Isnin, Oktober 10, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(5)

Kisah popular tapi tidak sahih 9/10/22(5)
Apa Kata Ulama Mengenai Kisah Ini?
Persoalan yang harus diselesaikan ialah apakah biodata lengkap Alqamah yang dikatakan menderhaka kepada ibunya? Apakah nama bapanya, ibunya, kabilahnya, di samping apa pula nama isterinya dan berasal daripada kabilah mana? Malah jika kita katakan Alqamah menderhaka kepada ibu kandungnya, ia bererti isteri Alqamah juga adalah antara orang yang bermasalah. Apakahkita berani mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang para sahabat sedangkan mereka termasuk dalam golongan yang terbaik dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

Al-Asbahani berpendapat: Terdapat 14 orang sahabat nabi
yang bernama Alqamah, namun tiada seorang pun yang dikaitkan dengan kisah ini.¹⁶

Al-Hafiz pula menyenaraikan empat orang sahabat nabi nabi yang bernama Alqamah.

1.Alqamah bin Hujr yang dianggap sebagai sahabat oleh Ali
bin Sa id al-Askari. Namun ulama mengkritik pengiktirafan
al-Askari termasuk al-Hafiz. Menurut al-Hafiz, nama sebenar beliau ialah Alqamah bin Wa'il bin Hujr dan beliau
bukan sahabat nabi.



2. Alqamah bin Nadlah al-Kinani namun Abu Hatim al-Radhi
dalam al-Jarh wa al-Ta dil menyatakan beliau bukan sahabat nabi.

3. Alqamah bin Nadlah al-Khuza' i sebagaimana dijelaskan
oleh Ibn Qani dalam Mu' jam al-Sahabah.

4. Alqamah Walid Simak menurut anggapan Ibn Shahin.
Namun pandangan tidak kuat, yang sebetulnya beliau bukan tergolong dalam kumpulan sahabat nabi.


Kesimpulan

Berdasarkan penghujahan yang dilontarkan oleh alim ulama,sangat jelas bahawa kisah Alqamah adalah rekaan semata-mata. Secara ringkasnya dinyatakan semula faktor-faktor yang membawa kepada penolakan kisah ini.

1. Terdapat dua orang perawi yang sangat diragui dan ditolak oleh ulama iaitu Faid bin Abd al-Rahman dan Daud bin Ibrahim.

2. Tiada seorang pun kalangan sahabat bernama Alqamah yang sesuai untuk dikaitkan dengan kisah ini.

Justeru, wajib mengelakkan diri daripada membawa kisah ini walaupun untuk memberikan pengajaran kecuali bertujuan untuk menerangkan kepalsuannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan