Jumaat, Disember 09, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)326-357s 20(09)


Asas(usul) tafsir  20(09)
(b) Di Bidang Ilmu Falak Dan Kaji Bintang (Astronomi):
(1) Firman Allah di dalam Surah al-An'aam, ayat 101:
Al-An'am 6:101
بَدِيعُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُۥ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُۥ صَٰحِبَةٌۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak, sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu. (al-An'aam:101 ).

Firman Allah ini menjelaskan tentang kejadian alam semesta.
Maklumat yang diberikan al-Qur'an ini sepenuhnya sesuai dengan penemuan sains moden. Kesimpulan yang dicapai astrofizik sa'at ini adalah bahawa seluruh alam semesta, bersamaan dengan dimensi benda dan waktu, muncul sebagai akibat dari ledakan besar yang terjadi dalam ketiadaan waktu. Peristiwa ini, yang dikenal sebagai 'Big Bang", membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai hasil ledakan satu titik tunggal. Kalangan ilmiah moden sependapat bahawa 'Big Bang" adalah satu-satunya penjelasan masuk akal yang dapat dibuktikan untuk permulaan dan pembentukan alam semesta.

Sebelum ”Big Bang", tidak ada benda. Dari kondisi ”ketiadaan” ketika benda, tenaga, bahkan waktu, tidak ada, dan kondisi itu hanya dapat digambarkan secara metafizik benda, tenaga, dan waktu diciptakan. Fakta yang ditemukan baru-baru ini oleh fizik moden telah diumumkan kepada kita dalam al-Quran 1400 tahun lalu.

(2) Firman Allah di dalam Surah adz-Dzariyat ayat 47:
Adh-Dhariyat 51:47وَٱلسَّمَآءَ بَنَيْنَٰهَا بِأَيْي۟دٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ 
Bermaksud: Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar memperluaskan(nya). (adz-Dzariyaat:4-7).

Perlu diingat, al-Qur'an diturunkan lebih 14 abad lalu, ketika ilmu astronomi masih primitif, ia telah pun menyebutkan tentang perluasan alam semesta melalui ayat ke-47 Surah Adz-Dzariyaat ini.

Perkataan "langit", seperti tersebut dalam ayat ini, digunakan di pelbagai tempat dalam al-Qur'an dengan erti ruang angkasa dan alam semesta. Di sini, perkataan itu juga digunakan dengan erti tersebut. Dengan kata lain, dalam al-Qur'an diungkapkan bahawa alam semesta mengalami "perluasan". Dan ini tepat seperti kesimpulan yang dicapai sains pada masa ini.

Sampai awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang berlaku di dunia sains adalah bahawa "alam semesta mempunyai sifat tetap dan ada sejak waktu tak ber-hingga". Tetapi, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi moden mengungkapkan bahawa alam semesta sesungguhnya mempunyai permulaan, dan bahawa ia secara terus-menerus meluas.

Pada awal abad ke-20, ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgium, Georges Lemaitre, berdasarkan teori telah menghitung bahawa alam semesta bergerak secara berterusan dan bahawa ia meluas.

Fakta ini telah dibuktikan juga dengan data pengamatan pada tahun 1929. Mengamati langit dengan teropong bintang, Edwin Hubble, ahli astronomi Amerika, menemukan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi secara berterusan saling menjauhi. Alam semesta. ketika segalanya bergerak saling menjauhi bererti ia secara berterusan meluas. 

Pengamatan yang dilakukan pada tahun berikutnya memastikan bahawa alam semesta secara berterusan berkembang. Fakta ini telah dijelaskan di dalam al-Qur'an ketika hal itu belum diketahui siapa pun. Ini kerana al-Qur'an adalah firman Allah, Yang Maha Pencipta, dan Maha Menguasai seluruh alam semesta.

(3) Tentang orbit matahari dan bulan, Allah berfirman di dalam Surah al-Anbiyaa', ayat 33:
Al-Anbiya 21:33
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ كُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 
Bermaksud: Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (al-Anbiyaa':33).

Dalam ayat lain pula Allah menyebutkan bahawa matahari tidak statik tetapi bergerak dalam orbitnya:
Ya Sin 36:38 وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 
Bermaksud: Dan matahari beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui. (Yasiin:38).

Fakta-fakta yang telah disampaikan al-Qur'an ini ditemukan dengan pengamatan ilmu bintang di masa kini. Menurut perhitungan ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan sangat tinggi iaitu 720.000 kilometer/jam ke arah bintang Vega dalam orbit tertentu yang disebut Solar Apex. Hal ini bererti bahawa matahari bergerak kira-kira 17,280,000 kilometer/hari. Bersama matahari, semua planet dan satelit di dalam sistem graviti matahari juga menempuh jarak yang sama. Lebih jauh, semua bintang di alam semesta berada dalam gerakan terencana yang sama.
Bahawa seluruh alam semesta dipenuhi jalur dan orbit seperti ini, memang disebutkan dalam al-Qur'an sebagai berikut:
Adh-Dhariyat 51:7وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْحُبُكِ 
Bermaksud: Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya. (adzDzariyaat: 7).

Ada sekitar 200 galaksi di alam semesta yang terdiri dari hampir 200 juta bintang pada setiap galaksi. Sebahagian besar bintang mempunyai planet, dan sebahagian besar planet mempunyai satelit. Semua benda luar angkasa ini bergerak dalam orbit yang diperhitungkan dengan tepat. Selama berjuta-juta tahun, setiap benda langit ini "beredar” pada orbitnya sendiri dalam keselarasan dan keteraturan sempurna dengan yang lainnya. Selain itu, komet juga bergerak bersama di orbit-orbit yang ditentukan bagi mereka.

Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda angkasa. Galaksi juga berjalan dengan kecepatan luar biasa pada orbit yang terencana dan diperhitungkan. Selama pergerakan ini, tidak ada satu pun benda angkasa memotong jalur sesamanya, atau berlanggaran.
Tentu saja pada waktu al-Qur'an diturunkan, umat manusia tidak mempunyai teropong bintang masa kini atau teknologi pengamatan yang maju untuk mengamati jutaan kilometer ruang angkasa, juga tidak mempunyai pengetahuan fizik atau astronomi moden. Kerananya, pada waktu itu, tidak mungkin menentukan secara ilmiah bahawa ruang angkasa "mempunyai jalan-jalan" seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Qur'an, Tetapi, ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam al-Qur'an yang diturunkan pada waktu itu, membuktikan al-Qur'an adalah firman Allah.

(4) Di dalam al-Qur'an, Allah mengarahkan perhatian kita kepada sifat langit yang sangat menarik iaitu langit sebagai atap atau bumbung yang terpelihara:
Al-Anbiya 21:32 وَجَعَلْنَا ٱلسَّمَآءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًاۖ وَهُمْ عَنْ ءَايَٰتِهَا مُعْرِضُونَ 
Bermaksud: Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap (bumbung) yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari (memerhatikan) tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang terdapat padanya. (alAnbiyaa':32).

Sifat langit ini telah dibuktikan dengan penyelidikan saintifik yang dilakukan pada abad ke-20.

Atmosfera yang menyelimuti bumi mempunyai fungsi penting demi kesinambungan kehidupan. Di samping menghancurkan banyak tahi bintang (meteor) besar dan kecil yang mendekati bumi, atmosfera mencegah mereka jatuh ke bumi dan membahayakan makhluk hidup.

Selain itu, atmosfera menyaring cahaya dari luar angkasa yang berbahaya bagi makhluk hidup. Uniknya, atmosfera membiarkan masuk cahaya yang bermanfa'at dan tidak berbahaya, seperti sinar tampak (visible light), sinar ultraviolet-dekat, dan gelombang radio. Semua radiasi ini sangat pentíng bagi kehidupan, Sinar ultraviolet-dekat, yang hanya sebahagian kecil dibiarkan masuk Oleh atmosfera, sangat penting untuk fotosintesis tumbuhan dan untuk pertahanan hidup semua makhluk. kebanyakan sinar ultraviolet yang kuat dari matahari disaring Oleh lapisan ozon atmosfera dan hanya bahagian terbatas dan penting dari spektrum ultraviolet yang mencapai bumi.

Fungsi melindungi atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesejukan luar angkasa yang membekukan, iaitu sekitar minus 270 darjah Celcius.

Tidak hanya atmosfera yang melindungi bumi dari efek berbahaya. Selain atmosfera, Sabuk Van Allen - lapisan yang ditimbulkan medan magnet bumi - juga bertindak sebagai perisai terhadap radiasi berbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi ini, yang secara berterusan dipancarkan matahari dan bintang Iain, sangat mematikan bagi makhluk hidup. Jika Sabuk Van Allen tidak ada. semburan matahari — ledakan energi sangat dahsyat yang sering terjadi pada matahari — akan menghancurkan semua kehidupan di atas bumi.

Energi yang dipancarkan dari satu semburan yang dapat dikesan baru-baru ini telah dihitung iaitu setara dengan 100 juta kali bom atom yang pernah dijatuhkan di Hiroshima. Lima puluh lapan jam setelah ledakan, diamati bahawa jarum magnet pada kompas menunjukkan pergerakan yang tidak biasa, dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi. suhu tiba-tiba meningkat hingga 2,500 darjah Celsius.

Kesimpulannya, sebuah sistem sempurna berkerja di atas bumi. la menyelimuti dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Para saintis mempelajari tentang hal itu hanya baru-baru ini. Tetapi berabad-abad lalu Allah telah pun memberi tahu kita dalam al-Qur'an tentang atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai.

(5) Firman Allah berkenaan dengan langit yang
mengembalikan:

Ayat ke-11 Surat at-Thaariq dalam al-Qur'an merujuk kepada fungsi "mengembalikan" yang dimiliki langit:

At-Tariq 86:11وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ 
"Demi langit yang mempunyai sistem kitaran dan pusingannya." (Ath-Thaariq: 11 ).

"Sistem kitaran" dalam terjemahan al-Qur'an, juga bererti "mengirimkan kembali" atau "mengembalikan".

Sebagaimana diketahui, atmosfera yang melapisi bumi terdiri dari banyak lapisan. Masing-masing lapisan mempunyai fungsi penting demi kelangsungan hidup penyelidikan telah mengungkapkan bahawa lapisan-lapisan ini mempunyai fungsi mengembalikan material atau sinar yang mengenainya ke ruang angkasa atau kembali ke bumi.

 Sekarang, mari kita kaji dengan beberapa contoh fungsi "pengembalian" dari lapisan yang melingkari bumi.

Troposfera, 13-15 kilometer di atas bumi, memungkinkan wap air naik dari permukaan bumi untuk dikondensasikan dan dikembalikan ke bumi sebagai hujan.

Lapisan Ozon, pada ketinggian 25 kilometer, mengembalikan sinar kosmik dan sinar ultraviolet yang berbahaya ke angkasa.

Ionosfera memantulkan siaran gelombang radio dari bumi kembali ke pelbagai tempat lain di bumi, menyerupai satelit komunikasi pasif, dan dengan demikian memungkinkan komnikasi tanpa kabelm siaran radio dan televisyen jarak jauh.

Lapisan magnetosfera memantulkan bahan radioaktif berbahaya yang dipancarkan matahari dan bintang lain kembali ke ruang angkasa sebelum menjangkau bumi.

Fakta sifat atmosfera yang baru diketahui belum lama ini telah diumumkan berabad-abad lalu dalam al-Quran, sekali lagi menunjukkan bahasa al-Quran adalah firman Allah s.w.t.

(6) Firman Allah berkenaan dengan Lapisan Atmosfera.
Satu fakta tentang alam semesta yang diungkap dalam ayat-ayat al-Quran adalah bahawa langit terdiri dari tujuh lapisan:
Al-Baqarah 2:29
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah: 29).

Kata "langit" yang muncul dalam banyak ayat al-Quran digunakan untuk merujuk kepada langit di atas bumi, di samping keseluruhan alam semesta. Mengingat erti kata ini, terlihat bahawa langit bumi, atau atmosfera, terdiri dari tujuh lapisan.

Memang sa'at ini diketahui bahawa atmosfera bumi terdiri dari lapisan-lapisan yang berbeda yang letaknya saling bertumpukan. Lebih jauh, langit terdiri dari tujuh lapisan sebagaimana yang digambarkan al-Quran. Dalam sebuah sumber ilmiah, hal ini dihuraikan seperti berikut:

Ilmuwan telah menemukan bahawa atmosfera terdiri dari beberapa lapisan... Setiap lapisan memiliki sifat fizik berbeda seperti tekanan dan jenis gas. Lapisan atmosfera terdekat dengan bumi disebut TROPOSFERA yang mengandung sekitar 90% massa total atmosfera. Lapisan di atas troposfera disebut STRATOSFERA. LAPISAN OZON adalah bahagian dari stratosfera yang menjadi tempat penyerapan Sinar ultraungu. Lapisan di atas stratosfera disebut MESOSFERA. TERMOSFERA berada di atas mesosfera. Gas terionisasi yang membentuk lapisan di dalam termosfera disebut IONOSFERA. Bahagian terluar atmosfera bumi dimulai dari ketinggian sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini disebut EKSOSFERA.

Jika kita menghitung jumlah lapisan yang disebutkan sumber ini. kita lihat bahawa atmosfera terdiri tepat tujuh lapisan, sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas: 1.Troposfera 
2.Stratosfera
3.Ozonosfera
4.Mesosfera
5.Termosfera
6.Ionosfera
7.Eksosfcra

Keajaiban penting lainnya dalam hal ini disebutkan dalam pernyataan firman Allah berikut:
Fussilat 41:12
فَقَضَىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَاتٍ فِى يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِى كُلِّ سَمَآءٍ أَمْرَهَاۚ وَزَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِمَصَٰبِيحَ وَحِفْظًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 
Bermaksud: Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, Iagi Maha Mengetahui. (Fusshilat: 12).

Dengan kata lain, dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Dia memberi setiap lapisan tugas masing-masing. Sesungguhnya, seperti yang dapat dilihat pada bahagian sebelumnya, setiap lapisan ini mempunyai tugas-tugas utama dan penting demi keuntungan umat manusia dan semua makhluk hidup lainnya di bumi. Setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu, dari membentuk hujan hingga mencegah sinar berbahaya, dari memantulkan gelombang radio hingga menolak efek berbahaya meteor.

Merupakan keajaiban besar bahawa fakta-fakta di atas telah dipaparkan dalam al-Qur'an 1400 tahun lalu, padahal pada ketika itu tanpa teknologi abad ke-20 mustahil manusia mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan