Selasa, Oktober 11, 2022

Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 012 1/10/2014

Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 012 1/10/2014

٦-باب عِدَّةِ أَصْحَابِ بَدْرٍ: 
Bab Bilangan Ahi Badar.³⁶

٣٩٥٥- حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ اسْتُصْغِرْتُ أَنَا وَابْنُ عُمَرَ
3955- Muslim bin lbrahim (al-Faraahidi al-Azdi) meriwayatkan kepada kami, katanya Syu bah (bin al-Hajjaaj) meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq (Amar bin Abdillah as-Sabi'i) daripada Baraa' (bin 'Aazib al-Anshari), katanya: "Aku dan lbnu Umar dianggap (dikira masih)kecil.

٣٩٥٦- حَدَّثَنِي مَحْمُودٌ حَدَّثَنَا وَهْبٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ اسْتُصْغِرْتُ أَنَا وَابْنُ عُمَرَ يَوْمَ بَدْرٍ وَكَانَ الْمُهَاجِرُونَ يَوْمَ بَدْرٍ نَيِّفًا عَلَى سِتِّينَ وَالْأَنْصَارُ نَيِّفًا وَأَرْبَعِينَ وَمِائَتَيْنِ
3956- Mahmud (bin Ghailaan) juga meriwayatkan kepadaku., katanya: Wahab (bin Jarir) meriwayatkan kepada kami daripada Syu'bah daripada Abi Ishaq daripada Baraa', katanya: "Aku dan Ibnu Umar dianggap kecil pada hari Badar.³⁷ Orang-orang Muhajirun pada hari Badar lebih enam puluh orang.³⁸ Orang-orang Anshaar pula dua ratus enpat puluh orang lebih.

٣٩٥٧ - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ قَالَ سَمِعْتُ الْبَرَاءَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ حَدَّثَنِي أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا أَنَّهُمْ كَانُوا عِدَّةَ أَصْحَابِ طَالُوتَ الَّذِينَ جَازُوا مَعَهُ النَّهَرَ بِضْعَةَ عَشَرَ وَثَلَاثَ مِائَةٍ قَالَ الْبَرَاءُ لَا وَاللَّهِ مَا جَاوَزَ مَعَهُ النَّهَرَ إِلَّا مُؤْمِنٌ

3957- Amar bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ishaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku mendengar
Baraa berkata: "Sahabat-sahabat Muhammad s.a.w. yang ikut serta dalam peperangan Badar menceritakan kepadaku bahawa mereka adalah sebilangan sahabat-sahabat Thaalut yang telah menyeberangi sungai bersamanya, iaitu tiga ratus dan belasan (orang). Kata Baraa 'Tidak, Demi Allah! Tidak ada yang menyeberangi sungai bersamanya
melainkan mu'min (sejati)."⁴⁰

٣٩٥٨ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَجَاءٍ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ كُنَّا أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَتَحَدَّثُ أَنَّ عِدَّةَ أَصْحَابِ بَدْرٍ عَلَى عِدَّةِ أَصْحَابِ طَالُوتَ الَّذِينَ جَاوَزُوا مَعَهُ النَّهَرَ وَلَمْ يُجَاوِزْ مَعَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ بِضْعَةَ عَشَرَ وَثَلَاثَ مِائَةٍ
3958- 'Abdullah bin Rajaa' meriwayatkan kepada kami, katanya: Isra'il meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada Baraa', katanya: Kami para sahabat
Muhammad s.a.w. selalu bercakap-cakap bahawa bilangan ahli Badar adalah sama dengan bilangan sahabat-sahabat Thaalut yang telah menyeberangi sungai bersamanya.
Tidak ada yang menyeberangi sungai bersamanya melainkan mu'min (sejati). (Mereka adalah) Seramai tiga ratus dan belasan orang.

٣٦٦٤ - حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا نَتَحَدَّثُ أَنَّ أَصْحَابَ بَدْرٍ ثَلَاثُ مِائَةٍ وَبِضْعَةَ عَشَرَ بِعِدَّةِ أَصْحَابِ طَالُوتَ الَّذِينَ جَاوَزُوا مَعَهُ النَّهَرَ وَمَا جَاوَزَ مَعَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ
3959- Abdullah bin Abi Syaibah meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Sutyan daripada Abi Ishaq daripada Baraa. (Kata Imam Bukhari) Muhammad bin Katsir Juga meriIwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Abi lshaq daripada Baraa r.a., katanya: "Kami selalu bercakap-cakap bahawa sahabat-sahabat yang ikut serta dalam peperangan Badar itu adalah seramai tiga ratus dan belasan orang. Sebilangan sahabat-sahabat Thaalut vang
telah menyeberangi sungai bersamanya. Tidak ada yang menyeberangi (sungai) bersamanya melainkan mu' min (sejati).

__________________
³⁶ Imam Bukhari tidak membuat sebarang keputusan tepat tentang bilangan ahli Badar. Sebabnya ialah  riwayat berbeda-beda tentangnya. Riwayat yang menepati syaratnya pula tidak ada yang terang. Bagaimanapun dengan mengemukakan beberapa riwayat al-Baraa' yang menyebutan mereka adalah sebilangan sahabat-sahabat Thaalut, beliau mengisyaratkan kepada pilihannya gan sahabat-sahabat Thaalut yang berperang dengan Jaalut dan bala tenteranya ialah seramai tig ratus tiga belas orang berdasarkan riwayat Tirmizi dan lain-lain. 

Berikut dikemukakan riwayat Tirmizi itu bersama-sama dengan komentar beliau terhadapnya berserta terjemahan:

Bermaksud: Kata Baraa': "Kami selalu bercakap- cakap bahawa sesungguhnya bilangan ahli Badar itu sama dengan bilangan sahabat-sahabat Thaalut. Tiga ratus tiga belas orang." Kata Tirmizi: "Berhubung dengan bab ini ada juga riwayat daripada lbnu Abbaas. Kata Abu Isa (Imam Tirmizi) lagi: "Hadits ini hasan sahih. la diriwayatkan juga) oleh ats-Tsauri dan lain-lain daripada Abi Ishaq. 

Sebenarnya terdapat perbedaan pendapat ulama' tentang bilangan ahli Badar. Puncanya ialah berbeda-bedanya riwayat berhubung dengan perkara ini. Di sana ada empat riwayat berhubung dengannya: 
(1) Berdasarkan riwayat Ibnu Abbaas yang dikemukakan oleh Ahmad, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah, at-Thabaraani, Ibnu 'Asaakir dan lain-lain, bilangan mereka ialah tiga ratus tiga belas orang. Itu juga bilangan yang tersebut di dalam riwayat Tirmizi daripada Baraa' dikemukakan tadi. 

(2) Al-Baihaqi dan at-Thabaraani dengan sanad mereka telah meriwayatkan  yang daripada Abi Ayyub al-Anshari bahawa, setelah berangkat beberapa jauh dalam perjalanan menuju ke Badar, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya dikira bilangan sahabat yang pergi bersama Baginda s.a.w. Setelah dikira, didapati mereka seramai tiga ratus empat belas orang. Nabi s.a.w. memerintahkan supaya dikira sekali lagi. Ketika sedang membilang buat kali kedua, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki sedang datang dengan menaiki seekor unta kurus. 

(3) Dengan memasukkan dia juga dalam bilangan mereka, jadilah tiga ratus lima belas orang semuanya. Al- Baihagi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abdullah bin Amar bin al-'Aash bahawa. seramai tiga ratus lima belas orang telah mengikuti Nabi s.a.w. ketika Baginda s.a.w. berangkat ke Badar. 

(4) Imam Muslim pula dengan sanadnya meriwayatkan daripada Umar bahawa, bilangan mereka ialah tiga ratus sembilan belas orang. Ibnu Saiyyidin Nas di dalam Uyunu al-Atsar menghimpun semua yang tersebut di dalam pelbagai riwayat, lalu menyimpulkan bilangan mereka adalah seramai tiga ratus enam puluh tiga orang semuanya. Sebagai langkah bercermat, beliau mengambil kira apa yang tersebut di dalam semua riwayat. Bagaimanapun itu tidaklah bererti beliau benar-benar mempercayai bilangan ahli Badar itu tiga ratus enam puluh tiga orang. Hafiz Ibnu Hajar cuba menjamakan kesemua riwayat yang tersebut tadi dengan katanya: Bilangan ahli Badar sebenarnya ialah tiga ratus tiga belas orang. Riwayat Abi Ayub al-Anshari menyebutkan mereka tiga ratus empat belas orang. Setelah mengambil kira seorang lelaki yang datang kemudian dengan menaiki unta kurusnya, jadilah mereka tiga ratus lima belas orang. Tidak ada pertentangan di antara riwayat-riwayat ini dengan riwayat yang menyebutkan mereka tiga ratus tiga belas orang. jika tidak dikira Nabi S.a.w. sendiri dengan orang yang datang kemudian itu. Riwayat Muslim yang menyebutkan mereka tiga ratus sembilan belas orang itu mungkin mengambil kira sahabat-sahabat yang dianggap kecil dan belum baligh ketika itu. Lalu mereka tidak dibenarkan untuk turut berperang. Seperti Baraa', lbnu Umar, Anas dan Jaabir. Ibnu Sa'ad dan az-Zarqaani menyebutkan lapan orang sahabat turut mendapat bahagian daripada harta rampasan perang Badar dan pahala seperti orang-orang yang terlibat secara langsung dalam peperangan itu. Meskipun mereka tidak menyertainya. Ini kerana mereka tidak menyertainya dengan izin Rasulullah s.a.w. sendiri dan demi menjunjung perintah Baginda. Mereka ialah: 
(1) Utsman bin 'Affaan. Rasulullah s.a.w. tidak membenarkannya turut serta ke Badar, kerana pada ketika itu Ruqaiyyah anak perempuan Baginda s.a.w. yang merupakan isteri beliau sedang sakit teruk. 
(2) Thalhah bin 'Ubaidillah. 
(3) Sa'id bin Zaid. Mereka berdua ini tidak dapat ikut serta ke Badar kerana ditugaskan mengintip pergerakan orang-orang kafir Quraisy. 
(4) Abu Lubaabah bin al-Munzir. Setelah sampai ke ar-Rauhaa, Nabi s.a.w. menyuruhnya pulang ke Madinah untuk melaksanakan beberapa tugas Baginda. 
(5) Aashim bin Adi. Beliau ditugaskan mengawal kawasan-kawasan pinggiran Madinah.
(6) Haarits bin Haathib. Kerana telah berlaku suatu masalah di kalangan Bani Amar bin Auf, Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan beliau pergi kepada mereka untuk menyelesaikan masalah berkenaan. 
(7) Haarits bin as-Shimmah. Beliau disuruh pulang dari Ar-Rauhaa' setelah mendapat kecederaan. 
(8) Khawwaat bin Jubair. Beliau juga kerana mendapat kecederaan pada urat ketingnya, telah disuruh pulang oleh Rasulullah s.a.w. dari satu tempat yang dikenali dengan Shafraa'. 

³⁷ Sebelum berlaku peperangan pada kebiasaannya Nabi s.a.w. akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Orang-orang yang belum baligh dikeluarkan dari senarai perserta dan dihantar pulang. Hadits Baraa' ini tidak bertentangan dengan hadits Ibnu Umar yang menyebutkan: "Aku dianggap kecil pada hari Uhud. Kerana dalam kedua-dua peristiwa itu mereka dipastikan belum berumur lima belas tahun. Ibnu Umar sendiri menceritakan, pada hari Badar umur beliau baru tiga belas tahun. Pada hari Uhud pula umur beliau baru empat belas tahun. Dalam kedua-dua peristiwa itu beliau dianggap masih kecil dan belum layak untuk berperang

³⁸ Perkataan نيفا sama dengan perkataan بضع atau بضعة yang memberi erti bilangan daripada tiga hingga sembilan. bererti lebih enam puluh orang. Tetapi yang lebih itu ialah antara tiga hingga sembilan. Enam puluh tiga, enam puluh empat, enam puluh enam atau enam puluh sembilan misalnya. نيفا وأربعين ومائتين  pula bererti dua ratus empat puluh orang lebih. 

³⁹ Belasan (orang) ialah terjemahan bagi perkataan بضعة عشر. Perkataan بضع  atau بضعة bererti bilangan daripada tiga hingga sembilan sama seperti perkataan juga. بضعة عشر pula bererti bilangan di antara tiga belas hingga sembilan belas. 

⁴⁰ Hadits 3957, 3958 dan 3959 diriwayatkan daripada Baraa' bin Aazib. Kesemuanya mengandungi cerita yang sama, walaupun lafaznya sedikit sebanyak berbeza. Adakah ahli Badar sama dengan sahabat-sahabat Thaalut hanya pada bilangan sahaja atau ada lagi maksud lain yang tersimpan di sebaliknya yang mendorong para sahabat membandingkan ahli Badar dengan mereka? Jawapannya ialah ya, masih banyak lagi sudut keserupaan di antara dua golongan tersehut Antara lainnya ialah: 
(1) Sebagaimana sahabat-sahabat Thaalut merupakan golongan yang sedikit ( فئة قليلة), tetapi mereka telah berjaya mengalahkan golongan yang banyak (فئة كثيرة) Begitulah juga dengan ahli Badar. Mereka juga merupakan golongan yang sedikit, tetapi telah berjava mengalahkan golongan yang banyak. 
(2) Sebagaimana pengikut-pengikut Thaalut disifatkan dengan mu'min sejati, begitulah juga disifatkan ahli Badar. (3) Sebagaimana pengikut-pengikut Thaalut menggantungkan harapan pada pertolongan Allah. begitulah dengan ahli Badar. Mereka juga menggantungkan sepenuh-penuh harapan pada pertolongan Allah, 
(4) Sebagaimana pengikut-pengikut Thaalut setia dan sabar daam menurut perintahnya, begitulah juga dengan ahli
Badar, Mereka juga sangat setia kepada Nabi S.a.W. dan sa bar bersama-sama dengan Baginda.Pendek kata banyaklah persamaan di antara dua golongan itu. 

Sahih Bukhari Kitab Maghazi 038

٧- باب دُعَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُفَّارِ قُرَيْشٍ شَيْبَةَ وَعُتْبَةَ وَالْوَلِيدِ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ وَهَلاَكُهُمْ: 

7- Bab: Doa Nabi S.A.W. Ke Atas Orang-Oramg Kafir Quraisy, Syaibah , Utbah, AIWalid Dan Abu Jahal Dan (Bab Tentang) Kebinasaan Mereka.⁴¹

3960- Amar bin Khalid (al-Harraani) meriwayatkan kepadaku, katanya: Zuhair (bin Mu' aawiah) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ishaq meriwayatkan kepada kami daripada Amar bin Maimun daripada 'Abdillah bin Mas'ud r.a., katanya: "Pernah Nabi s.a.w. mengadap Ka bah lalu Baginda s.a.w. mendoakan (keburukan) ke atas beberapa orang Quraisy, Syaibah bin Rabi' ah, Utbah bin Rabi'ah, al-Walid bin Utbah dan AbuJahal. Aku bersaksi dengan nama Allah, sesungguhnya aku telah melihat mereka bergelimpangan dalam keadaan diri mereka telah berubah oleh matahari.⁴² Hari itu adalah hari panas.⁴³ 


________________
⁴¹ Apa kaitannva tajuk bab yang dibuat Bukhari ini dengan perang Badar? Bukankah Nabi s.a.w, mendoakan keburukan terhadap mereka itu ketika Baginda masih berada di Mekah, setelah mereka meletakkan tembuni unta di atas belakang Baginda s.a.w. yang sedang bersujud dalam sembahyangnya dekat Ka bah? Kenapa pula cerita doa di Mekah itu dibawa ke sini di dalam hab Deristiwa Badar yang berlaku pada tahun kedua hijrah? Jawapannya ialah terbunuhnya mereka vang tersebut di dalam tajuk bab ini dalam keadaan terhina adalah hasil atau akibat daripada doa Nabi s.a.w. terhadap mereka semasa di Mekah dahulu. Kata Baginda s.a.w. dalam doanva itu: 
اللهم  عليك بأبي جهل وعليك بعتبة بن ربيعة ، وشيبة بن ربيعة  والوليد ابن عتبة ،وأمية  ابن خلف ،وعقبة بن أبي معيط
Ya Allah, balaslah Abu Jahal, balaslah Utbah bin Rabi ah, Syaibah bin Rabi' ah, Al-Walid bin Utbah, Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mu'aith" 

⁴² Maksudnya ialah sudah menjadi kembung, pecah atau berbau busuk dipukul sinar matahari vang panas. Lebih-lebih lagi hari itu adalah hari yang panas. Pada hari yang panas atau di musim panas, mayat boleh pecah atau berbau busuk dalam masa sekejap saja. 

⁴³ Satu persoalan timbul di sini. Bukankan Rasulullah s.a.w. itu merupakan rahmat kenada sekalian alam? Bukankah selalunya Rasulullah S.a.w. berdoa begini kepada musuh-musuhnya: اللهم اهد -قومي فإنهم لايعلمون. Kenapa pula di sini Baginda s.a.w. mendoakan keburukan ke atas


38


Tiada ulasan:

Catat Ulasan