Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 013 15/10/2014
٧- باب دُعَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُفَّارِ قُرَيْشٍ شَيْبَةَ وَعُتْبَةَ وَالْوَلِيدِ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ وَهَلاَكُهُمْ:
7- Bab: Doa Nabi S.A.W. Ke Atas Orang-Orang Kafir Quraisy, Syaibah , Utbah, AIWalid Dan Abu Jahal Dan (Bab Tentang) Kebinasaan Mereka.⁴¹
٨-باب قَتْلِ أَبِي جَهْلٍ:
8-Bab: Pembunuhan Abu Jahal.⁴⁴
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 038
٧- باب دُعَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُفَّارِ قُرَيْشٍ شَيْبَةَ وَعُتْبَةَ وَالْوَلِيدِ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ وَهَلاَكُهُمْ:
7- Bab: Doa Nabi S.A.W. Ke Atas Orang-Orang Kafir Quraisy, Syaibah , Utbah, AIWalid Dan Abu Jahal Dan (Bab Tentang) Kebinasaan Mereka.⁴¹
- ini dibawah bab perang Badar.
-tajuk bab ini berkenaan doa Nabi saw ketika berada di Mekah.
-apa kaitannya?
- mereka yg (menganiayai Nabi ketika sedang solat di Mekah) tersebut dalam doa Nabi saw itu mati dalam perang Badar ini.
Minit 5
-doa berada di tempat lain .
٣٦٦٥ - حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى شَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ فَأَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُمْ صَرْعَى قَدْ غَيَّرَتْهُمْ الشَّمْسُ وَكَانَ يَوْمًا حَارًّا
3960- Amar bin Khalid (al-Harraani) meriwayatkan kepadaku, katanya: Zuhair (bin Mu' aawiah) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ishaq meriwayatkan kepada kami daripada Amar bin Maimun daripada
'Abdillah bin Mas'ud r.a., katanya: "Pernah Nabi s.a.w. mengadap Ka bah lalu Baginda s.a.w. mendoakan (keburukan) ke atas beberapa orang Quraisy, Syaibah bin Rabi' ah, Utbah bin Rabi'ah, al-Walid bin Utbah dan Abu Jahal. Aku bersaksi dengan nama Allah, sesungguhnya aku telah melihat mereka bergelimpangan dalam keadaan diri mereka telah berubah oleh matahari.⁴² Hari itu adalah hari panas.⁴³
________________
⁴¹ Apa kaitannya tajuk bab yang dibuat Bukhari ini dengan perang Badar? Bukankah Nabi s.a.w, mendoakan keburukan terhadap mereka itu ketika Baginda masih berada di Mekah, setelah mereka meletakkan tembuni unta di atas belakang Baginda s.a.w. yang sedang bersujud dalam sembahyangnya dekat Ka bah? Kenapa pula cerita doa di Mekah itu dibawa ke sini di dalam bab peristiwa Badar yang berlaku pada tahun kedua hijrah? Jawapannya ialah terbunuhnya mereka yang tersebut di dalam tajuk bab ini dalam keadaan terhina adalah hasil atau akibat daripada doa Nabi s.a.w. terhadap mereka semasa di Mekah dahulu. Kata Baginda s.a.w. dalam doanya itu:
اللهم عليك بأبي جهل وعليك بعتبة بن ربيعة ، وشيبة بن ربيعة والوليد ابن عتبة ،وأمية ابن خلف ،وعقبة بن أبي معيط
Ya Allah(ku serahlah padaMu), balaslah Abu Jahal, balaslah Utbah bin Rabi ah, Syaibah bin Rabi' ah, Al-Walid bin Utbah, Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mu'aith"
⁴² Maksudnya ialah sudah menjadi kembung, pecah atau berbau busuk dipukul sinar matahari yang panas. Lebih-lebih lagi hari itu adalah hari yang panas. Pada hari yang panas atau di musim panas, mayat boleh pecah atau berbau busuk dalam masa sekejap saja.
- salah satu adab berdoa mengadab kiblat
⁴³ Satu persoalan timbul di sini. Bukankah Rasulullah s.a.w. itu merupakan rahmat kepada sekalian alam? Bukankah selalunya Rasulullah S.a.w. berdoa begini kepada musuh-musuhnya: اللهم اهد قومي فإنهم لايعلمون.
Minit 12
- kebaikannya tidak dapat mengatasi kejahatan.
- baik sebab ada kepentingan dunia, tiada keikhlasan.
-kesudahan jadi buruk
Minit 20
- doa tidak mesti segera
Kenapa pula di sini Baginda s.a.w. mendoakan keburukan ke atas musuh-musuhnya? Maulana Salimullah Khan di dalam Kasyful Baarinya mengemukakan satu cerita ibarat yang pernah disebut gurunya, Mahaguru sastera Arab dan Fiqh di Darul Uloom Deoband, Maulana I'zaazul Ali. Kata beliau: Sebenarnya apabila kehendak semula jadi sesuatu benda dihalang dan terganggu, ia akan menggelegak dan mendidih. Bukankah anda selalu melihat lokomotif yang menarik gerubak-gerabak kereta api? la sebenarnya menariknya dengan enjin. Lokomotif dengan gerabak-gerabak kereta api yang begitu berat itu berlari dengan pantas dipecut kuasa enjin yang ada padanya. la merentasi jarak di antara Karachi dan Lahore sejauh tujuh ratus lima puluh batu dalam masa lapan belas jam sahaja.
Minit 26
Anda akan berkata, di dalam enjin lokomotif itu ada stim atau wap (steam) yang menolaknya berlari dengan pantas. Apa itu stim? Jelas Maulana, hakikatnya ialah air yang diisi di dalam satu bekas. Lalu dinyalakan api di bawahnya. Air menjadi panas dengan sebab api yang menyala dibawahnya. Apabila air itu mendidih, ia bertukar menjadi wap atau stim. Tabi'at semula jadi wap ialah naik ke atas dan mengisi ruang . Jikalau anda menghalang wap itu keluar mengikut kehendak semula jadinya, ia akan bertukar menjadi tenaga luar biasa yang dapat menarik kereta api yang beratnya entah berapa ribu tan itu dengan laju. Begitu juga halnya dengan enjin kereta dan bas."
Kemudian kata Maulana: "Oleh kerana ketua-ketua orang-orang kafir itu mengganggu Nabi s.a.w. ketika Baginda sedang bersembahyang, padahal sembahyang adalah penyejuk mata hati Baginda. Sembahyang jugalah yang menjalin perhubungan di antara Baginda dengan Allah. Keadaan itu telah membuatkan kehendak semula jadi jiwa Nabi s.a.w. betul-betul terganggu dan tertekan. Akibatnya berlakulah keadaan luar biasa. Rasulullah s.a.w. mendoakan keburukan untuk mereka. Padahal dalam keadaan biasa, walaupun diganggu, diejek dan disakiti dengan berbagai-bagai cara sekalipun, Baginda tetap mendoakan kebaikan untuk musuh-musuhnya.
Rupa-rupanya tabi' at semulajadi jiwa Nabi s.a.w. tidak dapat menanggung gangguan yang berlaku terhadap sembahyang yang menjalinkan hubungan di antaranya dengan Allah. Ditambah pula dengan Baginda s.a.w. melafazkan doanya dalam keadaan amat tertekan dan teraniaya, Allah terus menerima doanya itu. Namun ia baru menjadi kenyataan di Badar beberapa tahun kemudian.
Minit 34
٨-باب قَتْلِ أَبِي جَهْلٍ:
8-Bab: Pembunuhan Abu Jahal.⁴⁴
٣٩٦١ - حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى شَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ فَأَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُمْ صَرْعَى قَدْ غَيَّرَتْهُمْ الشَّمْسُ وَكَانَ يَوْمًا حَارًّا
3961-Ibnu Numair (Muhammad bin Abdillah bin Numair) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usaamah (Hammaad bin Usaamah) meriwayatkan kepada kami, Katanya: Isma il (bin Abi Khalid al-Ahmasi al-Bajali) meriwayatkan kepada kami, Katanya, Qais (Bin Abi Haazim al-Ahmasi al-Bajali) meriwayatkan kepada kami daripada Abdillah(Bin Mas ud) r.a. bahawa (beliau menceritakan) sesungguhnya beliau telah pergi kepada Abi Jahal ketika dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pada hari Badar. Kata Abu Jahal: Tidak ada orang semulia orang yang telah kamu bunuh ini ⁴⁵
٣٩٦٢ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ أَنَّ أَنَسًا حَدَّثَهُمْ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَنْظُرُ مَا صَنَعَ أَبُو جَهْلٍ فَانْطَلَقَ ابْنُ مَسْعُودٍ فَوَجَدَهُ قَدْ ضَرَبَهُ ابْنَا عَفْرَاءَ حَتَّى بَرَدَ قَالَ أَأَنْتَ أَبُو جَهْلٍ قَالَ فَأَخَذَ بِلِحْيَتِهِ قَالَ وَهَلْ فَوْقَ رَجُلٍ قَتَلْتُمُوهُ أَوْ رَجُلٍ قَتَلَهُ قَوْمُهُ قَالَ أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ أَنْتَ أَبُو جَهْلٍ
3962- Ahmad bin Yunus (Ahmad bin Abdillah bin Yunus al-Yarbu'i al-Kufi)meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair (bin Mu'aawiah al-Ju fi) meriwayatkan
kepada kami, katanya: Sulaiman (bin Tharkhan) at-Taimi meriwayatkan kepada kami,katanya: Anas menceritakan kepada mereka, katanya: Nabi s.a.w. bersabda; Amar bin
Khalid (al-Harraani) juga meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair (bin Mu'aawiah)meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman at-Taimi daripada Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa boleh (pergi) tengok bagaimana keadaan Abu Jahal? Ibnu Mas' ud terus pergi. Beliau mendapatinya telah kaku"⁴⁶ oleh tetakan dan tikaman dua orang anak lelaki Afraa'."⁴⁷ Sambil memegang janggut Abu Jahal beliau (lbnu Mas'ud) bertanya:
Engkau Abu Jahalkah? Kata Abu Jahal: "Tidak ada orang mengatasi orang yang telah kamu bunuh ini. Atau katanya: "Tidak ada orang mengatasi orang yang telah dibunuh oleh kaumnya ini." Kata Ahmad bin Yunus (dalam riwayatnya): "Engkau Abu Jahal.⁴⁸
٣٩٦٣-حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ بَدْرٍ مَنْ يَنْظُرُ مَا فَعَلَ أَبُو جَهْلٍ فَانْطَلَقَ ابْنُ مَسْعُودٍ فَوَجَدَهُ قَدْ ضَرَبَهُ ابْنَا عَفْرَاءَ حَتَّى بَرَدَ فَأَخَذَ بِلِحْيَتِهِ فَقَالَ أَنْتَ أَبَا جَهْلٍ قَالَ وَهَلْ فَوْقَ رَجُلٍ قَتَلَهُ قَوْمُهُ أَوْ قَالَ قَتَلْتُمُوهُ حَدَّثَنِي ابْنُ الْمُثَنَّى أَخْبَرَنَا مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ أَخْبَرَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَحْوَهُ
3963- Muhammad bin al-Mutsanna meriwayatkan kepadaku, katanya: Ibnu Abi Adi (Muhammad bin Ibrahim al-Bahsri) meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman
al-Taimi daripada Anas r.a." katanya: Nabi s.a.w. bersabda pada hari Badar, "Siapa boleh(pergi) tengok bagaimana keadaan Abu Jahal? Ibnu Mas ud terus pergi. Beliau mendapatinya telah kaku oleh tetakan dan tikaman dua orang anak lelaki Afraa'. Sambil memegang janggut Abu Jahal beliau (lbnu Mas' ud) berkata: "Engkau Aba Jahal"⁵⁰ Kata Abu Jahal: Tidak ada orang mengatasi orang yang telah dibunuh oleh kaumnya Atau katanya: "orang yang telah kamu bunuh ini." (Muhammad) Ibnu al-Mutsanna
meriwayatkan kepadaku, katanya: Mu'az bin Mu' az (bin Nashr al-Bashri) meriwayatkan kepada kami katanya: Sulaiman meriwayatkan kepada kami, katanya Anas meriwayatkan kepada kami hadits yang sama ma'nanya dengan hadits sebelum ini
٣٩٦٤-حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَتَبْتُ عَنْ يُوسُفَ بْنِ الْمَاجِشُونِ عَنْ صَالِحِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ فِي بَدْرٍ يَعْنِي حَدِيثَ ابْنَيْ عَفْرَاءَ
3964- Ali bin Abdillah (al-Madini) meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya telah tulis (hadits ini) daripada Yusuf bin al-Maajisyun daripada Saleh bin Ibrahim daripada
ayahnya (lbrahim) daripada datuknya (Abdur Rahman bin Auf) tentang (peristiwa perang) Badar. Maksud beliau ialah hadits (tentang) dua orang anak lelaki Afraa itu. ⁵²
______________________
⁴⁴ Menurut Hafiz lbnu Hajar dan Hafiz al- Aini, bab ini tiada di dalam nuskhah Abi Zarr. Tetapi di dalam nuskhah-nuskhah lain ada. Jika diambil kira hadits-hadits di bawah bab ini bukan sahaja menceritakan tentang pembunuhan Abu Jahal, malah ia juga menceritakan pembunuhan beberapa orang yang lain selainnya, maka wajar juga dikatakan tiada bab di sini.
Hadits-hadits di bawahnya dikatakan saja masih merupakan hadits-hadits yang termasuk di bawah bab sebelumnya iaitu باب دعاء النبي صلى الله عليه وسلم على كفار قريش شيبة وعتبة والوليد وأبي جهل بن هشام وهلاكهم atau bab sebelumnya lagi iaitu باب عدة أصحاب بدر. Bagaimanapun menurut Hafiz al- Aini, oleh kerana terdapat juga di dalam sesetengah nuskhah Sahih al-Bukhari perkataan وغيره di hujung bab di atas, maka boleh termasuk jugalah di bawah bab ini kisah-kisah pembunuhan orang-orang lain selain Abu Jahal. Jadi berdasarkan nuskhah berkenaan, tajuk di atas selengkapnya adalah begini:
باب قتل أبي جهل وغيره
(Bab Pembunuhan Abu Jahal Dan Selainnya). Dengan itu wajar jugalah adanya bab di atas selepas dua bab sebelumnya. Namun adanya tambahan وغيره tidak
menyelesaikan satu kemusykilan lain iaitu di bawah bab ini tidak hanya disebutkan tentang pembunuhan Abu Jahal dan lain-lain sahaja, malah tersebut juga di bawahnya kisah kesan-kesan tetakan di atas pundak az-Zubair bin al- Awwaam hasil penyertaannya dalam peperangan Badar dan peperangan Yarmuk. Soalnya apa ada kena mengena hadits az-Zubair itu dengan bab ini tidak ada siapa cuba merungkai kemusykilan ini, baik Hafiz Ibnu Hajar, Maulana Rasyid Ahmad a-Ganggohi atau Maulana Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri. Demikian kata Syeikhul Hadits Salimullah Khan di dalam Kasyful Baarinya. Kalau ada pun hanyalah Hafiz al- Aini. Hadits az-Zubair itu telah cuba dikaitkan oleh beliau dengan katanya, az-Zubair juga telah terlibat dalam peperangan Badar. Penglibatannya dalam perang Badar sudah cukup untuk dikaitkan haditsnya dengan tajuk bab ini. Seperti sedia dima' lumi, perkaitan tajuk bab dengan hadits di bawahnya merupakan sesuatu yang sangat penting dan sangat istimewa di dalam Sahih Bukhari.
Rasanya perkaitan sekadar itu belum lagi mencukupi untuk menyatakan munasabah (kesesuaian dan perkaitan) hadits berkenaan dengan babnya. Syeikhul Hadits Maulana Salimullah Khan telah mengemukakan satu taujih (pandangan / jalan keluar) yang sangat baik untuk merungkai kemusykilan di atas apabila beliau mengatakan: "Sekiranya dhamir (ganti nama) pada وغيره itu tidak dikembalikan kepada أبي جهل seperti yang dilakukan oleh Hafiz al- Aini malah dikembalikan kepada perkataan قتل yang tersebut sebelumnya, niscaya segala kemusykilan akan terungkai dengan sendirinya." Sebabnya ialah dengan mengembalikan dhamir tersebut kepada قتل, erti tajuk bab di atas akan jadi begini: (Bab Tentang Pembunuhan Abu Jahal Dan [Bab Tentang peristiwa] Selain Pembunuhannya), maka boleh termasuk juga di bawahnya kisah pembunuhan orang-orang lain dan kisah penglibatan az-Zubair dalam peperangan Badar yang menyebabkan beliau mendapat beberapa tetakan di atas pundaknya. Walaupun tidak tersebut di dalamnya kisah pembunuhan sesiapa pun.
Riwayat 3961-3964 hanya mengemukakan kisah pembunuhan Abu Jahal secara ringkas.
Peristiwa pembunuhan Abu Jahal dalam peperangan Badar selengkapnya dikemukakan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Imam Bukhari di dalam Kitabul Jihad di bawah باب من لم يخمسن الأسلاب daripada Abdur Rahman bin Auf r.a. Muslim di bawah باب استحقاق القال سلب القتيل juga daripada 'Abdur Rahman bin Auf r.a.
Beliau menceritakan, katanya: "Ketika saya berdiri dalam saf pada hari peperangan Badar, saya melihat ke kanan dan ke kiri. Saya dapati di kanan dan kiri saya ada dua orang pemuda Anshar. Hatiku berkata, alangkah baiknya kalau aku berada di antara dua orang yang lebih kuat dari mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengenyit mata kepadaku sambil berkata: "Pak cik! Pak cik kenalkah Abu Jahal?" Jawab saya:Kenal, kenapa engkau dengannya hai anakku." Katanya: "Saya diberitahu dia selalu memaki hamun Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, kalau sava nampak dia niscaya bayang saya tidak akan berpisah dari bayangnya sehingga saya atau dia yang mati." Aku terpegun dengan kata-katanya itu. Tiba-tiba yang seorang lagi juga bertanya begitu. Tidak lama selepas itu aku ternampak Abu Jahal sedang berlegar-legar di antara pasukan tentera kafir Quraisy. Aku lantas berkata: "Oh! Itu dia orang yang kamu berdua cari. Teruslah mereka berdua menyerbu dan membunuhnya. Apabila mereka pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya, Baginda s.a.w. bertany siapakah di antara kamu berdua yang telah membunuhnya? Masing-masing berkata: "Saya telah membunuhnya." Tanya Nabi s.a.w. lagi: Adakah kamu berdua telah mengesat pedangmu? Jawab mereka: Belum". Setelah melihat pedang mereka berdua, Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu berdua telah membunuhnya. Kelengkapan perang di tubuh Abu Jahal dan senjatanya adalah untuk Mu'aaz bin 'Amar bin al-Jamuh. Dua orang yang terlibat dalam pembunuhan (Abu Jahal) ialah Mu' aaz bin Afraa dan Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh." (Hadits riwayat Bukhari) Menurut Hafiz lbnu Hajar, tiga orang terlibat dalanm pembunuhan Abu Jahal. Dua orang anak lelaki Afraa' iaitu Mu aaz dan Mu awwiz dan Mu'aaz bin Amar bin al-Jamuh. Oleh kerana Mu'aaz bin Amar bin alJamun telah menmainkan peranan yang lebih besar dalam pembunuhan itu, Nabi s.a.w. memberikan salab (kelengkapan perang di tubuh terbunuh dan senjatanya) Abu Jahal kepadanya. Bagi penulis, yang benar-benar telah membunuh Abu Jahal ialah Abdullah bin Mas'ud. Beliaulah yang telah memenggal leher Abu Jahal dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah S.a.w. Jadi yang terlibat dalam pembunuhan Abu Jahal adalah empat orang semuanya.
(1) Mu'aaz bin Atraa'
(2) Mu' awwiz bin 'Afraa'.
(3) Mu'aaz bin Amar bin al-Jamuh.
(4) Abdulah bin Mas' ud. Mu aaz bin Afraa terus hidup sehingga beberapa lama selepas peperangan Badar.
Al- Aini di dalam Umdatul Qaari menukilkan daripada Abu Umar bahawa: "Mu' aaz telah hidup hingga ke zaman pemerintahan Saiyyidina 'Ali, malah beliau ada meriwayatkan satu hadits daripada Rasulullah S.a.w. mengenai larangan bersembahyang selepas Subuh dan selepas Ashar. Tetapi saudaranya Mu' awwiz telah gugur sebagai syahid dalam peperangan tersebut. Kata Musa bin Uqbah, Mu'aaz bin al-Haarits bin Rifaa' ah bin al-Haarits telah ikut serta dalam peperangan Badar bersama dua orang lagi saudaranya iaitu Auf dan Mu' awwiz. Mereka adalah anak lelaki 'Afraa'
Mereka juga merupakan anak-anak al-Haarits bin Rifaa'ah." Khalifah bin Khayyath, Ibnu Abi Haatim dan lain-lain juga menyebutkan Mu'aaz telah hidup hingga ke zaman pemerintahan Saiyyidina Ali. Hadits Mu'aaz daripada Rasulullah s.a.w, nmengenai larangan bersembahyang selepas Subuh dan selepas Ashar itu diriwayatkan oleh an-Nasaa'i di dalam Sunan Kubranya. Pada umumnya para penulis Sirah mengemukakan satu kisah yang menonjolkan kehandalan luar biasa Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh (atau Mu'aaz bin Afraa ?) dan Mu' awwiz dalam peperangan Badar. Dikatakan bahawa sebagai membalas dendam terhadap ayahnya yang telah ditetak sehingga putus kakinya oleh Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh, Ikrmah bin Abu Jahal telah menetak tangan Mu' aaz sehingga ia hampir putus terkulai-kulai. Lalu datang pula Mu awwiz menetak Abu Jahal yang sudah cedera itu sehingga ia terhumban jatuh. Mu'awwiz terus bertempur dengan tentera orang-orang kafir sehingga beliau sendiri terbunuh syahid, Dalam keadaan itu pun Mu' aaz terus memerangi orang-orang kafir Quraisy sepanjang hari. Setelah petang barulah beliau berasa agak sakit dan tangannya yang terkulai-kulai itu pula terasa menyusahkan, pada ketika itu barulah beliau memisahkan tangan yang hampir terputus itu dari tubuhnya dengan memijak hujung tangan dengan kakinya. Mu'aaz bin 'Amar bin al-Jamuh juga terus hidup hingga ke zaman pemerintahan saiyyidina Utsman. Demikian kata Imam Bukhari di dalam at-Tarikh al-Kabinya. Lihat juga al-Ishaabah oleh Hafiz Ibnu Hajar dan al-Isti'aab oleh Ibnu Abdil Barr. lbnu Ishaq juga di dalam Sirahnya menyebutkan begitu, Oleh yang demikian tidak benar sama sekali penulis-penulis Sirah yang mengatakan Mu'aaz, sama ada bin Afraa atau bin 'Amar bin al-Jamuh terbunuh dalam peperangan Badar. Yang sebenarnya terbunuh svahid dalam peperangan Badar itu ialah Muawwiz dan Auf. Mereka berdua juga merupakan anak-anak Afraa . Kalau benar Mu'aaz terbunuh dalam peperangan itu, apa ertinya Rasulullah s.a.w. memberikan kepadanya salab (kelengkapan perang di tubuh terbunuh dan senjatanya) Abu Jahal? Selepas selesai peperangan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa boleh pergi tengok bagaimana keadaan Abu Jahal! Itulah yang tersebut di dalam dua riwayat Anas selepas ini.
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 047
²
_____________
diriwayatkannya daripada Yusuf bin al-Maajisyun ini. Beliau hanya menulis (menyalin riwayat berkenaan mungkin daripada buku atau lain-lain catatan) Ibnu al-Maajisyun. Riwayat ini bagaimanapun telah berlalu di bawah Kitab al-Jihad باب من يخمس الأسلاب secara maushul daripada Musaddad daripada Yusuf bin al-Maajisyun dengan panjang lebar. Untuk lebih jelas, elok rasanya penulis bawakan riwayat itu di sini:
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ الْمَاجِشُونِ عَنْ صَالِحِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ بَيْنَا أَنَا وَاقِفٌ فِي الصَّفِّ يَوْمَ بَدْرٍ فَنَظَرْتُ عَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي فَإِذَا أَنَا بِغُلَامَيْنِ مِنْ الْأَنْصَارِ حَدِيثَةٍ أَسْنَانُهُمَا تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ بَيْنَ أَضْلَعَ مِنْهُمَا فَغَمَزَنِي أَحَدُهُمَا فَقَالَ يَا عَمِّ هَلْ تَعْرِفُ أَبَا جَهْلٍ قُلْتُ نَعَمْ مَا حَاجَتُكَ إِلَيْهِ يَا ابْنَ أَخِي قَالَ أُخْبِرْتُ أَنَّهُ يَسُبُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَئِنْ رَأَيْتُهُ لَا يُفَارِقُ سَوَادِي سَوَادَهُ حَتَّى يَمُوتَ الْأَعْجَلُ مِنَّا فَتَعَجَّبْتُ لِذَلِكَ فَغَمَزَنِي الْآخَرُ فَقَالَ لِي مِثْلَهَا فَلَمْ أَنْشَبْ أَنْ نَظَرْتُ إِلَى أَبِي جَهْلٍ يَجُولُ فِي النَّاسِ قُلْتُ أَلَا إِنَّ هَذَا صَاحِبُكُمَا الَّذِي سَأَلْتُمَانِي فَابْتَدَرَاهُ بِسَيْفَيْهِمَا فَضَرَبَاهُ حَتَّى قَتَلَاهُ ثُمَّ انْصَرَفَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَاهُ فَقَالَ أَيُّكُمَا قَتَلَهُ قَالَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا أَنَا قَتَلْتُهُ فَقَالَ هَلْ مَسَحْتُمَا سَيْفَيْكُمَا قَالَا لَا فَنَظَرَ فِي السَّيْفَيْنِ فَقَالَ كِلَاكُمَا قَتَلَهُ سَلَبُهُ لِمُعَاذِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْجَمُوحِ
Bermaksud: Abdur Rahman bin Auf r.a. meriwayatkan, katanya: "Ketika saya berdiri dalam saf pada hari peperangan Badar, saya melihat ke kanan dan ke kiri. Saya dapati di kanan dan kiri saya ada dua orang pemuda Anshar, terlalu muda umur mereka. Hatiku berkata, alangkah baiknya kalau aku berada di antara dua orang yang lebih kuat dari mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengenyit mata kepadaku sambil berkata: Pak cik! Pak cik kenalkah Abu Jahal?" Jawab saya: "Kenal, kenapa engkau dengannya hai anakku." Katanya: "Saya diberitahu dia selalu memaki hamun Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, kalau saya nampak dia niscaya bayang saya tidak akan berpisah dari bayangnya sehingga saya atau dia yang mati." Aku terpegun dengan kata-katanya itu. Tiba-tiba yang seorang lagi juga bertanya begitu. Tidak lama selepas itu aku ternampak Abu Jahal sedang berlegar-legar di antara pasukan tentera kafir Quraisy. Aku lantas berkata: Oh! Itu dia orang yang kamu berdua cari. Teruslah mereka berdua menyerbu dan membunuhnya. Apabila mereka pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya, Baginda S.a.w. bertanya: "Siapakah di antara kamu berdua yang telah membunuhnya? Masing-masing berkata: Saya telah membunuhnya. Tanya Nabi S.a.w. lagi: "Adakah kamu berdua telah mengesat pedangmu?" Jawab mereka: Belum". Setelah melihat pedang mereka berdua, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu berdua telah membunuhnya. Kelengkapan perang di tubuh Abu Jahal dan senjatanya adalah untuk Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh. Dua orang yang terlibat dalam pembunuhan (Abu Jahal) jalah Mu aaz bin Afraa' dan Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh.
(Hadits riwayat Bukhari).
⁵² Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat diambil daripada empat hadits di atas ialah:
(1) Kebongkakan dan ketakabburan Abu Jahal terserlah dengan nyata sekali apabila dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu pun ia masih lagi mengangkat dirinya sebagai seorang yang paling mulia dan lebih daripada orang-orang lain.
(2) Sifat bongkak, takbur dan keras kepala tidak membawa apa-apa faedah kepada seseorang.
(3) Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar.
(4) Bersegera melakukan sesuatu yang baik walaupun dengan mengorbankan nyawa.
(5) Keinginan vang kuat untuk mempertahan agama Allah terserlah dengan nyata pada sahabat-sahabat yangikut serta dalam peperangan Badar.
(6) Keharusan berperasaan geram dan marah yang luar biasa terhadap orang yang menghina Rasululah s.a.w.
(7) Tidak benar menganggap anak muda kurang
47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan