Asas(usul) Tafsir 18 (04)
Golongan Yang Tidak Menerima Tafsir Isyari Dan Alasan Mereka.
Antara tokoh tafsir yang menolak tafsir isyari ialah:
(i)Al-lmam Abul Hasan al-Waahidi. Ibnu as-Shalah di dalam Fatawanya menurut apa yang dinukilkan daripada beliau oleh az-Zarkasyi di dalam al-Burhannya, berkata: "Aku dapati Imam Abul Hasan al-Waahidi al-Mufassir berkata, "Abu 'Abdir Rahman as-Sulami telah mengarang 'Haqa'iq at-Tafsir'. Jika dia percaya bahawa apa yang ditulisnya itu tafsir, maka jadi kafirlah dia."
(az-Zarkasyi — al-Burhaan Fi 'Ulum al-Qur'an j.2 m/s 170).
(ii)Al-lmam an-Nasafi (Abul Barakaat 'Abdullah bin Ahmad bin Mahmud m.710H). Beliau di dalam Kitab 'Aqa'idnya berkata, "Nas-nas al-Qur'an adalah mengikut makna zahirnya. Berpaling daripadanya kepada makna-makna yang dida'wa oleh Ahlul Bathin adalah ilhad (kekufuran). (Al'Aqaa'id an-Nasafiyyah m/s 166).
(iii)Al-lmam Sirajuddin al-Bulqini ('Umar bin Ruslan bin Nashir bin Saleh al-Kinaani al-Bulqini m.805H). As-Suyuthi di dalam al-ltqaan berkata, "Pernah Syeikhul Islam al-Bulqini ditanya tentang seseorang yang mentafsirkan firman Allah berikut:مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ
Al-Baqarah 2:255
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ [مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ] إِلَّا بِإِذْنِهِۦۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.
dengan mengatakan bahawa ma'nanya ialaمَن ذَلَّ (sesiapa yang menghinakan) dan adalah isyarat kepada النفس (nafsu). يَشْفَ pula fi'il mudhari' majzum daripada dan ia menjadi jawab bagi عُ، مَنْ pula adalah fiil amar daripada perkataan الوعي . Jadi ma'nanya ialah sesiapa yang menghinakan nafsu, ia sembuh. Sedarlah! Maka Syeikhul Islam al-Bulqini memfatwakan orang yang mentafsirkan begitu sebagai mulhid (kafir dengan sebab memutar belit dan memesongkan ma'na ayat al-Quran). (al-ltqaan j.2 m/s 236).
Antara alasan mereka kenapa tafsir isyari tidak dibenarkan ialah:
(1) Bahasa yang terpakai di dalam al-Qur'an adalah bahasa 'Arab tulen. Ma'na isi kandungan dan struktur ayatnya tentulah menurut apa yang difahami dan diketahui oleh bangsa Arab yang menggunanya. Sesuatu yang tidak diketahui dan dimengerti oleh orang Arab tentu sekali tidak boleh dianggap sebagai dimaksudkan dengan bahasa tulen itu. Jika ia tidak mengikut qaedah bahasa 'Arab bagaimana mereka akan memahaminya? Oleh itu tidak haruslah al-Quran itu ditafsirkan apa lafaz-lafaznya.
(2)Tafsiran yang menyalahi zahir bahasa Arab akan membawa al-Quran daripada maksud dan tujuannya. sebagai contoh lihat saja betapa tafsiran telah dibuat seorang yang dianggap sebagai as-Syeikh al-Akbar oleh orang-orang sufi iaitu Ibnu Arabi.
Beliau telah mentafsirkan firman Allah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama saja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran. mereka tidak juga akan beriman. (alBaqarah:6),
dengan mengatakan: "Wahai Muhammad... Sesungguhnya orang-orang kafir, mereka menyembunyikan cinta mereka kepadaKu... Biarkan mereka. Sama saja kepada mereka sama ada engkau beri amaran yang aku utuskan engkau membawanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman dengan kata-katamu. Kerana mereka tidak fikir selain Aku. Engkau pula memberi amaran kepada mereka dengan makhlukKu. Padahal mereka tidak dapat mengerti dan tidak nampak pun makhluk yang engkau ancam mereka dengannya itu. Bagaimana mereka akan beriman kepadamu, sedangkan Aku telah mengunci hati mereka . Aku tidak tinggalkan langsung ruang di dalam hati mereka untuk selainKu. Pada pendengaran mereka ada penutup. Mereka tidak mendengar kalam yang lain di dalam alam ini selain daripadaKu. Pada penglihatan mereka juga ada penutup berupa keindahanKu ketika menyaksikan Akü. Mereka tidak nampak lagi selainKu.
(al-Futuhaat al-Makkiyyah j.1 m's 115).
(3)Tafsir isyari seperti yang dibuat oleh orang-orang sufi itu tidak pernah dinukilkan daripada Salaf as-Saleh, baik dari kalangan sahabat, tabi'in atau tab'i at-tabi'in. Meskipun mereka lebih mengerti tentang Kitab Allah dan lebih mengerti Bahasa arab daripada orang-orang lain. Sekiranya tafsiran seperti itu telah ada di kalangan mereka, sudah tentu ia dinukilkan kepada kita seperti mana dinukilkan perkara-perkara lain. Apabila terbukti tidak ada nukilan daripada mereka mengenainya, dapatlah disimpulkan bahawa tafsiran itü tidak pernah wujud semasa mereka. Adalah tidak masuk akal jika dikatakan orang lain telah membawa tafsir yang Iebih baik daripada tafsir mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan