Isnin, Disember 12, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)279-311s 18(06)



Asas(usul) Tafsir 18 (06)

Perbezaan Di Antara Tafsir Isyari Golongan Sufi Yang Benar Dan Tafsir Isyari Golongan Bathiniah.

Sememangnya terdapat perbezaan di antara tafsir isyari as-Salaf as-Saleh dan golongan sufi yang benar dengan tafsir isyari golongan bathiniah dan Qaramithah. Golongan as-Salaf as-Saleh dan sufi yang benar tidak menghalang daripada tafsiran al-Qur'an berdasarkan ma'na zahirnya. mereka malah menggalakkan orang ramai memakai ma'na zahirnya di samping mereka sendiri beramal pula dengan tuntutan dan kehendaknya. Sedangkan golongan bathiniah dan Qaramithah pula langsung tidak mahu menerima makna zahir al-Qur'an dan menafikan ma'na zahirnya sebagai ma'na yang dikehendaki Allah. Mereka begitu sewenang-wenang memberikan makna-makna yang langsung tidak ada kena mengena dengan zahir kalam Allah. Bagi mereka, setiap potong ayat al-Quran boleh berubah-ubah ma'nanya mengikut keadaan dan zaman. Sesuatu ayat al-Quran juga mungkin mempunyai beberapa ma'na yang saling berlawanan dan bertentangan. Selain itu. bahagian permulaan sesuatu ayat al-Qur'an mungkin memberi suatu ma' na yang tiada langsung kaitannya dengan bahagian hujungnya.

Syaarat-Syarat Untuk Diterima Tafsir Isyari.
Kata al-lmam Ibnu al-Qaiyyim di dalam kitabnya at-Tibyaan Fi Aqsaam al-Qur'an "Tafsir orang ramai (umat Islam) berputar di atas tiga prinsip berikut:
(1)Tafsir berpandukan lafaz al-Qur'an. la adalah cara yang dipilih oleh golongan muta'akkhirun.
(2) Tafsir berdasarkan makna al-Quran. lnilah cara tafsir yang dipilih oleh golongan Salaf.
(3 Tafsir berpandukan isyarat. lnilah cara tafsir yang dipilih oleh ramai golongan sufi dan orang-orang lain selain mereka. 
Cara ini juga boleh digunakan dengan empat syarat
berikut:
(i) la hendaklah tidak bercanggah dengan makna ayat 
(yang asal). 
(ii) Ia sendiri merupakan makna yang benar. 
(iii)Terdapat pada lafaz ayat sesuatu isyarat yang menunjukkan kepadanya. 
(iv) Pertalian di antara ma'na isyari dan makna asal ayat sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan. Jika keempat-empat syarat ini ada, maka  yang dibuat sebagai tafsir isyari itu akan elok.

Az-Zarqaani di dalam Manahilu al-Irfaan menulis:
"Sesungguhnya tafsir isyari itu tidak boleh diterima melainkan apabila ada lima syarat berikut:
(l) la hendaklah tidak bertentangan dan bercanggah dengan makna yang zahir daripada kalam Allah.
(2) la tidak dida'wa sebagai satu-satunya kehendak Allah selain daripada makna zahirnya.
(3) la tidak terhasil daripada ta'wilan yang jauh dan dangkal terhadap ayat-ayat al-Qur'an.
(4) la tidak bercanggah dengan dalil-dalil syar'i dan aqli.
(5) Terdapat bukti dan dalil serta sokongan daripada syara yang menyokongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan