Asas(usul) Tafsir 18 (07)
Penyelewengan Tafsir Al-Quran Di Kalangan Syi'ah.
Golongan Syi'ah juga banyak melakukan penyelewengan dan pemesongan terhadap lafaz-lafaz dan al-Qur'an seperti golongan Batiniah. Mereka juga mempunyai banyak puak dan pecahan. Antara puak Syiah yang paling popular dan paling ramai pengikutnya hingga ke hari ini ialah puak Syi'ah Imam Dua Belas, puak Syiăah Ismailiah dan puak Syi'ah Zaidiah. Bagaimanapun yang mempunyai kitab-kitab paling banyak, khususnya dalam bidang tafsir ialah Puak Syiah Imam Dua Belas.
Oleh kerana Syi'ah imam dua belas itu lebih popular di zaman sekarang dan merekalah yang paling banyak melakukan penyelewengan terhadap al-Qur'an, sama ada penyelewengan pada perkataannya atau pada maknanya. Bahkan bukan sekadar itu sahaja, mereka malah mempercayai al-Qur'an yang ada di tangan umat Islam hari ini bukanlah al-Qur'an yang asli. la tidak lebih daripada al-Quran yang telah ditokok tambah kandungannya oleh para sahabat Nabi s.a.w.
Di bawah ini dikemukakan beberapa penyelewengan mereka terutamanya yang berkaitan dengan aqidah. Terlebih dahulu eloklah diketahui 'aqidah-'aqidah yang mendorong mereka memesongkan al-Qur'an supaya bersesuaian dengannya:
(i) 'Aqidah imamah
(ii) 'Aqidah 'ishmah
(iii) Aqidah raj'ah
(iv) takfir taqiyyah
(v)Aqidah takfir sahabat
(vi)Aqidah tahrif al-Qur'an
(vii)Kepercayaan kepada Imam Mahdi.
Antara contoh penyelewengan al-Quran oleh Syiah:
(1) Firman Allah di dalam Surah al-Fatihah:
Al-Fatihah 1:6 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Al-Fatihah 1:7
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Bermaksud: Tunjukilah kami jalan lurus. (6) Jalan orang-orang telah beri ni'mat kepada mereka; bukan jalan meregka dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat (7). (al-Faatihah:6-7).
Golongan syi'ah pula meriwayatkan daripada Jaafar as-Shadiq bahawa beliau berkata itu begini sebenarnya:
اهدنا الصر اط المستقيم صراط من أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم وغير الضالين
(2)Firman Allah didalam Surah Yassin:
Ya Sin 36:12
إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا۟ وَءَاثَٰرَهُمْۚ [وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ ]
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan [dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab
Mahfuzh) yang nyata]. (Yasiin: 12).
Golongan Syiah meriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa bila ayat dalam [..]diturunkan. Abu Bakar dan Umar bangkit Ialu berkata. "Wahai Rasulallah, ia (إمام مبين )adalah Taurat. Nabi s.a.w. bersabda, "Bukan". Mereka berdua berkata pula. "Kalau begitu ia adalah al Qur'an." Jawab Nabi s.a.w. "Bukan", Pada ketika itu didatanglah Amirul Mu'minin ('Ali). Lantas Rasulullah saw bersabda , Ia adalah dia ini. Sesungguhnya dialah iman yang Allah catitkan pengetahuan segala sesuatu padanya. Mereka juga meriwayatkan daripada Amiril Mukminin bahawa beliau berkata أنا والله الإمام البين (lihat tafsir al Qummi m/s 548 Tafsir as-Shafi j.2 m/s 421)
(3)Berhubung dengan firman Allah dibawah ini:
Al-Layl 92:3 وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ
Bermaksud; dan (demi) penciptaan laki-laki dan perempuan (al-Lail:3).
Menurut Syiah, Muhammad al-Baqir diriwayatkan mereka ٱلذَّكَرَ dengan 'Ali. Dan وَٱلْأُنثَىٰٓ dengan Fathimah.
(Mir'aat al-Anwaar m/s 48).
(4)Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah ar-Rahman:
Ar-Rahman 55:16 فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Bermaksud: Maka yang mana satu di antara ni'mat-ni'mat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahman: 16).
Tafsiran yang diberikan untuk ayat ini di dalam Tafsir al-Qummi m/s 680 adalah begini:
يعني فبأي النعمتين تكفران بمحمد أم بعلي
(Yang mana satu daripada dua ni'mat Tuhan kamu, yang hendak kamu kufuri, Muhamadkah atau 'Ali?).
(5)Semua perkataan الفساد dan segala pecahannya di dalam al-Qur'an ditafsirkan oleh Syiah dengan Abu Dakar, 'Umar dan Utsman.
(6) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-Hijr:
Al-Hijr 15:44 لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَٰبٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ
Bermaksud: la (Jahannam itu) mempunyai tujuh pintu: bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu). (al-Hijr:44).
Al-'Ayyasyi meriwayatkan daripada Abi Bashir daripada Jafar as-Shadiq bahawa beliau berkata: "Dibawakan Jahanam . la mempunyai tujuh pintu. Pintu pertamanya untuk Si Zalim, iaitu Zuraiq (Saiyyidina 'Umar). Pintu keduanya untuk Habtar (Saiyyidina Abu Bakar). Pintu ketiganya untuk yang ketiga (Saiyyidina 'Utsman). Pintu keempatnya untuk Muaawiah, pintu kelimanya untuk 'Abdul Malik, pintu keenamnya untuk 'Askar bin Hausar. Pintu ketujuh untuk Abi Salaamah. Mereka merupakan pintu-pintu bagi orang-orang yang mengikut mereka.
(Lihat Tat-sir Ayyasyi j.2 m/s 243. TatMr al-Burhann j.2 m/s 345),
(7)Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah an-Nahl:
An-Nahl 16:16 وَعَلَٰمَٰتٍۚ وَبِٱلنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ
Bermaksud: Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (an-Nahl: 16).
Ahli-ahli Tafsir Syi'ah meriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir (imam ke-lima Syiah) bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya Allah melantik 'Ali di antaraNya dan hamba-hambaNya." Mereka juga meriwayatkan daripada Ja'far as-Shadiq bahawa beliau berkata: "Perkataan النجم yang tersebut di dalam ayat itu bererti Rasulullah s.a.w. Dan Perkataan وعلامات pula bereti para imam.
(Lihat Tafsir al-Qummi m/s 858, Tafsir as-Shafij.2 m/s 282).
(8) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
Al-Baqarah 2:256
لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ[ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ ] لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Bermaksud: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada [buhul tali] yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256).
Perkataan العروة الوثفى yang tersebut di dalam ayat itu menurut tafsir Syiah Wilayah dan Imamah para imam dua belas.
(Lihat Tafsir al-Qummi m/s 75, Mir'aat al-Anwaar m/sl 66).
(9) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-A'raaf:
Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakar: kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan RahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (al-Araaf:156).
Kitab tafsir Syi'ah mentafsirkan كل شيء yang tersebut di dalam ayat di atas dengan كل شيعة. Jadi maksud firman Allah itu menurut mereka ialah "dan rahmatKu meliputi setiap orang Syi'ah.
(10) Berhubung dengan firman Allah di bawah ini:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ
Bermaksud Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa.(al-Hujuraat: 13),
Al-Hujurat 49:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.
Ja'far as-Shadiq dikatakan telah mentafsirkannya dengan berkata: أععملكم بالتقية(Orang yang paling kuat mengamalkan taqiyyah. Jadi maksud firman Allah itu menurut tafsiran Imam Ke-enam Syi'ah ialah "Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling kuat mengamalkan taqiyyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan