Ahad, Oktober 30, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0063(113-119) 29/10/22s

Sahih bukhari kitab ilmu 0063(113-119) 29/10/22s

١٣ -  باب مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ:
Bab (13): Sesiapa Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Banyak Untuknya, Niscaya Diberikan Kepadanya Faham Yang Mendalam Tentang Agama.¹⁶⁹


٧٢- حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ: قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ خَطِيبًا يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي، وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ
Abdul nasir baca

72 - Sa`id Bin `Ufair meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu Wahab¹⁷¹meriwayatkan kepada kami daripada Yunus (bin Yazid al-Aili) daripada Ibni Syihab, katanya: Humaid Bin `Abdil Rahman berkata, aku telah mendengar Mu`awiyah ¹⁷² ketika berucap, berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan yang banyak (istimewa) untuknya,¹⁷³ niscaya diberikan kepadanya faham yang mendalam tentang agama.¹⁷⁴  Sesungguhnya aku hanya pembahagi, Allah-lah yang memberi.¹⁷⁵Umat ini akan terus tetap tegak dengan agama Allah (yang betul), tidak akan menjejaskan mereka orang-orang yang menentang dan menyalahi mereka sehinggalah datang hari qiamat.”¹⁷⁶

Mmay berhenti baca  disini

____________
¹⁶⁹ Pada bab ke-11 

-Bab (11): Nabi S.A.W. Selalu Mencari Masa Dan Keadaan Yang Sesuai Untuk Memberi Nasihat Dan Ilmu Kepada Para Sahabat, Supaya Mereka Tidak Jemu.¹²⁶
١١- باب مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُهُمْ بِالْمَوْعِظَةِ وَالْعِلْمِ كَيْ لاَ يَنْفِرُوا
yang lalu penulis telah menyebutkan bahawa setelah Imam Bukhari menaikkan semangat para penuntut ilmu dan menyatakan kelebihan ilmu, beliau bimbang kenyataannya itu disalah faham sehingga dianggap ilmu mestilah dicari dan dipelajari setiap masa, lalu beliau mengemukakan tajuk larangan meliarkan orang ramai daripada ilmu kerana jemu.
Pada bab ke-12 

-Bab (12): Orang Yang Menentukan Untuk Ahli `Ilmu Hari-Hari Tertentu.¹⁶¹
١٢- باب مَنْ جَعَلَ لأَهْلِ الْعِلْمِ أَيَّامًا مَعْلُومَةً: 


yang baru saja berlalu, Imam Bukhari mengemukakan atsar Ibnu Mas`ud untuk tujuan yang sama, tetapi atsar itu hanya menunjukkan beliau mengajar orang ramai pada hari Khamis sahaja dalam seminggu. Mungkin akan disalah faham pula bahawa jika ilmu itu begitu penting dan istimewa, mengapakah hanya ditetapkan satu hari sahaja untuknya? Bolehkah seseorang penuntut ilmu memahaminya secara mendalam dalam masa satu hari sahaja? Cukupkah masa untuk seseorang itu menimba ilmu seluas lautan dalam masa satu hari sahaja dalam seminggu? 
Tujuan Imam Bukhari mengadakan bab ke-13 ini pula adalah untuk menjelaskan kepada pembaca bahawa jika diperhatikan, ketentuan hari dan waktu yang disebutkan 
pada 2 bab sebelum ini hanyalah berkait dengan pengajaran berbentuk wejangan(موعظة ) atau ilmu umum, peringatan dan ancaman kepada orang awam sahaja, ia tentu sekali tidak sesuai jika diberikan setiap hari dan pasti akan menjemukan orang ramai. 
Adapun orang yang hendak bertafaqquh fid diin atau memahami agama secara mendalam, maka dia perlulah mempelajari ilmu dengan bersungguh-sungguh setiap 
hari dan memberikan tumpuan yang penuh terhadapnya,
kerana orang yang mempunyai faham yang lebih mendalam tentang agama itulah orang yang Allah mahukan kebaikan yang banyak dan istimewa untuknya.
Hafizh al-`Aini berpendapat, sudut kesesuaian di antara bab ke-13 ini dan 2 bab sebelumnya ialah dua bab sebelum ini bercerita tentang orang yang sentiasa berfikir dan mencari-cari masa dan peluang yang sesuai untuk memberi nasihat dan bimbingan terhadap orang ramai, tentu sekali seorang yang nasihatnya berkesan adalah seorang faqih atau seorang yang memahami agama dengan mendalam. 
Sementara bab ke-13 ini pula memuji orang yang mendalam ilmu agamanya. 
Bagaimana ia tidak akan terpuji, kalau Allah telah menghendaki kebaikan yang banyak dan istimewa untuknya, dengan menjadikannya seorang yang mendalam kefahamannya tentang agama dan sangat alim tentang selok-belok Syari`at Islam?
Syeikhul Hind Maulana Maĥmūdul Ĥasan berpendapat, tajuk bab ke-13 ini dan hadits ke-72 di bawahnya menyatakan dua perkara. Pertama, kefahaman yang mendalam tentang agama itu adalah satu kebaikan yang sangat besar dan istimewa. Kedua, kefahaman yang mendalam tentang agama itu semata-mata kurniaan Allah. Nabi s.a.w. sendiri pun bersabda:وإنما أنا قاسم (aku hanyalah pembahagi), tidak kerana lain melainkan untuk menyatakan hanya Allah jua yang mengurniakannya kepada
seseorang. Maka dapatlah difahami betapa mulia dan istimewanya kefahaman yang mendalam tentang agama itu.

¹⁷⁰ Beliau ialah Sa`id bin Katsīr bin `Ufair bin Muslim bin Yazid bin Ĥabīb bin al-Aswad al-Bashri. Kuniahnya ialah Abu `Utsman. `Ufair sebenarnya adalah datuk Sa`id, tetapi beliau lebih popular dibinkan kepada datuknya (`Ufair) berbanding ayahnya sendiri iaitu Katsīr.
Sa`id (anak murid imam malik)mendengar hadits daripada Malik(yakni Imam malik, guru imam syafie), Ibnu Wahab, al-Laits dan ramai lagi tokoh-tokoh hadits yang lain. Muhammad bin Yahya adz-Dzuhli dan Bukhari pula adalah 
antara tokoh hadits yang meriwayatkan hadits daripadanya. Muslim dan an-Nasā’i hanya meriwayatkan hadits daripadanya dengan perantaraan seseorang. 
Yahya bin Ma`īn berkata, “Sa`id bin `Ufair perawi tsiqah, tidak mengapa dengannya.” Ibnu Ma`īn bahkan sangat kagum dengan Sa`id, sehingga beliau pernah berkata, “Aku 
telah melihat di Mesir tiga ke`ajaiban, iaitu sungai Nil, Piramid dan Sa`id bin `Ufair.” Adz-Dzahabi berkata tentangnya, “Beliau tsiqah, imam dan salah satu lautan ilmu.” Dua atau tiga sahaja haditsnya dikatakan mungkar oleh para `ulama’ hadits. Sa`id bin `Ufair meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah.

¹⁷¹ Beliau ialah `Abdullah bin Wahab bin Muslim al-Qurasyi al-Fihri al-Mishri. 
Kuniahnya ialah Abu Muhammad. Ibnu Wahab menerima hadits daripada Malik, al-Laits, ats-Tsauri, Ibnu Abi Dzi’b, Ibnu Juraij dan lain-lain. Beliau seorang Tābi` at-Tābi`īn, sempat bertemu beberapa orang Tābi`īn kecil. Sesetengah `ulama’ mengatakan beliau telah menerima hadits daripada kira-kira empat ratus orang guru. 
Imam Ahmad berkata tentangnya, “Dia perawi yang sahih haditsnya, alangkah sahih dan teguh haditsnya.” Yahya bin Ma`īn, Ibnu `Adi, Ibnu Hibbaan, al-`Ijli, as-Sāji dan 
lain-lain mengatakan beliau tsiqah. Ibnu Bukair berkata, “Ibnu Wahab lebih faqih daripada Ibnu al-Qāsim.” Boleh dikatakan kesemua pengarang kitab-kitab utama hadits ada meriwayatkan haditsnya. 
Di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim tidak ada perawi yang bernama `Abdullah bin Wahab selain dia. Di dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah adalah seorang lagi `Abdullah bin Wahab, iaitu al-Asadi, seorang Tābi`i. Di kalangan sahabat pula terdapat lima orang bernama `Abdullah bin Wahab.`Abdullah bin Wahab al-Mishri lahir pada tahun 125 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

¹⁷² Beliau ialah Mu`āwiah bin Abi Sufyan (Shakhr) bin Ĥarb bin Umaiyyah al-Umawi. Mu`āwiah adalah salah seorang sahabat yang ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. 
supaya menulis wahyu yang diturunkan kepadanya s.a.w. Beliau memeluk agama Islam sebelum pembukaan Mekah, di antara tahun ke-6 dan ke-7 Hijrah. Manāqib dan 
kelebihannya sangat banyak. 
Terdapat 163 hadits Rasulullah s.a.w. telah diriwayatkan daripada beliau. Imam Bukhari mengambil lapan sahaja daripadanya untuk Kitab Sahihnya. Imam Muslim 
pula mengambil hanya lima sahaja haditsnya untuk Kitab Sahihnya. Empat sahaja daripadanya telah disepakati Bukhari dan Muslim. Hadits-haditsnya terdapat di dalam
hampir semua kitab utama hadits. Di kalangan sahabat ada dua puluh orang lebih bernama Mu`āwiah, tetapi tidak ada 
seorang pun selain beliau bernama Mu`āwiah bin Shakhr.
Mu`āwiah meninggal dunia pada tahun ke-60 Hijrah ketika berumur 78 tahun setelahmengalami strok kecil.


Saleh dari Ampang baca.
¹⁷³ Kebaikan dalam kehidupan seseorang manusia itu sangat banyak, segala perkara yang memudah, menggembira dan menyenangkan hidupnya boleh dikatakan kebaikanuntuknya. Harta, sebagai contohnya juga kebaikan (خير) Lihat beberapa firman Allah 
di bawah ini sebagai buktinya:
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu didatangi (gejala-gejala) mati, jika ia ada meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu 
bapa dan kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. (al-Baqarah:180).
 
Al-Ma'arij 70:21 وَإِذَا مَسَّهُ ٱلْخَيْرُ مَنُوعًا 
Bermaksud: Dan apabila ia (manusia) beroleh kesenangan (berupa harta), ia menjadi sangat bakhil dan kedekut. (al-Ma`arij:21).

Al-'Adiyat 100:8 وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya dia (manusia itu) kerana sayangkan harta menjadi sangat kedekut. (al-`Aadiyat:8).

Lafaz خيرا (kebaikan) di dalam hadits ini diguna dalam bentuk nakirah (نكرة ) bukan untuk menunjukkan erti umum semata-mata, bahkan ia diguna dengan ma`na تعظيم
yang menunjukkan keistimewaannya berbanding yang lain-lain. Kerana orang yang mendapat kesenangan dan harta atau mendalami ilmu-ilmu lain tidak boleh berkata 
dengan pasti bahawa Allah s.w.t. telah mengurniakan kebaikan yang banyak (istimewa) kepadanya.
Berbeza keadaannya dengan orang yang menguasai ilmu agama secara mendalam, kerana ia boleh berkata dengan pasti bahawa Allah s.w.t. memang telah menghendaki 
kebaikan yang banyak (istimewa) untuknya. Alasannya ialah Nabi s.a.w. sendiri telah mengatakan begitu.
Memahami agama secara mendalam itu bukan maksudnya berserta amalan, tetapi semata-mata memahami agama secara mendalam itu sendiri sudah merupakan suatu 
kebaikan yang istimewa, lebih-lebih lagilah jika apa yang difahami secara mendalam itu diamalkan.

¹⁷⁴ Kata kerja يفقهه berpunca daripada perkataan فقه ,dan fiqh adalah suatu kemampuan untuk memahami maksud al-Qur’an dan hadits secara mendalam, kemampuan untuk 
mengetahui `illat, alasan dan dalil bagi sesuatu hukum syari`at, kemampuan untuk memahami hikmat dan tujuan sebenar disyari`atkan sesuatu hukum, kemampuan 
untuk menyampaikan ilmu kepada semua lapisan masyarakat dengan penuh hikmat.
Rangkai kata يفقهه في الدين  di dalam hadits ini bertepatan dengan nas al-Qur’an, maka ia menjadi lebih kuat kerananya. Salah satu ciri hadits sahih ialah ia bertepatan dengan al-Qur’an dan perkataan yang digunakan di dalamnya bersesuaian dengan perkataan yang digunakan di dalam al-Qur’an. Lihat contohnya pada firman Allah s.w.t. ini:
At-Taubah 9:122
وَمَا كَانَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا۟ كَآفَّةًۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا۟ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُوا۟ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوٓا۟ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ 
Bermaksud: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara [[mendalam ilmu yang dituntut dalam ugama]], dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (at-Taubah:122).

Mendalami ilmu agama adalah antara perkara yang dituntut setara dengan keluar berperang, kerana konteks ayat ini ialah berkaitan dengan jihad di jalan Allah s.w.t., 
pengecualian yang diberikan kepada orang yang menuntut ilmu daripada keluar berjihad menunjukkan betapa pentingnya mendalami ilmu agama. Ini kerana menuntut ilmu itu sendiri sudah ibarat peperangan dan peperangan itu tidak semestinya dengan menggunakan senjata, bahkan peperangan yang lebih banyak dan lebih kerap berlaku ialah peperangan ilmu dan hujjah.
Firman Allah ini sesuai untuk keadaan biasa dalam keadaan tidak dharurat, adapun dalam keadaan dharurat, Allah s.w.t. memerintahkan semua orang Islam supaya keluar berperang, lantaran waktu itu bukan lagi sesuai untuk menimba ilmu, firmanNya:

At-Taubah 9:41
ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat 
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi  kamu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah:41).

Tafaqquh fid diin (mendalami ilmu agama) untuk menjadi seorang fuqaha’ dan hukama’ mestilah dengan mempelajari ilmu lebih daripada موعظة yang hanya sesuai untuk orang-orang tua dan orang awam yang tidak mempunyai latar belakang pengajian agama, kerana ia hanya sekadar dapat memberikan kesedaran kepada mereka tentang keislaman dan keimanan mereka, kesedaran tentang adanya hisab, soal jawab akhirat dan syurga neraka.

Tafaqquh fid diin (mendalami ilmu agama) juga bukanlah sekadar mempelajari ilmu Fiqah Islam sahaja, malah semua ilmu yang boleh membantu memahami al-Qur’an dan hadits seperti Tafsir, Ushul Ĥadits, Ushul Tafsir, Nahu, Saraf, Balaghah dan lain-lain.

Contoh tauladan daripada para shahabat yang bertafaqquh fid diin bolehlah dilihat pada shahabat yang tidak berpisah daripada Nabi s.a.w. iaitu أهل الصفة  . Mereka mengikuti Nabi ke mana sahaja sehinggalah ke tempat yang tidak dapat dimasuki mereka seperti rumah isteri-isteri Baginda. Walaupun begitu mereka tetap akan bertanyakan Ummahātul Mu’minin tentang apa saja ilmu yang disampaikan oleh seorang Rasul kepada umatnya, justeru Rasulullah s.a.w. sendiri memerintahkan supaya isteri-isterinya memberitahu umat tentang perihal seorang Rasul dengan keluarganya yang tidak dapat mereka ketahui sendiri.
Abu Hurairah pengsan dek kebuluran, kerana mahu sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. sehingga beliau tidak sempat lagi keluar mencari rezeki. Anas bin Malik 
ditinggalkan ibunya bersama Rasulullah s.a.w. ketika beliau di permulaan zaman remajanya, tujuannya tidak lain hanyalah untuk menjadi khadam kepada Baginda.

¹⁷⁵ Seorang guru hanya penyampai sahaja, adapun untuk sesuatu ilmu melekat di dalam hati, untuk ia diamal dan dikembangkan, semuanya terserah kepada Allah s.w.t. 
Seorang Nabi sekalipun tidak berkuasa memberikan fiqh fid diin (kedalaman fahaman tentang agama) kepada mana-mana manusia. Anda perlu sekali bersyukur banyak-
banyak kepada Allah jika ditaqdirkan telah mendapat kefahaman yang mendalam tentang agama, lantaran ia merupakan keistimewaan kurniaanNya yang seorang Nabi 
pun tidak mampu memberikannya.

Dilihat kepada hakikat sebenarnya, Nabi s.a.w. bukan pembahagi dan bukan juga pemberi. 

-nama pusat pengajian di Deobandi.maulana Qasim daulnudwi
-darul kausar ambil bahagian hadits ini juga

Kerana pembahagi dan pemberi sebenarnya adalah Allah s.w.t. Tetapi, dilihat kepada zahir dan majāz pula, boleh saja dikatakan Baginda pembahagi dan juga pemberi. Jadi kenapa pula ada pembahagian seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini, bahawa Baginda hanyalah pembahagi, pemberi adalah Allah?
Jawapannya ialah walaupun pada hakikatnya tidak ada perbezaan di antara pemberi dan pembahagi, namun pada `uruf dan adatnya, pemberi dikatakan kepada pemilik 
bagi sesuatu, sedangkan pembahagi pula dikatakan kepada pemegang amanah atau orang tengah yang bukan merupakan pemilik sebenar bagi sesuatu. Sabda Nabi s.a.w. 
وإنما إنا قاسم والله يعطي
(Sesungguhnya aku hanyalah pembahagi, Allah-lah yang memberi) itu, boleh memberi dua maksud berikut:

(1) Aku dalam penyampaian ilmu dan wahyu tidak membeza-bezakan seseorang daripada seseorang yang lain, tetapi kenapa penerima ilmu dan wahyu daripadaku 
berbeza-beza tahap kefahamannya? Jawabnya ialah kefahaman mereka yang berbeza-beza itu berpunca daripada bakat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka tidak sama.

(2) Orang yang hendak dikurniakan oleh Allah kefahaman yang mendalam tentang agama akan diberikan olehNya kelayakan untuk memahami perkara lebih daripada
orang-orang lain, kemudian Allah mengilhamkan kepadaku supaya menyampaikan ilmu sesuai dengan kelayakannya. 

-Bhg ke3 hadits

Ibnu Qayum dari Indonesia baca

¹⁷⁶ Ini adalah jaminan daripada Rasulullah s.a.w. bahawa dunia ini tidak akan sunyi daripada golongan ini sehingga hari qiamat, mereka tidak akan tergugat walaupun 
dengan tentangan yang kuat daripada pihak musuh Islam. Jika mereka dibunuh sekalipun, akan tetap ada lagi yang lain menggantinya.
Imam Ahmad pernah ditanya siapakah mereka ini, beliau menjawab: 
آن لم يكونوا أهل الحديث فلا أدري من هم
Bermaksud: “Kalau mereka ini bukan Ahlul Ĥadīts, aku tidak tahu siapa lagi mereka”. Mereka adalah golongan yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah. Mereka juga golongan yang berada di atas landasan ajaran 
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda. 
Kata Qādhi `Iyādh, “Maksud Ahmad dengan katanya “Ahlul Ĥadits” itu ialah Ahlus Sunnah Wa Al-Jama`ah dan orang-orang yang i`tiqadnya adalah menurut aliran Ahlul 
Hadits.” 
(Ikmālu al-Mu`lim Syarĥ Shaĥīh Muslim j.6 hal.177).

Imam Tirmidzi menukilkan daripada Imam Bukhari bahawa `Ali bin al-Madīni berkata, “Mereka adalah Ashĥāb al-Ĥadīts”. (Lihat Jāmi` at-Tirmidzi j.4 m/s 485). 

Bukanlah maksud sabda Rasulullah s.a.w. ini menafikan langsung kewujudan golongan-golongan yang sesat dari kalangan umatnya, tetapi maksudnya ialah umat ini tidak akan sesat semua sekali seperti sesetengah umat yang lalu. Satu golongan daripada mereka pasti akan ada yang sentiasa tegak di atas kebenaran dan agama Allah yang betul. Terdapat beberapa hadits lain yang lebih menjelaskan lagi maksud bahagian akhir hadits ke-72 di atas. 
Antaranya ialah hadits-hadits di bawah ini:
(1) Saiyyiduna Mu`āwiah sendiri berdasarkan riwayat Muslim, Ahmad dan riwayat Bukhari yang lain, telah berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. 
bersabda
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي قَائِمَةً بِأَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ أَوْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ عَلَى النَّاسِ
Bermaksud: Akan terus ada segolongan daripada umatku yang tetap tegak memperjuangkan agama Allah. Mereka tidak akan terjejas dengan sebab tiada pihak 
yang membantu atau ada pihak yang menentang, sehinggalah datang perintah Allah (hari kiamat) dalam keadaan mereka tetap mengatasi orang-orang lain.
(2) Tsaubān meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ
Bermaksud: Akan terus ada satu golongan dari umatku yang tetap tegak di atas kebenaran. Mereka tidak akan terjejas dengan sebab orang-orang yang menghina 
mereka. Begitulah keadaan mereka sehingga datang perintah Allah (hari kiamat). 
(Hadits riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

(3) Qurrah bin Iyās r.a. meriwayatkan, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda
 لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
Bermaksud: Satu golongan dari umatku akan terus diberi pertolongan (oleh Allah). Mereka tidak akan terjejas hingga hari kiamat dengan sebab orang-orang yang menghina mereka dan tidak membantu mereka. 
(Hadits riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibbaan dan at-Thabaraani).

- tambahan mmay
Menunjukan ada dikalangan umat ini ada golongan yang menegakan kebenaran.

Hadits ke-72 di atas mengandungi tiga perkara penting dan ia difahami daripada tiga potong (bahagian) sabda Baginda s.a.w. yang tersebut di dalamnya. 
Pertama: مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، 
Kedua:وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي، 
Ketiga: لَنْ تَزَالَ هَذِهِ الأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ

Ketiga-tiga bahagian ini saling berkait rapat.

(1) Yang pertama daripadanya menunjukkan faham yang mendalam tentang agama yang ada pada seseorang alim itu merupakan kurniaan Allah. Allah-lah yang memberikan kepadanya dengan iradatNya (kehendakNya). Kerana itu ia sangatlah istimewa. Faham yang mendalam tentang agama tdk diperolehi seseorang dengan usahanya semata-mata.

(2) Bahagian keduanya menunjukkan ilmu agama adalah milik Allah, dan ia disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan penuh amanah. Dengan perantaraan Bagindalah ia sampai kepada manusia. Sedangkan pemberi ilmu sebenarnya adalah Allah. Apa yang tersebut secara isyarat dalam bahagian pertama disebutkan secara jelas dalam bahagian kedua ini.

(3) Bahagian ketiga hadits pula menunjukkan hasil daripada faham yang mendalam tentang agama pada `ulama’, fuqaha’ dan hukama’ itulah yang menyebabkan sentiasa 
ada satu golongan daripada umat Islam yang tetap tegak di atas kebenaran hingga ke hari kiamat. Mereka adalah pejuang-pejuang Islam yang tegar.

Berhenti disini 29/10/22

119

Tiada ulasan:

Catat Ulasan