Qawaid tafsir 2018 nota 1(0008)-10 kaedah 7
Kaedah 7
قاعدة 7
إذَا تَعَقَبَتِ الضَّمَائِرُ فَالْأَصْلُ اَنْ يَتَّحِدَ مَرْجِعُهَا
Apabila beberapa dhamir datang selepas sesuatu isim, maka pada asalnya isim itulah merupakan marji' bagi dhamir-dhamir tersebut.
Qaedah ini berlaku apabila tidak ada qarinah yang menunjukkan dhamir-dhamir itu kembali kepada marji' yang berlainan, dan kembalinya kepada marji' yang sama pula tidak menjejaskan kefasihan bahasa. Dalam keadaan ada qarinah dan menjejaskan kefasihan bahasa, boleh saja dhamir-dhamir itu kembali kepada marji'-marji' yang berlainan.
Qaedah 7 ini boleh diaplikasikan pada beberapa firman Allah berikut:
(1)
An-Nisa' 4:157
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا ٱلْمَسِيحَ عِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُوا۟ فِيهِ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًۢا
An-Nisa' 4:158
بَل رَّفَعَهُ ٱللَّهُ إِلَيْهِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
An-Nisa' 4:159
وَإِن مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِۦ قَبْلَ مَوْتِهِۦۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا
Di dalam tiga ayat di atas terdapat lapan dhamir yang kembali kepada Al-Masih Isa Ibni Mariam.
157. Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada
sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
158. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
159. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi
saksi terhadap mereka. (an-Nisaa' : I57 -159).
(2)Thaa Ha 20:39
أَنِ ٱقْذِفِيهِ فِى ٱلتَّابُوتِ فَٱقْذِفِيهِ فِى ٱلْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ ٱلْيَمُّ بِٱلسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّى وَعَدُوٌّ لَّهُۥۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّى وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِىٓ
Di dalam ayat ini pula terdapat tujuh dhamir yang kembali kepada (Nabi) Musa yang tersebut di dalam ayat sebelumnya
Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
(Thaha:39).
Contoh dhamir-dhamir yang kembali kepada marji' yang berlainan pula dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:
Al-Kahfi 18:22
سَيَقُولُونَ ثَلَٰثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًۢا بِٱلْغَيْبِۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْۚ قُل رَّبِّىٓ أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَآءً ظَٰهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا
Marji' dhamir pada فيهم ialah Ashaabul Kahfi. Sementara marji' dhamir منهم pada pula adalah orang-orang Yahudi.
22. (Sebahagian dari) mereka berkata: Bilangan Ashaa bul kahfi itu tiga orang,yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka secara meraba-raba dalam gelapakan sesuatu yang tidak diketahui dan sesetengah yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan yang kedelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana)yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta
penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang
membincangkannya).
(al-Kahf:22)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan