Selasa, Disember 13, 2022

Tafsir asas quran nota 9(182-205)12s 17i(04)



Asas(usul) Tafsir  17i (04)

Syarat-Syarat Nasakh menurut mereka.
Nasakh mestilah dengan memenuhi syarat-syarat
seperti berikut:
1. Hukum yang dinasakhkan (dimansukhkan) itu adalah hukum syara' yang bukan ditetapkan atau bukan telah diwajibkan kerana zatnya. Contohnya, perkara yang berkaitan dengan akidah dan iman. Selain dari itu ia bukan perkara yang dilarang kerana zatnya. Contohnya kufur.
Begitu juga mengenai hukum akal yang telah tetap. Contohnya, setiap yang hidup pasti akan mati. Sementara yang tersebut di atas tidak mungkin dapat dinasakhkan lagi.

2. Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh (الناسخ) mestilah datang kemudian dan berasingan daripada hukum yang dinasakhkan atau al-Mansukh (المنسخ)

3. Hukum yang dinasakhkan adalah tsabit dengan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja, serta tidak dikekalkan untuk selama-lamanya.

4. Cara nasakh mestilah berdasarkan syara' dan dengan hukum syara.

5. Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja.

6. Hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali.

7. Hukum yang dinasakhkan tidak berbentuk menyeluruh atau kulli.

8. Dalil yang memansukhkan adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan dari sudut kekuatan tsabit dan dalalahnya.

9. Menurut pendapat Syafi'e dan Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama di segi jenis.

10.Hukum yang dinasakhkan itu hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif, supaya hukum yang dimansukhkan itu dapat dilaksanakan, di samping  menasakhkan hukum sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan