Al-Baqarah 2:189
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَهِلَّةِۖ قُلْ هِىَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلْحَجِّۗ وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) untuk manusia,³⁰⁶ khasnya (untuk) 'ibadat Haji.³⁰⁷ Dan kebaktian itu bukanlah memasuki rumah dari belakangnya (ketika kamu berihram)³⁰⁸ tetapi kebaktian itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa;³⁰⁹ dan
masuklah ke rumah-rumah melalui pintunya,³¹⁰ serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." [189]
³⁰⁶ Allah berfirman: Yunus 10:5
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمْسَ ضِيَآءً وَٱلْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلْحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلْحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya. dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya iłu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu kepada kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
³⁰⁷ Allah berfirman:Al-Baqarah 2:197
ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَٰتٌۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰۚ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ
Bermaksud: (Musim) Haji adalah beberapa bulan yang dima'lumi. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat) mengerjakan ibadat Haji itu, maka (ia) tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan 'ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya; dan hendaklah kamu membawa bekal(dengan secukupnya) kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
- bulan penting untuk menentukan tarikh haji.
- juga tarikh puasa.
-selain itu puasa yg ikut panduan bukan puasa yg hanya paling banyak jumlah hari.
- juga masa ibadah solat
- eddah wanita yg bercerai
-2 perkara penting bila mengaji quran:
1.apa latarbelakangnya kepada sesuatu ayat dan ini byk dlm sunnah .
2.alquran adalah panduan untuk semua manusia sehingga hari kiamat.
-asalnya ,perkembangan anak bulan jadi pertanyaan tetapi Nabi saw tidak jawab itu tetapi menjawab perkara yg lebih berfaedah yg dinamakan uslubul hakim
-ayat juga untuk mengajar tentang cara menjawab pertanyaan.
Jawab perkara yg lebih berguna untuk yang bertanya
-contoh bila ditanya hantu , diberitahu tentang jin atau makhluk halus.
-ayat quran pasti ada kaitan dengan peristiwa dizaman Nabi saw.
³⁰⁸ Memasuki rumah dari belakangnya sama ada ketika berihram atau tidak adalah harus. Bukan dari belakang sahaja diharuskan, malah dari sisi atau bumbung rumah
sekalipun. Allah s.w.t. menafikan kebaktian bukan semata-mata kerana memasuki rumah dari belakang, tetapi kerana ia dianggap sebagai suatu ibadat dan kebaktian. Anggapan itulah yang salah di sisi syariat. Kerana ia sudah jadi bid'ah dalam agama. Apa yang dapat difahami daripada firman Allah ini ialah menganggap sesuatu yang harus sebagai suatu kebaktian dan 'ibadat juga merupakan bid'ah.
-ini adalah ajaran yg telah diselewengkan, sesudah ihram tidak boleh masuk pintu depan .
-ayat yg menunjukan orang kafir quraisy juga buat umrah dan haji tetapi dengan cara yg telah diselewengkan.
-amalan maulud yg tak pernah nabi dan sahabat buat.
- jika ibadat pasti dibuat oleh mereka.
- mereka tak sayang nabi saw?!
-maulud bermula selepas nabi 400 tahun kemudian oleh syiah ismailiyah dan orang sunnah 700 tahun.
-setiap Ibadah mesti kena datang dari Allah dan RasulNya bukan yg direka-reka.
-maksud pintu belakang itu luas termasuk tidak ikut peraturan yg telah nabi saw tunjukan.
-anggap sesuatu yg harus sebagai ketetapan itu tidak boleh
-yang harus perlu dikekalkan harus.
-melainkan jika telah jadi syiar golongan yg menyeleweng akan jadi tidak boleh.
-juga وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَاۚ(masuk melalui pintu) , seluas kehidupan termasuk
1.setuju sama setuju.
2.belajar dengan rajin.
3. Meminang bila inginkan perempuan, bukan buat lari atau sihirkan.
³⁰⁹ Tidak diperincikan di sini perbuatan orang yang bertaqwa itu, tetapi ia telah disebutkan pada ayat berikut:
Al-Baqarah 2:177
لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ
Bermaksud: Kebaktian itu bukanlah hanya dengan kamu menghalakan mukamu ke arah timur dan barat, tetapi orang-orang yang benar-benar berbakti ialah yang beriman kepada Allah, hari kemudian, para malaikat, Kitab-kitab Suci dan para nabi. di samping memberikan harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta bantuan; dan untuk (memerdekakan) hamba sahaya. (Orang-orang yang benar-benar berbakti juga ialah) yang mendirikan shalat, mengeluarkan zakat; menepati janji apabila berjanji, dan (mereka juga adalah) orang-orang yang sabar menghadapi kesempitan dan penderitaan dan (sabar) dalam masa peperangan. Merekalah orang-orang yang benar-benar berbakti; dan merekalah orang-orang yang benar-benar bertaqwa.
³¹⁰ Maksudnya ialah segala perkara hendaklah dilakukan menurut cara yang sah, wajar dan betul. Manusia tidak sepatutnya berbuat sesuatu sesuka hati dan sewenang-wenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan