Rasulullah s.a.w ke rumahnya. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: "Katakan
Tiada Tuhan yang Layak Disembah Melainkan Allah." Lelaki
itu berkata: "Saya tidak mampu." Rasulullah s.a.w. bertanyakan mengapa. la menjawab: "Hatiku berasa sangat pedih apabila mengucapkannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi mengapa. la menjawab: "Kerana saya derhaka kepada ibuku."

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Ibumu masih hidup?"
Dia mengiyakannya. Rasulullah s.a. w. memerintahkan agar
dipanggil ibu lelaki tersebut. Apabila ibunya datang, Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah ini anakmu? lbu itu mengiyakannya. Rasulullah s.a. w. bertanya: Apa pandanganmu jika ada api yang marak, adakah ibu meredhai anakmu atau lebih baik anakmu dilemparkan saja ke dalam api tersebut?"

lbu itu berkata: "Pasti saya meredhainya, Rasulullah."
Rasulullah s.a.w. berkata lagi: "Hendaklah ibu bersaksi atas
nama Allah dan nama saya bahawa ibu sudah meredhainya."

lbu itu berkata: "Ya Allah, saya bersaksi atas nama Allah dan nama nabi-Mu, bahawa saya meredhai anakku." Rasulullah s.a.w. terus berkata kepada lelaki tersebut: "Wahai anak muda, ucapkan Tiada Tuhan yang Layak disembah melainkan Allah."
Lelaki itu terus berkata: "Tiada Tuhan yang Layak Disembah
Melainkan Allah, Dialah yang satu, tidak syirik ke atas-Nya."
Lalu Rasulullah s.a. w. berkata sebanyak tiga kali: "Segala puji  bagi Allah yang menyelamatkan kamu daripada api neraka.


4. Kitab al-Tarikh fi Akhbar Qazwin karya Abu Abdullah bin Zakariyya al-Qazwini (605-682 H). Rujuk j.6, Bab al-Ta' fih Thalathah Asma', hal.369-370.

Kisah yang terdapat dalam kitab ini hampir sama dengan
apa yang terdapat dalam kitab Dala'il al-Nubuwwah. Namun,terdapat dua perkara yang perlu diteliti:

a. Dalam kitab Tanbih al-Ghaflin, tidak dinyatakan
Rasulullah s.a.w. menziarahi Alqamah. Sebaliknya
Rasulullah s.a.w. hanya mengutuskan beberapa orang
sahabat. Namun, dalam tiga kitab yang lain termasuk
tulisan al-Hafiz al-Mundhiri menyatakan Baginda s.a.w sendiri yang menziarahinya.

b.Jika dinyatakan Rasulullah s.a.w. tidak menziarahinya
ini bertentangan dengan akhlak dan seruan Baginda
sendiri supaya menziarahi orang sakit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan