Selasa, Disember 13, 2022

Tafsir asas quran nota 9(182-205)12s 17i(05)



Asas(usul) Tafsir 17i (05)

Cara Mengetahui Nasakh.
Nas Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan, ia dapat diketahui melalui salah
satu daripada cara berikut:

1. Penegasan berbentuk lafaz yang memang menunjukkan nasakh. Sebagaimana firman Allah: Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Bermaksud: Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan
jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. 
(al-Anfaal: 66).

Ayat ini merupakan ayat yang menasakhkan atau menjadi nasikh terhadap penetapan hukum terhadap orang Islam yang mesti menentang atau melawan orang kafir.yang nisbahnya 1:10.
Ayat yang dinasakhkan itu ialah firman Allah:

Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ 
Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu'min untuk berperang'. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti. (al-Anfaal: 65)

2.Daripada dua nas nasikh dan mansukh, terbukti nasikh datangnya terkemudian daripada mansukh melalui kenyataan yang dibuat oleh Nabi, sebagaimana terdapat didalam Hadits berikut:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ  زِيَارَةِ الْقُبُورِ
Bermaksud: Dahulu aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah.
(Hadits riwayat an-Nasaa'i, lbnu Majah. Ahmad, Ibnu Hibbaan' al-Haakim dan lain-lain)'

3. Penegasan melalui ijma'  ulama' bahawa nas nasikh memang datang kemudian daripada nas mansukh.

4.Melalui perbuatan amalan Nabi. 
Contohnya ialah perbuatan Nabi yang merejam Maiz al-Aslami tanpa menyebatnya 100 kali telah menasakhkan hukum mengenai lelaki dan perempuan yang telah berkahwin yang berzina. Nas yang dinasakhkan itu ialah Hadits yang diriwayatkan oleh Muslim : جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ
Bermaksud: Sebatan 100 kali dan rejam.

Bahagian-Bahagian Nasakh
Nasakh dapat dibahagikan kepada empat bahagian' iaitu:
1.Nasakh secara terang atau shareh (النسخ الصَريح)
2.Nasakh Secara kandungan atau(النسخ الصمي)
3. Nasakh Keseluruhan atau kulli (النسخ الكلي)
4. Nasakh sebahagian atau juz'i(النسخ الجُزئي).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan