Al-Baqarah 2:190
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu,³¹¹ dan janganlah kamu melampaui batas (yang telah ditentukan)³¹² kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [190].
³¹¹ Dua perkara yang disebutkan oleh Allah di sini sebagai syarat bagi melaksanakan perintahNya supaya berperang.
Pertama: Perang itu hendaklah perang di jalan Allah iaitu perang semata-mata kerana mempertahankan dan menegakkan agama Allah. Tidak ada maksud Iain selain itu. Hukum dan ketetapan Allah berhubung dengan perang pula hendaklah diikuti sepenuhnya.
Kedua: Perang itu hendaklah dengan orang-orang yang memerangi kita (orang-orang Islam) atau orang-orang yang terlibat dalam memerangi kita. Adapun orang-orang yang tidak terlibat dengan perang, maka tidak dibenarkan memeranginya. Termasuklah dalam orang-orang yang tidak terlibat dengan perang itu kanak-kanak, wanita, orang-orang sakit. orang-orang yang terlalu tua dan ahli-ahli ibadat. Kecuali kalau mereka juga terlibat. Sunnah Nabi s.a.w. memperincikan lagi dua syarat tersebut dengan sejelas-jelasnya.
-kafir ada zimmi, harbi dan muahid(ada negara mereka sendiri dan ada buat buat perjanjian dengan kita).
- jalan ditinggal nabi jln yg terang benderang..jalan bagaimana untuk bermuamalat dengan mereka
³¹² berhubung dengan peperangan, seperti genjatan senjata, perdamaian dan Iain-lain.Kerana Allah berfirman:
Al-Anfal 8:61
وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلْمِ فَٱجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
Bermaksud: Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Berperang di tanah Haram dan pada bulan-bulan Haram juga termasuk dalam perbuatan melampaui batas. Tetapi perang sebagai tindak balas kepada pencerobohan orang-orang kafir di tanah Haram dan pada bulan-bulan Haram dikecualikan.
Hukumnya disebutkan oleh Allah di dalam ayat ke-191 dan juga ayat ke-194 selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan