Qawaid tafsir 2018 nota 1(0007)- kaedah 6
Kaedah 6
قاعدة 6 إذَا اسْتُدِلَّ بِالْفِعْلِ لِشَيْئَيْنِ وَهُوَ فِيْ الحَقِيْقَةِ لِأَحَدِهِمَا يُقْدَّرُِ لِلْآخَرِ فِعْلٌ يُنَاسِبُهُ عَلَى الْأٌصَحِّ
Apabila sesuatu fi'il dikaitkan dengan dua isim, sedangkan fi'il itu hanya layak dikaitkan dengan satu sahaja daripada dua isim tersebut, maka mengikut pendapat yang lebih sahih (rajih), perlulah ditaqdirkan fi'il lain yang sesuai dengan isim yang satu lagi
Qaedah ini boleh diaplikasikan pada firman Allah berikut:
Al-Hasyr 59:9
وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمَٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
9. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang tetah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabi'at bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.(al-Hasyr:9).
Perkataan تبوءوا yang merupakan fi'il itu dikaitkan dengan dua isim sebagai maf'ulnya الإيمان dan الدار. Padahal perkataan الدار sahaja yang layak dijadikan sebagai
Maf'ulnya. Maka dalam keadaan ini perlu ditaqdirkan fiil lain yang sesuai dengan الإيمان sebagai mafulnya. Misalnya ditaqdirkan وأخلصوا sebelumnya. Dalam masalah ini terdapat khilaf di kalangan para 'ulama' tentang qaedah taqdirkah yang lebih baik dipakai atau qaedah tadhmin(تضمين) Kalau dipakai qaedah taqdir, maka taqdirnya adalah seperti yang diberikan tadi. Dan kalau qaedah tadhmin pula yang dipakai,maka semestinya perkataan تبوءا itu dita'wilkan dengan fiil lain yang sesuai
menjadikan kedua-dua isim selepasnya sebagai mafulnya. Misalnya perkataan itu dita'wil (dipakai)dengan ma'na لزِمُوْا (melazimi), maka sesuailah kedua-dua isim yang tersebut selepasnya menjadi maful baginya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan