Rabu, Disember 14, 2022

Tafsir asas quran nota 9(267-280)17s 17vi(04)



Asas(usul) Tafsir   17vi (04)

(21) Ayat terakhir sekali yang dikatakan telah mansukh oleh sesetengah pihak menurut apa yang disebut oleh as-Sayuthi ialah ayat berikut:

Al-Muzzammil 73:2 قُمِ ٱلَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا 
Bermaksud: Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit(daripadanya). (al-Muzzammil:2).

Ayat yang memerintahkan supaya bangun bersembahyang di sepanjang malam kecuali sedikit daripadanya itu dikatakan telah mansukh dengan ayat dari surah yang
sama, iaitu ayat ke-20 Surah al-Muzzammil. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

Al-Muzzammil 73:20
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلْقُرْءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى ٱلْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِۙ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنْهُۚ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًاۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًاۚ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ 
Bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam dan
selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadarmasa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu; olehitu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari al-Qur'an (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang
yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada
jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al-Qur'an dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah),apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan
yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Muzzammil:20).

Kemudian ayat ke-20 ini pula dikatakan mansukh dengan shalat fardhu lima waktu. Shah Walilyullah berkata, da'waan bahawa ayat terakhir Surah al-Muzzammil itu dimansukhkan dengan shalat fardhu lima waktu adalah suatu da'waan tanpa dalil. Ini kerana shalat tahajjud sebagaimana disyari'atkan sebelum shalat fardhu lima waktu, ia masih lagi disyari'atkan hingga ke hari ini. Ia tidak dimansukhkan dengan shalat fardhu lima waktu. Tidak benar juga mengatakan ayat ke-2 di permulaan Surah al-
Muzzammil dimansukhkan dengan ayat terakhirnya. Ini kerana perintah Allah supaya bangun bertahajjud itu bukan sebagai perintah fardhu atau wajib. Ia tidak lebih
daripada galakan yang agak kuat ( تأكيد الندب )untuk mengerjakan sembahyang sunat tahajjud. Ayat terakhirnya pula menghilangkan galakan yang agak kuat itu,
bagaimanapun ia masih tetap sebagai suatu yang sunat atau mandub.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan