Khamis, Disember 01, 2022

Sahih bukhari kitab fadhail/kelebihan sahabat (4)

Sahih bukhari kitab fadhail/kelebihan sahabat (4)
(4)باب فَضْلِ أَبِي بَكْرٍ بَعْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Bab kelebihan Abu Bakar selepas Nabi saw.

-sehingga imam 12 lebih dari Abu Bakr! syiah-syiah!
-sudah cukup isyarat-isyarat dari Nabi saw terhadap kelayakan Abu Bakr.
- bahkan Ali berbaiah kepada Abu Bakr juga Umar.
- syiah tuduh sahabat2 tidak berguna.
- ada hikmat Ali tak lawan?
- yg syiah nak ialah meragukan para sahabat dan ajaran agama.
- ramai yg tak sedar perancangan musuh termasuk orang syiah.

Hadits tentangnya.
(3382)حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كُنَّا نُخَيِّرُ بَيْنَ النَّاسِ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنُخَيِّرُ أَبَا بَكْرٍ ثُمَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ ثُمَّ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ

Telah bercerita kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Abdullah telah bercerita kepada kami Sulaiman dari Yahya bin Sa'id dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radhiallahu'anhu berkata, "Kami (sentiasa diberi pilihan) memilih-milih orang terbaik diantara manusia pada zaman Nabi ﷺ. Akhirnya yang terpilih adalah Abu Bakr kemudian 'Umar bin Al Khaththab lalu 'Utsman bin 'Affan radhiallahu'anhum".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan