Selasa, Disember 13, 2022

Tafsir asas quran nota 9(182-205)12s 17i(08)



Asas(usul) Tafsir  17i(08)

NASAKH TIADA GANTI
Nasakh yang tidak ganti ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan di segi tetapi ia tidak diganti dengan hukum baharu. Contohnya ialah sebagaimana firman Allah:
Al-Mujadila 58:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نَٰجَيْتُمُ ٱلرَّسُولَ فَقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىْ نَجْوَىٰكُمْ صَدَقَةًۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَأَطْهَرُۚ فَإِن لَّمْ تَجِدُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ,Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakirmiskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan,(kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Mujadilah: 12).

Di dalam ayat ini Allah menyebutkan hukum bagi sahabat hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, mereka perlulah bersedekah (kepada fakir miskin) terlebih dahulu.Perintah AIlah yang tersebut di dalam ayat ini dimansukhkan melalui ayat berikutnya. iaitu:

Al-Mujadila 58:13
ءَأَشْفَقْتُمْ أَن تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىْ نَجْوَىٰكُمْ صَدَقَٰتٍۚ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا۟ وَتَابَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
(al-Mujadilah:13).

Menerusi ayat ini Allah menyatakan mereka yang ingin mengadap Rasulullah tidak perlu bersedekah (kepada fakir miskin) terlebih dahulu. Hukum di dalam ayat sebelumnya
dinasakhkan tanpa sebarang gantian dengan hukum lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan