Rabu, Disember 14, 2022

Tafsir asas quran nota 9(286-301)18s 17vii(02)


Asas(usul) Tafsir  17vii (02)

Bantahan Terhadap Dalil Pertama.
Golongan ketiga mengkritik dan mempertikaikan cara golongan kedua memahami ayat itu. Kesilapan golongan kedua bagi mereka terletak pada beberapa perkara:

(a) Mereka telah memakai perkataan ننسخ (Kami nasakhkan) dengan erti Kami mansukhkan atau Kami tukarkan hukum yang terdapat di dalam sesuatu ayat dengan hukum yang terdapat di dalam ayat lain yang diturunkan kemudian. Padahal perkataan nasakh menurut bahasa 'Arab tidak semestinya bererti begitu. Jika dilihat kepada erti nasakh yang telah diberikan sebelum ini, maka ada banyak sekali ertinya. Antaranya ialah:
(i) Nasakh dengan erti penghapusan.
(ii) Nasakh dengan erti perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
(iii) Nasakh dengan erti al-Izalah ataumenghilangkan.
(iv) Nasakh dengan erti an-Naqlu, iaitu pemindahan dari suatu tempat ke suaru tempat yang lain.
(v) Nasakh dengan erti at-Tabdil atau penukaran.
(vi) Nasakh dengan erti at-Tahwil atau pemalingan.
(vii) Nasakh dengan erti salin atau menyalin.
(viii) Dan lain-lain.
Mereka pula memakai perkataan itu menurut istilah mutaakkhirin yang diada-adakan oleh mereka sendiri, iaitu menasakhkan (menghilangkan / menukarkan /
menghapuskan) suatu hukum terdahulu dengan suatu hukum lain yang datangnya terkemudian!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan