Ahad, Oktober 30, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu tajuk bab(tarjamatul bab) 15/1/22 - 29/10/2022


Sahih bukhari kitab ilmu  tajuk bab(tarjamatul bab) 15/1/22 - 29/10/2022

Bab (1): Kelebihan Ilmu³
Dan Firman Allah S.W.T.: Bermaksud: “Allah Mengangkat Di kalangan Kamu Orang-Orang Beriman Dan Orang-Orang Yang Diberikan Ilmu Beberapa Darjat.⁴ Allah Amat Mengetahui Apa-Apa Yang Kamu Lakukan.”⁵ (Al-Mujãdilah:11) Dan FirmanNya: “Tuhanku Tambahkanlah Kepadaku Ilmu.”⁶ (Thãha:114) 
١ - بَابُ فَضْلِ العِلْمِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: 
{يَرْفَعِ اللَّه الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا العِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَخَبِريٌ} 
وَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ: 
{وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا}



Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 02 

Bab (2): Orang Yang Ditanya Tentang Sesuatu Ilmu Ketika Dia Sedang Sibuk Berbicara, Dan Dia Menyempurnakan Bicaranya Itu, Kemudian Baru Menjawab Soalan Orang Yang Bertanya.⁷
٢ - بَابُ مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ، فَأَتَمَّ الحَ(دِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ 

Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 03 19/2/2022
Bab (3): Orang Yang Mengangkat Suaranya Untuk
 Menyampaikan Ilmu.²⁰
٣ - بَابُ مَنْ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالْعِلْمِ


Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 04 26/3/22 

Bab (4): Kata-Kata Muhaddits, “Haddatsana”, “Akhbarana” Dan “Anba’ana.”³¹Humaidi Berkata Kepada Kami: “Di Sisi Sufyãn Bin `Uyainah,“Haddatsana”, “Akhbarana”, “Anba’ana” Dan “Sami’tu” Adalah Sama.”³² Ibnu Mas’ûd Berkata: “Haddatsana” (Telah Bersabda Kepada Kami) Rasulullah S.A.W.³³ Baginda Adalah Seorang Yang Benar Dan Dibenarkan.”³⁴ Syaqîq Berkata: Daripada  ‘Abdillah Bin Mas’ûd; “Saya Mendengar Nabi S.A.W. Mengucapkan Sesuatu.”³⁵ Hudzaifah Berkata; “Rasulullah S.A.W. Menceritakan Kepada Kami Dua Hadîts.”³⁶ Abu Al-`Aaliah Meriwayatkan Daripada Ibni `Abbãs Daripada Nabi S.A.W.³⁷ Tentang Apa Yang Diceritakan Daripada Tuhannya.³⁸ Anas Berkata: Daripada Nabi S.A.W. Berhubung Dengan Apa Yang Diriwayatkan Baginda Daripada Tuhannya”. Abu Hurairah Berkata: “Daripada Nabi S.A.W., Baginda S.A.W. Menceritakan Daripada Tuhan Kamu.”³⁹
٤ - بَابُ قَوْلِ الملُحَدِّثِ: حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا . وَقَالَ لَنَا احلُمَيْدِيُّ: كَانَ عِنْدَ ابْنِ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا، 
وَسَمِعْتُ وَاحِدًا . وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللِ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ املَصْدُوقُ . وَقَالَ شَقِيقٌ: عَنْ 
عَبْدِ اللِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَة . وَقَالَ حُذَيْفَةُ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللِ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ . 
وَقَالَ أَبُو العَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ وَ قَالَ أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ 
وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِيهِ عَنْ رَ بِّهِ عَزَّ وَجَلَّ . وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّكُمْ عَزَّ وَجَلَ



Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 05 2/4/2022 

Bab (5): Imam Mengemukakan Soalan Kepada Shahabat-Shahabatnya⁴⁵ Untuk Menguji `Ilmu⁴⁶ Yang Ada Pada Mereka.
5 - بَابُ طَرْحِ اإلمَامِ المَسْأَلَةَ عَلَى أَصْحَابِهِ لِيَحْتَبِرَ مَا عِنْدَهُمْ مِنَ العِلْمِ 



Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 06 16/4/22 
Bab (6): Bacaan Dan `Ardhu(Pembentangan) Di Hadapan Muhaddits.³¹
Al-Hasan, Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat; Membaca Di Hadapan Guru Adalah Harus(boleh atau sah). Abu `Abdillah (Imam Bukhari) Berkata, Aku Telah Mendengar Aba `Aashim Menyebutkan Bahawa Sufyân Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat Membaca (Di Hadapan Guru) Dan Mendengar (Guru Membaca) Adalah Harus(boleh). `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kata-Kata Sufyân, "Apabila Dibaca Di 
Hadapan Muhaddits, Maka Tidak Mengapa Seseorang Itu Berkata: حدثني (Dia Menceritakan Kepadaku), Dan ُسعمت ( Aku Telah Mendengar)(yakni ketika dia hendak menyampaikan pula kepada orang lain). Sesetengah Mereka (`Ulama')³² Berhujah Untuk Bacaan Murid Di Hadapan Orang `Alim Dengan Hadîts Dhimâm Bin Tsa`labah, Bahawa Dia Berkata Kepada Nabi S.A.W.: “Adakah Allah Menyuruh Engkau Supaya Kami Mengerjakan Sembahyang?” . Nabi S.A.W. Bersabda: “Ya”. Kata Mereka: “Ini Adalah Bacaan Di Hadapan Nabi S.A.W., Dhimâm Telah Memberitahu Kepada Kaumnya Tentang Perkara Itu Dan Mereka Membenarkannya.”³³  Imam Mâlik Berhujah Dengan Shak (Surat) Yang Dibaca Di Hadapan Orang Ramai, Lalu Mereka Berkata, Si Pulan Telah Menjadikan Kami Sebagai Saksi.³⁴  Dibaca Di Hadapan Muqri’ (Guru Qira’at). Kemudian Qari (Pembaca) Berkata: "Si Pulan Telah Mengajar Saya (Menyuruh Saya Membaca Di Hadapannya).³⁵  Muhammad Bin Salâm Meriwayatkan Kepada Kami, Katanya, Muhammad Bin Al-Hasan Al-Wâsithi Meriwayatkan Kepada Kami Daripada `Auf Daripada Al-Hasan (Al-Bashri),³⁶   Beliau Berkata: “Tidak Mengapa Membaca Di Hadapan Orang `Alim”.³⁷   `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kepada Kami Daripada Sufyân, Beliau Berkata: “Apabila Seseorang Membaca Di Hadapan Muhaddits, Tidak Mengapa Untuk Dia Mengatakan Haddatsani (Dia Telah Meriwayatkan Kepada Saya)”.³⁸  Beliau (Imam Bukhari) Berkata: "Saya Mendengar Abu `Aashim Berkata: Mâlik Dan Sufyân Berpendapat Bacaan Di Hadapan Orang `Alim Dan Bacaannya Sendiri Sama Sahaja”.³⁹
٦-بَابُ القِرَاءَةُِ وَالْعَرْضِ عَلَى المُحَدِّثِ
وَرَأَى الْحَسَنُ وَالثَّوْرِيُّ وَمَالِكٌ الْقِرَاءَةَ جَائزة
قَالَ أَبُو عَبْدِاللهِ سَمِتُ أَبَا عَاصِمٍ يَذْكُرُ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِىوَمَالِكٍ  أَنَّهُمُا 
كَانَ يَرَيانٍ القِرَاءَةَ وَالسَّمًاعَ جَائِزًا حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللهِ  بن مُوسَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ إِذَا قُرِئَ عَلَى المُحَدِثِ فَلا بَأْسَ أَنْ يَقُولَ 
حَدَثَنِىْ وَسَمِعْتُ وَاحْتَجَّ بَعْضُهُمْ فِي الْقِرَاءَةِ عَلَى الْعَالِمِ بِحَدِيثِ ضِمَامِ بْنِ ثَعْلَبَةَ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آللَّهُ 
أَمَرَكَ أَنْ نُصَلِّيَ الصَّلَوَاتِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَهَذِهِ قِرَاءَةٌ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَ ضِمَامٌ قَوْمَهُ بِذَلِكَ فَأَجَازُوهُ
 وَاحْتَجَّ مَالِكٌ بِالصَّكِّ يُقْرَأُ عَلَى الْقَوْمِ فَيَقُولُونَ أَشْهَدَنَا فُلاَنٌ وَيُقْرَأُ ذَلِكَ قِرَاءَةً عَلَيْهِمْ، وَيُقْرَأُ عَلَى الْمُقْرِئِ فَيَقُولُ الْقَارِئُ أَقْرَأَنِي 
فُلاَنٌ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلاَمٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْحَسَنِ الْوَاسِطِيُّ عَنْ عَوْفٍ عَنِ الْحَسَنِ قَالَ لاَ بَأْسَ بِالْقِرَاءَةِ عَلَى الْعَالِمِ
 وَأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ الْفِرَبْرِيُّ وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْبُخَارِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ 
إِذَا قُرِئَ عَلَى الْمُحَدِّثِ فَلاَ بَأْسَ أَنْ يَقُولَ حَدَّثَنِي قَالَ وَسَمِعْتُ أَبَا عَاصِمٍ يَقُولُ عَنْ مَالِكٍ وَسُفْيَانَ الْقِرَاءَةُ عَلَى الْعَالِمِ 
وَقِرَاءَتُهُ سَوَاءٌ. 



Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 07 18/6/22

Bab (7): Apa Yang Disebut Tentang Munâwalah ⁸³ Dan Kiriman Surat Yang Mengandungi `Ilmu Oleh Ahli `Ilmu Ke Pelbagai Negeri ⁸⁴.
Anas Berkata: “`Utsman Telah Menyalin Beberapa Mushaf Lalu Dihantarnya Mushaf-Mushaf Itu Ke Beberapa Pelusuk Negeri.”⁸⁵ `Abdullah Bin `Umar, Yahya Bin Sa`id Dan Mâlik Berpendapat Cara Itu Harus.⁸⁶ Sebahagian Ahli Hijaz ⁸⁷

Berhujah Untuk Keharusan Munâwalah Dengan Hadits Nabi S.A.W. Di Mana Baginda S.A.W. Menulis Untuk Ketua Pasukan Tentera ⁸⁸ Sepucuk Surat Dan Beliau Berkata: “Jangan Kau Baca Surat Itu Sebelum Sampai Ke Tempat Sekian-Sekian.”⁸⁹ Apabila Ketua Pasukan Itu Sampai Ke Tempat Berkenaan, Dia Pun Membaca Surat Itu Di Hadapan Shahabat-Shahabatnya Dan Memberi Tahu Kepada 
Mereka Tentang Perintah Nabi S.A.W.⁹⁰

7 - بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الْمُنَاوَلَةِ وَكِتَابِ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْعِلْمِ إِلَى الْبُلْدَانِ
 وَقَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَسَخَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْمَصَاحِفَ فَبَعَثَ بِهَا إِلَى اآلفَاقِ وَرَأَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ ذَلِكَ جَائِزًا وَاحْتَجَّ بَعْضُ أَهْلِ الْحِجَازِ فِي الْمُنَاوَلَةِ بِ حَدِيثِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ كَتَبَ ألمِريِ السَّرِيَّةِ كِتَابًا وَقَالَ التَقْرَأْهُ حَتَّى تَبْلُغَ مَكَانَ كَذَا وَكَذَا فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ الْمَكَانَ قَرَأَهُ عَلَى النَّاسِ وَأَخْبَرَهُمْ بِأَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 


Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 08  2/7/22
Bab (8): Orang Yang Duduk Di Bahagian Belakang Majlis (Ilmu) Dan Orang Yang Nampak Satu Ruang Dalam Halqah Lalu Dia Duduk Di Ruang Itu.⁹⁹ 
8 - باب مَنْ قَعَدَ حَيْثُ يَنْتَهِي بِهِ الْمَجْلِسُ وَمَنْ رَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا 

Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 09 16/7/22

Bab (9): ¹¹¹ Sabda Nabi S.A.W.: “Adakalanya ¹¹² Orang Yang Disampaikan (Sesuatu Hadits) Lebih Mengerti/memahami (Tentangnya) Daripada Orang Yang Mendengarnya 
Sendiri”.¹¹³
٩ - باب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ 




Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 10 20/8/22

Bab (10):¹²⁶Ilmu (Mesti Ada Dahulu) Sebelum Bercakap Dan Beramal¹²⁷ Kerana Firman Allah S.W.T. Yang Bermaksud: “Maka Ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Tiada Tuhan Selain Allah Dan Beristighfarlah Untuk Kesalahanmu.” 
Allah S.W.T. Memulakan Dengan Ilmu.¹²⁸ Dan Sesungguhnya Para `Ulama’, Mereka Itulah Pewaris Para Nabi.¹²⁹ Mereka (Para Nabi) Meninggalkan Ilmu,¹³⁰  Sesiapa Yang Mengambilnya Bererti Dia Telah Mengambil Bahagian (Habuan) Yang  Banyak,¹³¹ Sesiapa Yang Mengikuti Sesuatu Jalan Demi Mencari Ilmu, Allah S.W.T. Mempermudahkan Jalan Untuknya Ke Syurga.¹³²  Allah S.W.T. Berfirman 
(maksudnya): Sesungguhnya Yang Takut Kepada Allah Dari Kalangan Hamba-HambaNya Hanyalah `Ulama’.¹³³ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): “…Dan Tiada Yang Memahaminya Kecuali Orang-Orang Yang Berilmu.”¹³⁴ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): Mereka Berkata: Kalaulah Dahulu Kami Mendengar Dan Kami Berfikir Tentulah Kami Tidak Berada Dalam Golongan Orang-Orang Yang Masuk Neraka.¹³⁵ Allah S.W.T. (Juga) Berfirman (Bermaksud): Adakah Sama Orang Yang Mengetahui (Orang Yang Berilmu) Dan Orang Yang Tidak Mengetahui (Tidak Berilmu)? ¹³⁶ Nabi S.A.W. (Pula) Bersabda: Sesiapa Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Besar (Istimewa) ¹³⁷  Untuknya Nescaya Dia S.W.T. Memberi Faham Yang Mendalam ¹³⁸  Kepadanya Tentang Agama.¹³⁹ Sesungguhnya Ilmu Itu Hanya Diperolehi Dengan Belajar.¹⁴⁰
Kata Abu Dzar: Sekiranya Kamu Meletakkan Pedang-Pedang Yang Tajam Di Atas Ini (Sambil Beliau Mengisyaratkan Kepada Tengkuknya), Kemudian Aku Rasa Aku Dapat Mengucapkan Satu Perkataan Yang Pernah Aku Dengar Daripada Nabi S.A.W. Sebelum Kamu Melaksanakan Kehendak Kamu Itu Ke Atasku, Nescaya Aku Akan Keluarkan (Aku Akan Ucapkan).¹⁴¹ Dan Sabda Nabi S.A.W.: Hendaklah Orang Yang Hadhir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadhir,¹⁴² Dan Ibnu `Abbaas (Pula) Berkata: Hendaklah Kamu Menjadi Orang-Orang Rabbaniy, Siapa Itu Rabbaniy? Hukama’, `Ulama’,¹⁴³ Fuqaha’,¹⁴⁴ Dan Dikatakan Rabbaniy Itu Orang Yang Mengajar (Mendidik) Manusia Dengan Pengetahuan Yang Kecil-Kecil¹⁴⁵ Sebelum Pengetahuan Yang Besar-Besar.¹⁴⁶ 

١٠-باب الْعِلْمُ قَبْلَ الْقَوْلِ وَالْعَمَلِ: 
لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ} فَبَدَأَ بِالْعِلْمِ، وَأَنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ- وَرَّثُوا الْعِلْمَ- مَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ. 
وَقَالَ جَلَّ ذِكْرُهُ: {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ} وَقَالَ: {وَمَا يَعْقِلُهَا إِلاَّ الْعَالِمُونَ}، {وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ}. 
وَقَالَ: {هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ}. 
وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ)). 
وَقَالَ أَبُو ذَرٍّ لَوْ وَضَعْتُمُ الصَّمْصَامَةَ عَلَى هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى قَفَاهُ- ثُمَّ ظَنَنْتُ أَنِّي أُنْفِذُ كَلِمَةً سَمِعْتُهَا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ تُجِيزُوا عَلَيَّ لأَنْفَذْتُهَا. 
وَقَوْالنَّبِىٍ صَلَّى عليه وسلم لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُالْغَئِبَ
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: {كُونُوا رَبَّانِيِّينَ} حُكَمَاءَ فُقَهَاءَ. وَيُقَالُ الرَّبَّانِيُّ الَّذِي يُرَبِّي النَّاسَ بِصِغَارِ الْعِلْمِ قَبْلَ كِبَارِهِ. 

Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 11 1/10/22

Bab (11): Nabi S.A.W. Selalu Mencari Masa Dan Keadaan Yang Sesuai Untuk Memberi Nasihat Dan Ilmu Kepada Para Sahabat, Supaya Mereka Tidak Jemu.¹²⁶
١١- باب مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُهُمْ بِالْمَوْعِظَةِ وَالْعِلْمِ كَيْ لاَ يَنْفِرُوا

Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 12 15/10/22
Bab (12): Orang Yang Menentukan Untuk Ahli `Ilmu Hari-Hari Tertentu.¹⁶¹
١٢- باب مَنْ جَعَلَ لأَهْلِ الْعِلْمِ أَيَّامًا مَعْلُومَةً: 


Sahih bukhari kitab ilmu   tajuk 13 29/10/22
١٣ -  باب مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ:
Bab (13): Sesiapa Yang Allah Mahukan Kebaikan Yang Banyak Untuknya, Niscaya Diberikan Kepadanya Faham Yang Mendalam Tentang Agama.¹⁶⁹



Tiada ulasan:

Catat Ulasan