Asas (usul) Tafsir 2
(2) Tafsir Al-Quran Dengan Hadits-Hadits
Sahihnتفسر القرآن بالأحاديث الصحيحة
Usul kedua ialah mentafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih. Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih juga bererti mentafsirnya dengan wahyu. Dalam usaha memahami dan memahamkan al-Qur'an ia merupakan sumber kedua dari langit.Hadits-hadits Rasulullahs.a.w. sama ada berupa ucapan, perbuatan atau pengesahan
Baginda yang sampai kepada kita menerusi rantaian (sanad) perawi-perawi yang dipercayai dan boleh dijadikan hujah di sisi para ulama hadits merupakan saluran kedua
yang harus diikuti dan dijadikan pegangan dalam pemahaman al-Qur'an. Ini kerana ia juga merupakan sumber mu'tabar kepada umat.
Menurut Ahli as-Sunnah Wa al-Jama'ah, tafsiran al-Qur'an yang bercanggah dengan hadits-hadits yang sahih dan tidak mansukh adalah satu bentuk tahrif (penyelewengan ma'na) al-Qur'an.
Tafsir al-Qur'an dengan hadits-hadits yang sahih juga perlu kerana beberapa sebab berikut:
(a) Salah satu peranan dan kerja Nabi s.a.w.
dan menerangkan maksud-maksudnya. Hal ini sesuai dengan firman Allah di dalam Surah An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
(b) Allah memerintahkan NabiNya Muhammad s.a.w. supaya memutuskan perkara dan menghukum antara manusia dengan berpandukan al-Qur'an.
Allah berfirman: An-Nisa' 4:105
إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيمًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia
menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya);Dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
(c) Al-Qur'an sampai kepada kita (umat) menerusi Nabi s.a.w.
(d) Banyak sekali perintah Allah di dalam al-Qur'an diberikan secara ijmal. Hadits-hadits Rasulullahlah yang mentafshilkannya.Seperti perintah bersembahyang, memberi zakat,memotong tangan pencuri dan lain-lain.
Satu perkara perlu sekali diingat apabila anda mentafsir al-Qur'an, iaitu anda mestilah mengelak diri daripada menggunakan hadits-hadits dha'if (lemah) dan maudhu'(palsu).Hadits-hadits tentang kelebihan setiap surah al-Qur'an yang dikemukakan di dalam kitab-
kitab tafsir seperti Tafsir ats-Tsa'labi, al-Waahidi, az-Zamakhsyari, al-Baidhaawi dan lain-lain, kebanyakannya adalah maudhu' .
Untuk panduan, di bawah ini dikemukakan dua contoh mentafsirkan al-Qur'an dengan hadits-hadits sahih:
(a) Perkataan ظلم biasanya memberi erti kezaliman atau ketidakadilan. Tetapi di dalam al-Qur'an ia dipakai juga dengan beberapa erti yang lain. Dpd hadits Bukhari ke 32
misalnya, diketahui perkataan ظلم yang tersebut di dalam firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-An'aam yang akan dikemukakan nanti adalah dengan ma'na syirik atau
kesyirikan.
«32» حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ (ح) قَالَ وَحَدَّثَنِي بِشْرٌ قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ: {الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ} قَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّنَا لَمْ يَظْلِمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ}.
[أطرافه 3360، 3428، 3429، 4629، 4776، 6918، 6937، تحفة 9420].
31. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dan juga telah meriwayatkan hadits yang serupa ini, Telah menceritakan kepadaku Bisyir bin Khalid Abu Muhammad Al 'Asykari berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Sulaiman dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah berkata: ketika turun ayat: "Orang-orang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezhaliman" para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Siapakah diantara kami yang tidak berbuat zhalim? Maka Allah 'azza wajalla menurunkan (firman-Nya): "Sesungguhnya kesyirikan adalah kezhaliman yang besar". (QS. Luqman: 13)
Allah berfirman:Al-An'am 6:82
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَلَمْ يَلْبِسُوٓا۟ إِيمَٰنَهُم بِظُلْمٍ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ
Bermaksud: orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Rasulullah s.a.w. sendiri mentafsirkan perkataan ظلم yang tersebut di dalam firman Allah ini dengan ma'na syirik, dan ia difahami Baginda s.a.w. daripada firman Allah di dalam
Surah Luqman 31:13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Bermaksud: dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik (mempersekutukan Allah) itu adalah satu kezaliman yang besar".
(b) Berdasarkan hadits sahih, rangkai kata سبعا من ثانى yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah al-Hijr di bawah ini:
Al-Hijr 15:87 وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ
Bermaksud: dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung (amat besar kemuliaan dan faedahnya).
adalah Surah al-Fatihah.
Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
أُمُ القُرْآنِ هِىَ السَّبْعُ المَثِنِي وَالقُرْآنُ العَظِيمُ
Bermaksud: Ummul Qur'anlah (yang dimaksudkan
dengan) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Qur'an yang agung (yang dimaksudkan di dalam ayat al-Hijr:87) itu.
(Sahih al-Bukhari, bab firman allah وَلَقَدْ ءَاتَيْنَٰكَ سَبْعًا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ )
Demikianlah dua contoh tafsir al-Qur'an dengan hadits
yang sahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan