Tafsir quran dengan quran 12/10/22(01)
Al-Baqarah 2:174
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَيَشْتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۙ أُو۟لَٰٓئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang diturunkan Allah berupa Kitab Suci dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit (faedahnya)²⁷¹ mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan)
ke dalam perutnya melainkan api (neraka), dan Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat²⁷² dan tidak mensucikan mereka (dari dosa) dan mereka akan mendapat kesiksaan yang amat pedih. [174].
-orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang diturunkan Allah ialah orang yang tahu atau orang seolah-olah tahu tapi sebenarnya tidak tahu.
- orang yang seolah-olah tahu ialah orang yang belajar dari sistem yg tidak lengkap seperti hanya belajar tentang khalaf tetapi tidak pernah belajar tentang salaf sedangkan semua orang terima ahli sunnah termasuk salaf dan khalaf.
-lagi contoh tidak tahu tentang tauhid 3 iaitu tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah dan tauhid asmawasifat (tauhid nama Allah dan sifatnya) sedangkan banyak ayat2 quran menyatakan tentang tauhid ini.
- jadi atas sangkabaik mereka bukan menyembunyikan tetapi mereka tidak tahu.
-zaman sebelum kedatangan Nabi Muhamad pernah berlaku mereka menyembunyikannya kerana takut hilang pengaruhi jika diketahui .
²⁷¹ Keuntungan dunia itu meskipun kelihatan banyak, tetapi pada hakikatnya ia hanya sedikit. Kerana Allah telah berfirman: An-Nisa' 4:77
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوٓا۟ أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ ٱلْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ ٱلنَّاسَ كَخَشْيَةِ ٱللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةًۚ وَقَالُوا۟ رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا ٱلْقِتَالَ لَوْلَآ أَخَّرْتَنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍۗ قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا
Bermaksud: Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat." (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diwajibkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia (musuh) sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami) . Katakanlah (wahai Muhammad): "Kesenangan dunia ini hanya sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. (an-Nisaa':77).
²⁷² malah akan memurkai mereka dan menghalang mereka dari mendapat rahmatNya. Allah berfirman:
Al-Mutaffifin 83:15كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ
Al-Mutaffifin 83:16 ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُوا۟ ٱلْجَحِيمِ
Bermaksud: Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (rahmat) Tuhan mereka. (15)
Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar akan masuk neraka. (16).
Firman Allah ini kelihatan bertentangan dengan dua firmanNya yang Iain, iaitu:
Al-Hijr 15:92 فَوَرَبِّكَ لَنَسْـَٔلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Al-Hijr 15:93 عَمَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Bermaksud: Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), (92) mengenai apa yang mereka telah lakukan dahulu. (93)
Al-An'am 6:22
وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَيْنَ شُرَكَآؤُكُمُ ٱلَّذِينَ كُنتُمْ تَزْعُمُونَ
Bermaksud: Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu katakan (menjadi sekutu Allah)?"
Dua ayat ini menunjukkan Allah bercakap juga dengan orang-orang kafir dan musyrik pada hari kiamat nanti, sedangkan ayat ke-174 Surah al-Baqarah ini menafikan percakapan Allah dengan mereka! Jawapannya ialah yang dinafikan itu ialah percakapan yang lembut, mesra dan penuh penghormatan. Adapun percakapan dengan maksud menghina, menista dan menyiksa itu tidak dinafikan.
-An-Nisa' 4:82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِيهِ ٱخْتِلَٰفًا كَثِيرًا
Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Qur'an? Sekiranya (Al-Qur'an) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan