Asas(usul) 17i (09)
Masa Berlaku Nasakh
Jumhur 'ulama' sepakat mengatakan nasakh hanya berlaku semasa Nabi. Hal tersebut kerana nasakh tidak berlaku, kecuali melalui wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi sahaja masih hidup sahaja.
Selepas kewafatan Nabi, penasakhan hukum tidak berlaku sama-sekali, kerana wahyu tiada lagi. Justeru itu, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat Nabi dan tidak pula lahir daripada Baginda sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap, walaupun selepas kewafatan Baginda. Hal itu kerana Baginda adalah rasul terakhir, sebagaimana firman Allah: Al-Ahzab 33:40
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ ٱللَّهِ وَخَاتَمَ ٱلنَّبِيِّۦنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
Bermaksud: Bukanlah (Nabi) Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup sekalian nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-Ahzaab:40).
Dalil-Dalil Yang Menasakhkan
Berdasarkan kaedah umum syari'at Islam ,sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkan kecuali dengan dalil yang sama kuat atau lebih kuat daripadanya.
Berdasarkan kaedah umum itu disini dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pendapat 'ulama' mengenainya . Ia adalah sebagaimana berikut:
1. Nasakh al-Qur'an dengan al-qur'an atau Hadits
2. Nasakh Hadits dengan Hadits
3. Nasakh Hadits dengan al-qur'an
4. Nasakh dengan Ijma'
5. Nasakh ljma' dengan al-Qur'an atau Hadits
6. Nasakh ljma' dengan ijma'
7. Nasakh al-Qur'an atau Hadits atau Ijma' dengan qiyas
8. Nasakh Qiyas dengan Qiyas
1.Nasakh Al-Qur'an Dengan Al-qur'an Atau Hadits
Para 'ulama' yang menerima konsep nasakh seperti yang dikemukakan di atas sepakat mengatakan al-Qur'an harus menasakhkan nas al-Qur'an yang lain apabila dalalah kedua-duanya adalah sama, kerana ia dikira sama di segi kekuatan. Adapun penasakhan al-Qur'an dengan Hadits, maka para 'ulama' berbeda pendapat tentang keharusannya. Perinciannya adalah seperti di bawah ini:
a. Pendapat jumhur 'ulama': Harus al-Qur'an dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir, kerana ia dikira setaraf di segi kekuatan. Alasan dan hujah jumhur ialah berkaitan dengan
hukum wajib berwasiat kepada ibu bapa dan kerabat, di mana Allah berfirman: Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut. jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang berlakwa. (al-Baqarah: 180).
Hukum wajib berwasiat tersebut dinasakhkan oleh satu Hadits mutawatir yang diriwayatkan oleh sekian ramai sahabat r.a. Hadits berkenaan ialah:لَاوَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Bermaksud: Tiada wasiat untuk waris.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu al-Jarud, at-Thabaraani dan lain-lain).
b. Pendapat 'ulama' Hanafi: Harus al-Qur'an dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir dan Hadits Masyhur, kerana Hadits Masyhul dikira hampir setaraf dengan al-Qur'an dari segi kekuatan. Walaupun begitu, al-Qur'an tidak boleh dinasakhkan dengan Hadits Aahaad, kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih di sisi mereka.
Pendapat sebahagian 'ulama' dan Imam Syafi'e: Tidak harus dinasakhkan al-Qur'an dengan Hadits, walaupun Hadits Mutawatir atau Masyhur. Hujah Imam Syafi'e berdasarkan
firman Allah :Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
(al-Baqarah:106).
Ayat ini menjelaskan Allah mengaitkan perbuatan mengganti ayat yang dinasakhkan itu dengan diri-Nya sahaja, dan Dia mendatangkan al-Qur'an sahaja sebagai gantinya. Oleh itu,al-Qur'an sahajalah yang dapat menasakhkan al-Qur'an. Tidak ada apa pun yang lebih baik
daripada al-Qur'an atau yang sebanding dengannya.
2.Nasakh Hadits Dengan Hadits
Pendapat ulama terbahagi kepada dua golongan dalam masalah ini:
a. Pendapat jumhur: Mereka sepakat mengatakan harus Hadits menasakhkan Hadits juga, jika kedua-duanya setaraf dari segi tsabit dan dalalahnya. Dalam perkara ini, 'ulama' sepakat mengatakan Hadits Mutawatir dapat menasakhkan Hadits Mutawatir dan Hadits Aahaad. Sebaliknya Hadits Aahaad hanya dapat menasakh Hadits Aahaad sahaja dan tidak dapat menasakhkan Hadits Mutawatir.
Contoh Hadits yang menasakh Hadits ialah, Nabi pemah menegah sahabat-sahabat daripada menziahari kubur kerana sebab tertentu, namun selepas itu Nabi tidak menegahnya. Sebagaimana sebuah Hadits:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
Bermaksud: Dahulu aku menegah kamu daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahlah.
(Hadits riwayat an-Nasaa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibbaan, al-Haakim dan lain-lain).
b. Pendapat 'ulama' Hanafi: Hadits Aahaad harus dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir dan masyhur, kerana kedua-duanya lebih kuat daripada Hadits Aahaad.
3.Nasakh Hadits Dengan Al-Qur'an
Jumhur ulama berpendapat al-Quran harus menasakhkan Hadits. Contohnya perbuatan Nabi dan sahabat mengadap ke arah Baitul Maddis ketika sembahyang. Sebagaimana Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
إَنَّ النَّبِىَّ(ص) أَقَامَ يَسْتَقْبِلُ بَيْتُ الْمَقْدِسِ فِي الصَّلاةِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا ثُمَّ نُسِخَ ذَلِكَ بِطَلَبِ التَّوَجُّه إِلَى الكَعْبَةِ
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi pernah mengadap ke arah Baitul Maqdis sebagai qiblat ketika sembahyang selama 16 bulan, selepas itu ia dinasakhkan dan Nabi diarahkan menukar qiblat ke Ka'bah pula.
Nas al-Qur'an yang menasakhkan Hadits tersebut ialah:
Al-Baqarah 2:144
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Bermaksud: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan
sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. (al-Baqarah:144).
4.Nasakh dengan Ijma'.
Jumhur 'ulama' mengatakan Ijma' tidak harus menasakhkan nas al-Qur'an dan Hadits, kerana apabila sesuatu nas itu qath'i maka tidak mungkin berlaku ijma' yang menyalahinya.
Seandainya pula ia zanni, maka kemungkinan berlaku ljma' menyalahinya. Namun begitu, Ijma' hanya berlaku dengan berdasarkan dalil yang kuat menurut pandangan 'ulama' yang telah bersepakat mengenai nas-nas tertentu.
5.Nasakh Ijma' Dengan AI-Qur'an Dan Hadits.
Sebagaimana tidak harus Ijma' menasakhkan al-Qur'an atau Hadits, begitu juga al-Quran atau Hadits tidak harus menasakhkan Ijma'. Hal itu kerana yang menasakhkan itu mestilah terkemudian daripada yang dinasakhkan. Sedangkan al-Qur'an dan Hadits mendahului ijma'.
kerana Ijma' diperlukan selepas kewaf'atan Nabi.
6.Nasakh Ijma' Dengan Ijma'
Ijma' tidak harus menasakhkan Ijma' yang lain. Hal tersebut kerana, apabila Ijma' terlaksana, maka wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya.
7.Nasakh Al-Qur'an Atau Hadits Atau Ijma' Dengan Qiyas.
Adalah tidak harus dinasakhkan al-Qur'an atau Hadits atau Ijma' dengan Qiyas, begitu juga tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Qur'an atau Hadits atau Ijma'. Hal tersebut kerana syarat sah Qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Qur'an dan Hadits dan ljma'.
Sekiranya Qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.
8.Nasakh Qiyas Dengan Qiyas
Adalah tidak harus qiyas menasakhkan qiyas lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan