Sahih Bukhari Kitab Maghazi sesi 014 30/10/2014
٨-باب قَتْلِ أَبِي جَهْلٍ:
8-Bab: Pembunuhan Abu Jahal.⁴⁴
Sahih Bukhari Kitab Maghazi 042
٣٩٦١ - حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْكَعْبَةَ فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى شَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ فَأَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْتُهُمْ صَرْعَى قَدْ غَيَّرَتْهُمْ الشَّمْسُ وَكَانَ يَوْمًا حَارًّا
3961-Ibnu Numair (Muhammad bin Abdillah bin Numair) meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usaamah (Hammaad bin Usaamah) meriwayatkan kepada kami, Katanya: Ismail (bin Abi Khalid al-Ahmasi al-Bajali) meriwayatkan kepada kami, Katanya, Qais (Bin Abi Haazim al-Ahmasi al-Bajali) meriwayatkan kepada kami daripada Abdillah(Bin Mas ud) r.a. bahawa (beliau menceritakan) sesungguhnya beliau telah pergi kepada Abu Jahal ketika dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pada hari Badar. Kata Abu Jahal: Tidak ada orang semulia orang yang telah kamu bunuh ini ⁴⁵
-Adakah orang yang lebih mulia dari orang yang kamu bunuh ini?
٣٩٦٢ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ أَنَّ أَنَسًا حَدَّثَهُمْ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَنْظُرُ مَا صَنَعَ أَبُو جَهْلٍ فَانْطَلَقَ ابْنُ مَسْعُودٍ فَوَجَدَهُ قَدْ ضَرَبَهُ ابْنَا عَفْرَاءَ حَتَّى بَرَدَ قَالَ أَأَنْتَ أَبُو جَهْلٍ قَالَ فَأَخَذَ بِلِحْيَتِهِ قَالَ وَهَلْ فَوْقَ رَجُلٍ قَتَلْتُمُوهُ أَوْ رَجُلٍ قَتَلَهُ قَوْمُهُ قَالَ أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ أَنْتَ أَبُو جَهْلٍ
3962- Ahmad bin Yunus (Ahmad bin Abdillah bin Yunus al-Yarbu'i al-Kufi)meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair (bin Mu'aawiah al-Ju fi) meriwayatkan
kepada kami, katanya: Sulaiman (bin Tharkhan) at-Taimi meriwayatkan kepada kami,katanya:
Anas menceritakan kepada mereka, katanya: Nabi s.a.w. bersabda; Amar bin
Khalid (al-Harraani) juga meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair (bin Mu'aawiah)meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman at-Taimi daripada
Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda:
- selepas perang
"Siapa boleh (pergi) tengok bagaimana keadaan Abu Jahal? Ibnu Mas' ud terus pergi. Beliau mendapatinya telah kaku"⁴⁶ oleh tetakan dan tikaman dua orang anak lelaki Afraa'."⁴⁷ Sambil memegang janggut Abu Jahal
- orang kafir pun ada janggut.
beliau (lbnu Mas'ud) bertanya: Engkau Abu Jahalkah?
-secara praktikal boleh tanya walau tiada tanda tanya.
Kata Abu Jahal: "Tidak ada orang mengatasi orang yang telah kamu bunuh ini. Atau katanya: "Tidak ada orang mengatasi orang yang telah dibunuh oleh kaumnya ini." Kata Ahmad bin Yunus (dalam riwayatnya): "Engkau Abu Jahal.⁴⁸
Minit 44
-riwayat berdasarkan makna.
-cerita ketika Abu Jahal hampir nak mati.
- jika Anas tak masuk, kenapa dia boleh cerita perang Badar ?
-adakah dia ambil dari sahabat ( iaitu IbnunMasud ,mursal sahabi)atau dengar sendiri?
Minit 52
٣٩٦٣-حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ بَدْرٍ مَنْ يَنْظُرُ مَا فَعَلَ أَبُو جَهْلٍ فَانْطَلَقَ ابْنُ مَسْعُودٍ فَوَجَدَهُ قَدْ ضَرَبَهُ ابْنَا عَفْرَاءَ حَتَّى بَرَدَ فَأَخَذَ بِلِحْيَتِهِ فَقَالَ أَنْتَ أَبَا جَهْلٍ قَالَ وَهَلْ فَوْقَ رَجُلٍ قَتَلَهُ قَوْمُهُ أَوْ قَالَ قَتَلْتُمُوهُ حَدَّثَنِي ابْنُ الْمُثَنَّى أَخْبَرَنَا مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ أَخْبَرَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَحْوَهُ
3963- Muhammad bin al-Mutsanna meriwayatkan kepadaku, katanya: Ibnu Abi Adi (Muhammad bin Ibrahim al-Bahsri) meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman
al-Taimi daripada
Anas r.a." katanya: Nabi s.a.w. bersabda pada hari Badar, "Siapa boleh (pergi) tengok bagaimana keadaan Abu Jahal? Ibnu Mas ud terus pergi. Beliau mendapatinya telah kaku oleh tetakan dan tikaman dua orang anak lelaki Afraa'. Sambil memegang janggut Abu Jahal beliau (lbnu Mas'ud) berkata: "Engkau Aba Jahal"⁵⁰ Kata Abu Jahal: Tidak ada orang mengatasi orang yang telah dibunuh oleh kaumnya ini Atau katanya: "orang yang telah kamu bunuh ini." (Muhammad) Ibnu al-Mutsanna meriwayatkan kepadaku, katanya: Mu'az bin Mu' az (bin Nashr al-Bashri) meriwayatkan kepada kami katanya: Sulaiman meriwayatkan kepada kami, katanya Anas meriwayatkan kepada kami hadits yang sama ma'nanya dengan hadits sebelum ini.
٣٩٦٤-حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَتَبْتُ عَنْ يُوسُفَ بْنِ الْمَاجِشُونِ عَنْ صَالِحِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ فِي بَدْرٍ يَعْنِي حَدِيثَ ابْنَيْ عَفْرَاءَ
3964-Ali bin Abdillah (al-Madini) meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya telah tulis (hadits ini) daripada Yusuf bin al-Maajisyun daripada Saleh bin Ibrahim daripada
ayahnya (lbrahim) daripada datuknya
(Abdur Rahman bin Auf) tentang (peristiwa perang) Badar. Maksud beliau ialah hadits (tentang) dua orang anak lelaki Afraa itu. ⁵²
Minit 3
_________________
⁴⁵ Ini ialah terjemahan kata-kata Abu Jahal هَلْ أَعْمَدُ مِنْ رَجُلِ قَتَلْتُمُوهُ.
Kata al-Qasthallaani dan as- Sindi: إعمد القم bererti (ketua kaum). Di dalam riwayat 3962 daripada Anas, Abu Jahal dilaporkan berkata:وهل فوق رجل قَتَلْتُمُوهُ أو رجل قتله قومه
(Tidak ada orang mengatasi orang yang telah kamu bunuh ini. Atau katanya: Tidak ada orang mengatasi orang yang telah dibunuh oleh kaumnya ini). Dan di dalam riwayat 3963, juga daripada Anas, Abu Jahal dilaporkan beliau sebagai berkata:وهو فوق رجل قتله قومه أو قال قَتَلْتُمُوهُ
(Tidak ada orang mengatasi orang yang telah dibunuh oleh kaumnya ini. Atau katanya: orang yang telah kamu bunuh ini), iaitu sebalik daripada apa yang tersebut di dalam riwayat 3962. Ketiga-tiga ibarat itu lebih kurang sama ertinya. Apakah maksud sebenar kata-kata Abu Jahal ini?
Minit 9
Para 'ulama' hadits mengemukakan dua pendapat mengenainya.
(1) Abu Jahal bermaksud menyatakan ketakabburan dan kebongkakannya apabila ia bertanya menggunakan ibarat استفهام انكاري (pertanyaan bukan dengan tujuan hendak tahu tentang apa yang ditanya, sebaliknya hendak menafikan adanya apa yang ditanya). Ma'na asalnya ialah adakah orang semulia orang yang telah kamu bunuh ini?! Erti tersiratnya ialah tiada.
(2) Abu Jahal menyatakan ketiadaan rasa terhinanya kerana dibunuh oleh kaum sendiri. Pembunuhnya juga tidak seharusnya berasa bangga kerana telah membunuhnya. Untuk menguatkan maksud kedua ini Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan satu riwayat at-Thabaraani di dalam
al-Mu jam al-Kabirnya daripada Amar bin Maimun.
Minit 15
Di dalamnya tersebut Ibnu Mas'ud berkata kepada Abu Jahal: أي عدو الله قد أخزاك الله Bermaksud: "Wahai musuh Allah! Allah telah menghinamu. Ketika itu Abu Jahal menjawab: وبما أخزاني الله من رجل قتله قومه. Bermaksud: "Kenapa seorang yang dibunuh kaumnya terhina?! Kata Hafiz Ibnu Hajar, menerusi riwayat ini dapat diketahui maksud Abu Jahal dengan kata-katanya itu. Maksudnya ialah tidak ada apa-apa keistimewaan kamu kerana telah membunuh aku dan aku juga tidak berasa terhina kerananya. Terbunuhnya seseorang oleh kaumnya sendiri adalah suatu yang lumrah. la bukan suatu yang menghinakan. Kata-kata Abu Jahal ini jelas menunjukkan betapa keras kepala dan bongkaknya orang yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Firaun umat ini! Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itupun Abu Jahal masih lagi menganggap dirinya mengatasi dan melebihi orang lain.
Minit 17
⁴⁶ Telah kaku adalah terjemahan penulis untuk perkataan برد . Antara ma'na perkataan ini ialah jadi sejuk, mati, tidak bersemangat, tidak tajam; kaku dan berada dalam keadaan seperti orang yang telah mati. Di dalam riwayat Muslim dan Musnad Ahmad bukan برد yang tersebut tetapi برك . Kalau برك maka ertinya ialah telah jatuh ke bumi atau telah rebah. Ketika menghuraikan perkataan برد , Imam an-Nawawi menulis: "Demikianlah perkataan ini terdapat di dalam sesetengah nuskhah (Sahih Muslim)برك dengan ك. Di dalam sesetengah yang lain pula برد dengan د. Kalau dengan ك ertinya ialah telah jatuh ke bumi. Kalau dengan د ertinya ialah telah mati.
Kata Qadhi Iyaadh, riwayat jumhur (perawi) adalah برد , tetapi sesetengah perawi meriwayatkannya
dengan ك(برك) .
Demikianlah kata Qadhi. Sekumpulan 'ulama' muhaqqiqin memilih riwayat dengan ك(برك)" Di dalam Fathul Baari Hafiz lbnu Hajar menulis: "Di dalam riwayat as-Samarqandi untuk Sahih Muslim tersebut حتى برك yang bererti telah jatuh.
Demikian juga di dalam riwayat Ahmad daripada al-Anshaari daripada at-Taimi. Kata Qadhi Iyaadh, riwayat ini lebih utama. Kerana ia masih boleh bercakap dengan Ibnu Mas'ud. Kalau ia telah mati bagaimana ia akan bercakap dengannya? Boleh jadi juga maksud kata-kata Ibnu Mas'ud حتى برك itu ialah ia telah berada dalam keadaan seperti orang yang telah mati, mengambil kira keadaan yang pasti akan berlaku kepadanya (باعنبار ما سينول اليه). Kerana itulah terdapat di dalam simpulan bahasa 'Arab perkataan بوارد untuk سيوف (pedang-pedang). Lantaran ia mengandungi erti قواتل (senjata yang boleh membunuh atau menyebabkan kematian)."
- "matilah aku" kata2 yang menunjukan akan berlaku.
Minit 26
Minit 32
⁴⁷ Yang dimaksudkan dengan dua orang anak lelaki "Afraa' ialah Mu'aaz dan Mu'awwiz. Ayah mereka berdua ialah al-Haarits bin Rifaa'ah an-Najaari. 'Afraa' binti "Ubaid bin Tsa'labah Najjaariyyah adalah ibu mereka. Mu' aaz dan Mu'awwiz lebih dikenali dengan kuniah (nama panggilan) anak lelaki "Afraa'. Menurut Mulla 'Ali al-Qari di dalam Mirqaat. Mu'aaz bin Amar bin al-Jamuh juga anak "Afra'. Beliau seibu dengan Mu' aaz dan Mu'awwiz anak al-Haarits bin Rifaa'ah. Mu'aaz bin Amar bin al-Jamuh dan ayahnya adalah antara sahabat yang telah ikut serta dalam perjanjian Aqabah dan peperangan Badar. Mu'aaz bin 'Amar bin al-Jamuh hidup hingga ke zaman pemerintahan Saiyyidina Utsman.
- nabi saw bg salab(alat peperangan) kepadanya selepas perang.
Beliau tidak meninggalkan zuriat. Ayahnya Amar bin al-Jamuh pula telah mati syahid dalam peperangan Uhud.
-7 orang anak Afraa yg pergi berperang.
⁴⁸ Tujuan Bukhari mengemukakan kata-kata gurunya Ahmad bin Yunus ini ialah untuk menyatakan perbezaan di antara riwayatnya dengan gurunya yang seorang lagi iaitu Amar bin Khalid. Di dalam riwayat Amar bin Khalid tersebut َأَأِنْت dengan hamzah istifham (yang mengandungi erti pertanyaan) sebelum perkataan َأَنْت, Sementara di dalam riwayat Ahmad bin Yunus, tidak ada hamzah istifham sebelum perkataan .
- minit 54
- tak cukup 15 th , Nabi saw tidak benarkan menyertai perang.
-kenapa dia sendiri kata begitu?...tunggu penjelasanya.
👉Minit 59
⁴⁹ Hadits 3962 dan 3963 ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Menurut sesetengah 'ulama' ia termasuk dalam mursal sahabi. Mungkin beliau mendengar hadits ini daripada Ibnu Mas' ud sendiri atau daripada sahabat-sahabat lain atau beliau mendengarnya terus daripada Nabi s.a.w. Bagi mereka Anas tentunya tidak turut serta dalam peperangan Badar kerana umur beliau pada tahun kedua hijrah baru sebelas tahun. Alasan mereka antara lainnya ialah hadits Bukhari di dalam Sahihnya باب الوليمة حق di mana tersebut di dalamnya Anas sendiri menceritakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. datang ke Madinah beliau berumur sepuluh tahun. Beliau berkhidmat kepada Baginda s.a.w. selama sepuluh tahun. Ketika Rasulullah s.a.w. wafat beliau berumur dua puluh tahun. Tetapi bagi penulis, riwayat ini tidak akan dapat bertahan di hadapan kenyataan bahawa Anas termasuk dalam salah seorang sanabat yang telah ikut serta dalam peperangan Uhud berdasarkan riwayat Imam Bukhari di dalam Sanihnya juga. Berhubung dengan penyertaan Anas dalam perang Badar juga masih terdapat perbedaan pendapat ulama tentangnya. lbnu Sa'ad Ibnu Asaakir dan Umar bin Syabbah dengan isnad masing-masing meriwayatkan daripada
Tsumaamah, katanya: "Pernah Anas ditanya orang, adakah tuan turut serta dalam peperangan Badar? Jawab beliau: "Eh! Kenapa tidaknya!" Muhammad bin Abdillah al-Anshari berkata: Anas keluar bersama Rasulullah s.a.w. ke Badar. Ketika itu beliau masih kecil, untuk berkhidmat kepada Nabi s.a.w." (Lihat az-Zahabi - Siyaru A'laami an-Nubalaa' j.3 m/s 397). Setelah mengemukakan riwayat itu az-Zahabi berkata, pengarang-pengarang kitab-kitab Maghazi (Sirah) tidak membilangnya sebagai Ahli Badar kerana beliau menghadhiri Badar ketika masih kecil." Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari menukilkan satu riwayat daripada Ahmad dengan sanad yang sahih bahawa Anas ditanya seperti tadi juga, adakah tuan turut serta dalam peperangan Badar? Jawab Anas: "Eh! Kenapa tidaknya!". Perang Badar telah berlaku pada tahun kedua hijrah. Perang Uhud pula berlaku pada tahun ketiga hijrah. Pada tahun kedua hijrah, umur Anas kiranya baru sebelas tahun, mengambil kira pendapat yang masyhur di kalangan umum. Pada tahun ketiga pula beliau baru berumur dua belas tahun. Bagaimana pula budak yang baru berumur sebelas dan dua belas tahun dibenarkan oleh Rasulullah menyertai perang? Sedangkan Ibnu 'Umar yang telah berumur tiga belas tahun tidak dibenarkan menyertai perang Badar. Ibnu Umar juga setelah berumur empat belas tahun masih tidak dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. menyertai perang Uhud? Demikian juga dengan sahabat-sahabat lain yang belum menjangkau umur lima belas tahun pada ketika itu. Seperti Baraa' bin Aazib, Jaabir, Samurah dan lain-lain. Maka fakta sebenarnya bagi penulis ialah Ummu Sulaim menyerahkan Anas kepada Rasulullah S.aw. untuk berkhidmat kepada Baginda s.a.w. paling tidak pun umur beliau pada ketika itu empat belas tahun. Untuk bukti penglibatan Anas dalam perang Uhud sila lihat Sahih Bukhari باب غزو النساء وقتالهن مع الرجال (Bab Perempuan Turut Berperang Bersama Laki-laki). Mengambil kira pendapat segolongan ulama' yang mengatakan Anas telah turut serta dalam peperangan Badar, riwayat 3962 dan 3963 ini tidak lagi menjadi mursal sahabi. la bahkan dikira sebagai riwayat berdasarkan penyaksian sendiri. Kalau diandaikan ia mursal sahabi sekalipun tetap juga ia menjadi hujah menurut kesepakatan para 'ulama' Ahli as-Sunnah wa al-Jama' ah.
⁵⁰ Berdasarkan sesetengah nuskhah, di sini juga tertulis "Engkau Abu Jahal?" bukan Aba Jahal seperti dalam teks hadits 3963 dan terjemahannya yang diberikan di atas. Hafiz lbnu Hajar berpendapat, yang betulnya ialah Aba Jahal, bukan Abu Jahal. Abu Jahal seperti tersebut di dalam sesetengah nuskhah itu adalah hasil pembaikian (تثرف) sesetengah perawi yang merasakan penggunaan perkataan Aba Jahal" salah menurut qaedah ilmu Nahu bahasa 'Arab. Sebabnya ialah menurut qaedah الأسماء الستة المكبرة apabila berada dalam keadaan marfu', rafa'nya ialah dengan و , bukan dengan ا. Menurut beliau, yang mu tabar dan mu' tamad berhubung dengan riwayat Anas di atas ialah "Aba Jahal. Orang-orang yang menukarnya kepada Abu Jahal itulah yang salah. Sebenarnya ada tiga alasan Hatiz Ibnu Hajar dalam mempertahankan riwayat Anas di atas.
(1) Akan ada nanti di akhir bab ghazwah Badar (lihat) باب شهود الملائكة بدر satu riwayat lain yang juga menyebutkan Aba Jahal.
(2) Berdasarkan riwayat Ibnu Ulaiyyah daripada Sulaiman at-Taimi di bawah باب شهود الملائكة بدرا, Sulaiman dengan jelas mengatakan Anas menyebutnya Aba Jahal". Demikian juga disebutkan oleh Yahya bin Sa'id al-Qatthaan. Setelah adanya dua kesaksian daripada dua tokoh besar periwayatan hadits, tidak perlu lagi dihiraukan tindakan
perawi-perawi yang datang kemudian. Jadi yang betulnya di sini ialah "Aba Jahal", bukan Abu Jahal.
(3) Penggunaan seperti di dalam hadits di atas "Aba Jahal" tidak harus secara mutlaq dikatakan salah menurut qaedah Nahu bahasa Arab. Antara taujihat jalan keluar berupa pandangan) yang diberikan untuk keharusan penggunaan seperti itu ialah:
(a) Dengan mengi'rabkan Aba Jahal sebagai munaada mahzuf haraf nida'nya. I' raab sepenuhnya ialah mubtada' yang mahzuf khabarnya. Taqdir khabarnya yang mahzuf itu ialah مقتول (akan terbunuh). Sebelum perkataan Aba Jahal seharusnya ada haraf nida' yang mahzuf. Taqdirnya . Aba Jahal adalah munaada manshub dengan haraf nida' yang mahzuf itu. Dengan itu ayat (جملة) ini tidak akan jadi ayat pertanyaan (i) lagi. Terjemahan ayat itu berdasarkan i' raab ini ialah أنت مقتول يا أبا جهل(Engkau akan terbunuh hai Aba Jahal!).
(b) Hafiz al- Aini mengemukakan satu taujih yang lain untuknya. Kata beliau, taqdir kalam Ibnu Mas' ud itu ialah أنت تكون أبا جهل (Engkau tentunya Aba Jahal). Jadi Aba Jahal manshub kerana ia menjadi khabar تكون Ayat (جملة) ini juga bukan merupakan ayat pertanyaan ( استفهامية).
(c) Ad-Daudi berpendapat, memang mengikut qaedah bahasa yang asal di sini sepatutnya dikatakan أبو جهل tetapi lbnu Mas' ud sengaja merosakkannya dengan mengatakan أبا جهل untuk menghina Abu Jahal. Berdasarkan taujih ad- Daudi ini juga kata-kata Ibnu Mas ud itu bukan merupakan ayat pertanyaan (جملة استفهامية),
(d) Sesetengah qabilah Arab seperti Kinaanah dan lain-lain memang menggunakan الأسماء الستة المكبرة dengan ا dalam semua keadaan. Sama ada dalam keadaan rata, nashab atau khafadh. Penggunaan Aba Jahal oleh Ibnu Mas' ud itu adalah berdasarkan penggunaan sesetengah qabilah Arab berkenaan. Antara contoh yang selalu dikemukakan sebagai dalil dan syahid oleh 'ulama-ulama' Nahu dalam masalah ini ialah kata penyair:
إنَّ أَبَاهَا وَأَبَا أبَاهَا♧قَدْ بَلَغَا فِي المِجْدِ غِايَتَاهَا
Bermaksud: Sesungguhnya ayahnya dan ayah kepada ayahnya (datuknya). Kedua-dua mereka telah sampai ke puncak kemuliaan.
⁵¹ Kata al-Kirmaani dan al- Aini, perkataan saya telah tulis merupakan kinayah kepada saya telah dengar, kerana pada kebiasaannya mendengar adalah sesuatu yang lazim (mesti ada) bagi menulis ayat hadits daripada seseorang perawi. Kata Hafiz lbnu Hajar, zahir sanad ini menunjukkan Ali bin Abdillah (al-Madini) tidak mendengar secara langsung hadits yang diriwayatkannya daripada Yusuf bin al-Maajisyun ini. Beliau hanya menulis (menyalin riwayat berkenaan mungkin daripada buku atau lain-lain catatan) Ibnu al-Maajisyun. Riwayat ini bagaimanapun telah berlalu di bawah Kitab al-Jihad باب من يخمس الأسلاب secara maushul daripada Musaddad daripada Yusuf bin al-Maajisyun dengan panjang lebar. Untuk lebih jelas, elok rasanya penulis bawakan riwayat itu di sini:
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ الْمَاجِشُونِ عَنْ صَالِحِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ بَيْنَا أَنَا وَاقِفٌ فِي الصَّفِّ يَوْمَ بَدْرٍ فَنَظَرْتُ عَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي فَإِذَا أَنَا بِغُلَامَيْنِ مِنْ الْأَنْصَارِ حَدِيثَةٍ أَسْنَانُهُمَا تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ بَيْنَ أَضْلَعَ مِنْهُمَا فَغَمَزَنِي أَحَدُهُمَا فَقَالَ يَا عَمِّ هَلْ تَعْرِفُ أَبَا جَهْلٍ قُلْتُ نَعَمْ مَا حَاجَتُكَ إِلَيْهِ يَا ابْنَ أَخِي قَالَ أُخْبِرْتُ أَنَّهُ يَسُبُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَئِنْ رَأَيْتُهُ لَا يُفَارِقُ سَوَادِي سَوَادَهُ حَتَّى يَمُوتَ الْأَعْجَلُ مِنَّا فَتَعَجَّبْتُ لِذَلِكَ فَغَمَزَنِي الْآخَرُ فَقَالَ لِي مِثْلَهَا فَلَمْ أَنْشَبْ أَنْ نَظَرْتُ إِلَى أَبِي جَهْلٍ يَجُولُ فِي النَّاسِ قُلْتُ أَلَا إِنَّ هَذَا صَاحِبُكُمَا الَّذِي سَأَلْتُمَانِي فَابْتَدَرَاهُ بِسَيْفَيْهِمَا فَضَرَبَاهُ حَتَّى قَتَلَاهُ ثُمَّ انْصَرَفَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَاهُ فَقَالَ أَيُّكُمَا قَتَلَهُ قَالَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا أَنَا قَتَلْتُهُ فَقَالَ هَلْ مَسَحْتُمَا سَيْفَيْكُمَا قَالَا لَا فَنَظَرَ فِي السَّيْفَيْنِ فَقَالَ كِلَاكُمَا قَتَلَهُ سَلَبُهُ لِمُعَاذِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْجَمُوحِ
Bermaksud: Abdur Rahman bin Auf r.a. meriwayatkan, katanya: "Ketika saya berdiri dalam saf pada hari peperangan Badar, saya melihat ke kanan dan ke kiri. Saya dapati di kanan dan kiri saya ada dua orang pemuda Anshar, terlalu muda umur mereka. Hatiku berkata, alangkah baiknya kalau aku berada di antara dua orang yang lebih kuat dari mereka berdua. Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengenyit mata kepadaku sambil berkata: Pak cik! Pak cik kenalkah Abu Jahal?" Jawab saya: "Kenal, kenapa engkau dengannya hai anakku." Katanya: "Saya diberitahu dia selalu memaki hamun Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, kalau saya nampak dia niscaya bayang saya tidak akan berpisah dari bayangnya sehingga saya atau dia yang mati." Aku terpegun dengan kata-katanya itu. Tiba-tiba yang seorang lagi juga bertanya begitu. Tidak lama selepas itu aku ternampak Abu Jahal sedang berlegar-legar di antara pasukan tentera kafir Quraisy. Aku lantas berkata: Oh! Itu dia orang yang kamu berdua cari. Teruslah mereka berdua menyerbu dan membunuhnya. Apabila mereka pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan memberitahunya, Baginda S.a.w. bertanya: "Siapakah di antara kamu berdua yang telah membunuhnya? Masing-masing berkata: Saya telah membunuhnya. Tanya Nabi S.a.w. lagi: "Adakah kamu berdua telah mengesat pedangmu?" Jawab mereka: Belum". Setelah melihat pedang mereka berdua, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu berdua telah membunuhnya. Kelengkapan perang di tubuh Abu Jahal dan senjatanya adalah untuk Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh. Dua orang yang terlibat dalam pembunuhan (Abu Jahal) jalah Mu aaz bin Afraa' dan Mu aaz bin Amar bin al-Jamuh.
(Hadits riwayat Bukhari).
⁵² Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat diambil daripada empat hadits di atas ialah:
(1) Kebongkakan dan ketakabburan Abu Jahal terserlah dengan nyata sekali apabila dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu pun ia masih lagi mengangkat dirinya sebagai seorang yang paling mulia dan lebih daripada orang-orang lain.
(2) Sifat bongkak, takbur dan keras kepala tidak membawa apa-apa faedah kepada seseorang.
(3) Abu Jahal terbunuh dalam peperangan Badar.
(4) Bersegera melakukan sesuatu yang baik walaupun dengan mengorbankan nyawa.
(5) Keinginan vang kuat untuk mempertahan agama Allah terserlah dengan nyata pada sahabat-sahabat yangikut serta dalam peperangan Badar.
(6) Keharusan berperasaan geram dan marah yang luar biasa terhadap orang yang menghina Rasululah s.a.w.
(7) Tidak benar menganggap anak muda kurang
berani dan tidak dapat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu peperangan.
(8) Pembunuh berhak mendapat salab (kelengkapan perang dan senjata) orang kafir yang dibunuhnyya dalam peperangan.
(9) Abu Jahal tidak terus mati setelah ditetak dan ditikam oleh dua orang anak lelaki Afraa'.
(10) Abu Jahal masih sempat berbalas-balas cakap dengan Abdullah bin Mas'ud sebelum Abdullah memenggal lehernya.
(11) Dua orang anak lelaki Afraa' ikut serta dalam peperangan Badar ketika usia mereka masih sangat muda. (12) Keharusan beberapa orang adik-beradik turut serta dalam sesuatu peperangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan