Asas(usul) Tafsir 18 (03)
Hukum Tafsir Isyari
Para ulama berbeda pendapat tentang tafsir isyari. Apakah semua tafsir isyari itu salah atau ada juga antaranya yang boleh diterima? Mereka terbahagi kepada tiga golongan dalam menghadapi persoalan ini.
(1) Golongan pertama terdiri daripada orang-orang yang tidak mengharuskan pentafsiran al-Qur'an melainkan menurut apa yang zahir daripada kehendak bahasa 'Arab dan apa yang dinukilkan daripada Nabi dan para sahabat baginda. Bagi mereka tidak ada di dalam al-Qur'an itu apa yang dinamakan sebagai tafsiran batin.
(2)Golongan kedua terdiri daripada orang-orang yang berpendapat, al-Quran harus ditafsirkan walaupun tidak menurut zahir bahasa 'Arab. Ini kerana al-Qur'an ada ma'na zahir dan ada juga ma'na batinnya. Golongan ini terlajak sehingga berani mentafsirkan al-Qur'an meskipun bercanggah dengan tafsiran yang ma'ruf dari golongan sahabat dan tabiin. Pendapat golongan ini salah dan tidak boleh diterima sarna sekali.
(3)Golongan ketiga terdiri daripada orang-orang yang berpendapat memanglah tafsir yang benar dan terbaik ialah tafsiran yang dinukilkan daripada Nabi s.a,w. dan para sahabat serta tafsiran yang bersesuaian dengan tuntutan zahir bahasa arab, tetapi di dalam al-Quran juga
terdapat isyarat-isyarat yang tersembunyi. la kadangkala disingkapkan kepada hati sesetengah auliya' Allah dan hamba-hambaNya yang saleh. Isyarat-isyarat itu bagaimanapun tidaklah menyalahi ma'na zahir al-Qur'an yang dimaksudkan. Malah ia bertepatan dengan ma'na ahir yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan