Rabu, Disember 14, 2022

Tafsir asas quran nota 9(286-301)18s 17vii(05)

Asas(usul) Tafsir  17vii (05)

(d) Sesetengah 'ulama' dari kalangan golongan ketiga pula memakai perkataan آية didalam firman Allah ayat ke-106 Surah al-Baqarah itu dengan erti syari'at-syari'at
yang lalu. Maksudnya ialah "Tidak Kami mansukhkan mana-mana syari'at nabi terdahulu atau Kami lupakannya melainkan Kami datangkan syari'at lain yang lebih baik daripadanya sebagai ganti. Paling tidak pun Kami datangkan syari'at yang sebanding dengannya."
Ayat ini bagi mereka menunjukkan syari'at nabi terdahulu termansukh semuanya atau sebahagian daripadanya dengan syari'at yang dibawa oleh nabi selepasnya. Ini adalah suatu perkara yang disepakati oleh semua pihak. Tiada siapa pun yang mempertikaikan hakikat ini termasuk juga golongan ketiga.

(e) Jika diterima sekalipun perkataan آية di dalam ayat 106 Surah al-Baqarah itu sebagai ayat al-Qur'an sekalipun masih belum pasti ia menunjukkan bahawa sememangnya ada ayat-ayat al-Qur'an tertentu yang dimansukhkan dengan ayat lain. Apalagi untuk dikatakan ia dimansukhkan dengan hadits, ijma' atau dengan qias sebagaimana yang dida'wa oleh golongan yang menerima adanya nasakh secara
khususnya dalam bab hukum-hakam! Sebabnya ialah perkataan ما yang tersebut di permulaan ayat 106 adalah ما شرطية جزائية. Perkataan ننسخ adalah syaratnya. Dan rangkai kata نأت بخير منها pula adalah jawab bagi مالشرطية di permulaan ayat berkenaan. Sebagaimana apabila engkau berkata, من جاءك فأكرمه (Sesiapa datang kepadamu, maka muliakanlah dia), maka kata-katamu itu tidaklah menunjukkan secara pasti akan berlaku kedatangan, ia paling tinggi pun menunjukkan jika diandaikan ada sesiapa datang, maka mestilah engkau muliakannya. Demikian juga dengan ayat berkenaan, ia tidak menunjukkan sememangnya ada berlaku nasakh terhadap ayat-ayat tertentu. Ia hanyalah menunjukkan jika diandaikan berlaku nasakh terhadap mana-mana ayat al-Qur'an, maka mestilah Allah akan mendatangkan ayat yang lebih baik daripada ayat yang dinasakhkan, atau paling tidak pun yang setara dengannya.

Kesimpulannya ialah ayat itu tidak merupakan nas yang terang tentang berlakunya nasakh di dalam al-Qur'an.
Malah sebaliknya ia secara tidak langsung menunjukkan tentang tidak adanya nasakh di dalam al-Qur'an.
Keadaannya sama seperti firman Allah berikut ini:

Yunus 10:94
فَإِن كُنتَ فِى شَكٍّ مِّمَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ فَسْـَٔلِ ٱلَّذِينَ يَقْرَءُونَ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكَۚ لَقَدْ جَآءَكَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ
Bermaksud: Maka jika engkau (wahai Muhammad) berasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca
kitab (yang diturunkan) sebelummu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau temasuk (dalam kumpulan) orang-orang yang ragu-ragu. (Yunus:94).

Jelas sekali apa yang tersebut sebagai syarat di dalam ayat ini tidak berlaku. Memang tidak ada berlaku Nabi s.a.w. berasa ragu-ragu tentang apa yang Allah turunkan
kepadanya. Itu adalah suatu yang mustahil berlakunya kepada Nabi s.a.w. Olehkerana tidak ada berlaku syaratnya, maka tidak berlakulah pula jawabnya, iaitu tidak
ada berlakulah pula Nabi s.a.w. bertanya kepada orang-orang yang membaca kitab sebelumnya. Ayat itu seolah-olahnya menyatakan "Oleh kerana tidak ada sebarang keraguan dalam dirimu terhadap al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah kepadamu, maka tidak perlulah engkau bertanya Ahlil Kitab." Itulah sebabnya Nabi s.a.w.
melarang umatnya bertanya apa-apa kepada Ahlil Kitab, kerana mereka hanya akan mengacau-bilaukan ma'lumat yang sedia ada pada umat dengan memberikan ajaran
agama mereka yang mengarut dan telah diselewengkan.

Penggunaan uslub (gaya bahasa) syarat yang tidak berlaku, maka tidak berlakulah pula jawabnya seperti yang terdapat dalam ayat 94 Surah Yunus itu terdapat pada beberapa tempat lagi di dalam al-Qur'an. Supaya dapat difahami dengan betul uslub itu dibawah ini dikemukakan dua lagi contohnya. Allah berfirman:

Al-An'am 6:116
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Bermaksud: Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (al-An'aam:116).

Syarat yang disebut di dalam ayat 116 Surah al-An'aam itu ialah 'Jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi". Oleh kerana ia tidak berlaku, maka tidak berlakulah juga jawabnya, iaitu "niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah".

Az-Zumar 39:65
وَلَقَدْ أُوحِىَ إِلَيْكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Bermaksud: Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu, "Demi sesungguhnya! jika engkau
mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah), niscaya akan terhapuslah amalmu dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi. (az-Zumar:65).

Syarat yang disebutkan di dalam ayat ini ialah 'Jika engkau mempersekutukan (Allah)". Ia tidak berlaku, maka tidak berlakulah juga jawabnya, iaitu "niscaya akan
terhapuslah amalmu dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi". Begitulah juga dengan ayat 106 Surah al-Baqarah yang sedang kita bincangkan
sekarang. Oleh kerana tidak ada berlaku nasakh yang merupakan syarat di dalamnya, maka tidak adalah juga jawabnya, iaitu keperluan mendatangkan ayat lain yang lebih baik daripadanya atau yang setara dengannya. Uslub itu seolah-olahnya menyatakan maksud Allah yang sebenarnya, bahawa tiada pemansukhan, penukaran atau tindakan melupakan (nabi atau umat terhadap) mana-mana ayat al-Qur'an berlaku. Oleh itu tidak adalah keperluan Kami mendatangkan ayat lain yang lebih baik daripadanya
atau yang setara dengannya. Kerana sememangnya tidak ada yang lebih baik daripada al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah kepada NabiNya Muhammad s.a.w.

beberapa tempat lagi di dalam al-Qur'an. Supaya dapat difahami dengan betul uslub itu dibawah ini dikem
ukakan dua lagi contohnya. Allah berfirman:

Membawa ayat al-Qur'an lain sebagai ganti yang setara dengan yang sedia ada juga suatu perbuatan yang sia-sia. Kerana kalau ia sudah baik, untuk apa digantinya dengan ayat lain yang sama saja daripada segi kebaikan dengannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan