Sahih Bukhari Kitab Maghazi 02/10/22(3)
¹ Al-Maghazi (المغازي) adalah kata jama` kepada مَغْزًي. Perkataan مِغْزًي merupakan mashdar mimi atau zaraf makaan bagi perkataan غَزَا يِغْزُوًا وِمَغّزًى. Perkataan ini asalnya bererti menyerang,memerangi, menuju (kepada sesuatu), menghendaki dan memaksudkan. مَغْزًي bererti maksud percakapan. Tetapi di sini perkataan مَغْزًي semestinya dipakai dengan ma`na mashdar miminya semata-mata, iaitu peperangan. Jadi al-Maghazi itu bererti peperangan-peperangan. Apa yang dimaksudkan dengan al-Maghaazi disini ialah :ما وقع من النبي صلى الله عليه الكفار بنفسه أو بجيس “Peperangan terhadap orang-orang kafir yang dilancarkan oleh Nabi s.a.w.sendiri atau oleh pasukan tentera (Islam) atas arahan Baginda s.a.w.” Sama ada peperangan itu berlaku di negeri musuh atau di tempat-tempat lain di mana mereka berada. Dengan itu termasuklah juga peperangan-peperangan seperti Uhud dan Khandaq di dalam al-Maghaazi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan