Selasa, Disember 13, 2022

Tafsir asas quran nota 9(182-205)12s 17i(10)


Asas(usul) Tafsir  17i (10)

Nas Yang Tidak Boleh Dinasakh
Tidak semua perkara yang tersebut di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah boleh dinasakhkan. Ada di antaranya yang menerima penasakhan ada pula yang tidak boleh. Antara perkara yang tidak boleh dinasakhkan ialah:
1.Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperli sifat-sifat Allah, kekuasaan-Nya, perkara-perkara Sam'iyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya: Tentang alam barzah, syurga, neraka dan sebagainya.

2.Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan umat silam yang diterima oleh Nabi Muhamad s.a.w. melalui wahyu. Contohnya, kisah Ashab al-Kahfi, Zul Qarnain, Nabi Musa dan Firaun, Nabi Nuh dan kaumnya dan sebagainya.

3.Hukum-hukum syara' yang telah diputuskan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. serta melalui ijma' 'ulama'.

4.Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya: Keadilan, kebenaran, sifat amanah, kezaliman dan lainnya.

5.Hukum-hukum tentang furu' atau cabang syara' yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara'. Contohnya: Berjihad dan lain-lain'

Hikmat Nasakh
Jumhur 'ulama' muta'akkhirin sepakat mengatakan Nasakh memang berlaku dalam hukum syara'. Antara hikmat Nasakh ialah:
1. untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia, di mana kadang-kadang kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.

2.Dasar Islam yang tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu diturunkan secara beransur-ansur supaya manusia tidak rasa berat dan dapat menerima pembinaan hukum yang dibawa oleh Islam. contohnya terhadap hukum pengharaman riba, di mana ia datang dalam empat peringkat:

Peringkat Pertama: Allah menerangkan perbezaan antara riba dengan zakat.Firman Allah: Ar-Rum 30:39
وَمَآ ءَاتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَا۟ فِىٓ أَمْوَٰلِ ٱلنَّاسِ فَلَا يَرْبُوا۟ عِندَ ٱللَّهِۖ وَمَآ ءَاتَيْتُم مِّن زَكَوٰةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُضْعِفُونَ 
Bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan,supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.(ar-Ruum:39).

Peringkat Kedua: Allah menerangkan riba itu suatu perbuatan zalim. Firman Allah: 
An-Nisa' 4:160
فَبِظُلْمٍ مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُوا۟ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَٰتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ كَثِيرًا 
An-Nisa' 4:161
وَأَخْذِهِمُ ٱلرِّبَوٰا۟ وَقَدْ نُهُوا۟ عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَٰلَ ٱلنَّاسِ بِٱلْبَٰطِلِۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَٰفِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 
Bermaksud: Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.(160). 
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara
mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
(an-Nisaa:160-161).

Peringkat Ketiga: Allah melarang mengambil riba dengan cara dan gambaran yang tidak baik. Firman Allah:
Aal-e-Imran 3:130
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعَٰفًا مُّضَٰعَفَةًۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.(Aali 'Imraan:130).

Peringkat Keempat: Allah mengharamkan riba secara mutlak. Firman Allah: Al-Baqarah 2:275
ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 
Bermaksud: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli
itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan);
dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah:275).

Untuk mengemaskinikan hukum syara' dan mengembangkan perundangan Islam. Hal itu
memandangkan ada sesetengah hukum-hukum lslam yang diturunkan pada peringkat permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja.

Hikmat Nasakh dan Mansukh serta penurunan al-Qur'an secara beransur-ansur adalah bertepatan dengan sifat manusia yang lemah iaitu untuk memudahkan mereka memahami dan menghayati tuntutan dan pelaksanaan syari'at dengan lebih senang.

Selain itu ia juga untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam, khususnya masyarakat 'Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliyyah
meninggalkan kefahaman mereka secara beransur-ansur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan