Jumaat, Disember 09, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)326-357s 20(8)


Asas(usul) tafsir 20(8)
Beberapa Contoh Kecocokan Dan Persamaan Firman Allah Di Dalam Al-Qur'an Dengan Penemuan Sains Moden Yang Berautoriti.

(a) Di Bidang Kaji Hayat (Biologi):
(1) Firman Allah di dalam Surah al-'AIaq, ayat 1-3:
Al-'Alaq 96:1ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ 
Al-'Alaq 96:2خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ 
Al-'Alaq 96:3ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ

Bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan (1) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.(3) (al-Alaq: 1-3).

Jika kita terus mempelajari fakta-fakta yang dikemukakan dalam al-Qur'an mengenai pembentukan dan kejadian manusia, kita akan menjumpai keajaiban saintifik yang sangat menarik.
Ketika sperma lelaki bergabung dengan sel telur wanita, intisari bayi yang akan lahir terbentuk. Sel tunggal yang dikenal sebagai "zigot" dalam ilmu biologi ini akan segera berkembang biak dengan membelah diri hingga akhirnya menjadi "segumpal daging." Tentu saja hal ini hanya dapat dilihat oleh manusia dengan bantuan mikroskop.

Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya begitu saja. la melekat pada dinding rahim seperti akar yang kukuh menancap di bumi dengan serabutnya. Melalui hubungan ini, zigot mampu mendapatkan zat-zat penting dari tubuh si ibu bagi pertumbuhannya.

Pada tahap ini, satu keajaiban penting dari al-Qur'an terungkap. Ketika meruju' kepada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan perkataan "al-'alaq" dalam alQur'an:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah." (al-A'laq: 1-3) 

Erti kata "al-' alaq" dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang melekat pada suatu tempat." Perkataan ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan sesuatu seperti lintah yang melekat pada tubuh untuk mengisap darah. Ini kerana al-'alaq juga dalam bahasa Arab bererti lintah atau pacat dan segumpal darah.

Tentunya penggunaan perkataan yang seperti itu tepat sekali untuk zigot yang sedang membesar dan mengembang dalam rahim ibu, ia membuktikan bahawa al-Qur'an merupakan wahyu dari Allah, Tuhan Semesta Alam.

(2) Firman Allah di dalam Surah al-Mu'minun, ayat 14:
'Al-Mu'minun 23:14

ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَٰمًا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَٰمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَٰلِقِينَ 
Bermaksud: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) Iain. Maka Maha sucilah Allah, sebaik-baik Pencipta. (al-Mu'minun: 14).

Firman Allah ini menyebutkan tentang tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalamnya bahawa di dalam rahim ibu, tulang-tulang terbentuk lebih dahulu, kemudian terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.

Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim .Hingga akhir-akhir ini, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan embrio terbentuk secara bersama. Kerananya sekian lama, ramai orang mengatakan ayat ini bertentangan dengan sains. Namun, penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan bantuan teknologi baharu telah membuktikan bahawa pernyataan alQur'an adalah benar kata demi katanya.

Penelitian di peringkat mikroskopik ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara seperti yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama; jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel otot yang terpilih dari jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.

Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah yang berjudul Developing Human dengan kenyataan berikut:
"Dalam minggu ketujuh rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuk yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, otot-otot menempati kedudukannya di sekeliling bentukan tulang."

Ringkasnya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam alQur'an, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi moden.

(3) Firman Allah di dalam Surah az Zumar, ayat 6:

Az-Zumar 39:6
خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْأَنْعَٰمِ ثَمَٰنِيَةَ أَزْوَٰجٍۚ يَخْلُقُكُمْ فِى بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ خَلْقًا مِّنۢ بَعْدِ خَلْقٍ فِى ظُلُمَٰتٍ ثَلَٰثٍۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ ٱلْمُلْكُۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ 
Bermaksud: Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia jadikan daripada jenisnya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan (yang mutlaq). Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (az Zumar: 6).

Demikianlah al-Qur'an memaparkan manusia diciptakan melalui tiga tahap di dalam rahim ibunya.
Ayat ini menunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan di dalam tubuh ibunya melalui tiga tahap yang berbeda. Tepat sekali , biologi moden telah menegaskan bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga fasa yang berbeza didalam rahim ibu. Hari ini semua buku pelajaran embriologi yang dipakai fakulti-fakulti perubatan menerimanya sebagai pengetahuan dasar. Misalnya dalam buku Basic Human Embryology sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini dihuraikan sebagai berikut: "Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap:
pre-embrionik, dua setengah minggu pertama; embrionik, sampai akhir minggu kelapan; dan fetus atau janin dari minggu kelapan sampai kelahiran.

Fasa-fasa ini merujuk kepada tahap-tahap yang berbeda dari perkembangan bayi.Ringkasnya, ciri-ciri utama tahap perkembangan tersebut adalah sebagai berikut: 

-Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama ini, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian melekatkan diri pada dinding rahím. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin besar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri sendiri untuk membentuk tiga lapisan.

-Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini, bayi disebut sebagai "embrio," Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.

- Tahap Fetus
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus." Tahap ini dimulai sejak kehamilan minggu kelapan hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahap ini adalah fetus sudah menyerupai manusia dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang hanya 3 cm, kesemua organnya sudah jelas. Tahap ini berlangsung selama lebih kurang 30 minggu, dan perkembangan berlanjutan hingga minggu kelahiran.
Informasi mengenai perkembangan bayi dalam rahim ibu, baru diketahui setelah serangkaian pengamatan dengan peralatan moden dilakukan, Namun sebagaimana fakta saintifik lainnya, informasi-infomasi ini disampaikan dalam ayat-ayat al-Qur'an dengan cara yang luar biasa. Fakta bahawa informasi yang sedemikian terperinci dan tepat diberikan dalam al-Qur'an ketika bidang perubatan masih Iagi primitif, merupakan bukti nyata bahawa al-Qur'an bukanlah ucapan manusia melainkan firman Allah.

(4) Firman Allah di dalam Surah al-Qiyamah, ayat 36-40:
Al-Qiyamah 75:36أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى 
Al-Qiyamah 75:37أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمْنَىٰ 
Al-Qiyamah 75:38ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ 
Al-Qiyamah 75:39فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ 
Al-Qiyamah 75:40أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰ 
Bermaksud: Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)? (36). Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim)? (37),
kemudian mani itü menjadi segumpal darah, lalü Allah menciptakannya. dan menyempurnakan kejadiannya (scbagaİ manusia)? (38), 
lalü Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan. (39). 
Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?! (40). 
(al-Qiyamah, ayat 36-40).

Hingga baru-baru ini, orang mengira bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Atau setidaknya, dipercayai bahawa jantina ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan. Tetapi maklumat yang diperolehi daripada al-Qur'an adalah berbeza. Kerana İa menyatakan bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan”.

An-Najm 53:45وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰ 
An-Najm 53:46مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ 
Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki danperempuan (45) 
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); (46). (an-Najm: 45-46)

Ilmu genetik dan biologi molekuler yang berkembang telah membenarkan secara saintifık ketepatan informasi yang diberikan al-Qur'an ini. Kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari tubuh lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jantina.

Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin, Dua dari 46 kromosom yang menentukan struktur seorang manusia dikenal pasti sebagai kromosom kelamin.

Dua kromosom ini disebut XY pada lelaki, dan XX pada wanita. Penamaan ini didasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengekodkan sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengekodkan sifat-sifat kewanitaan.

Pembentukan seorang manusia bermula dengan penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita kedua bahagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua dalam proses ovulasi (pengovuman), membawa kromosom X. Sebaliknya. sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeda, satu berisi kromosom X dan yang lainnya berisi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y. maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin lelaki. Dengan kata lain jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom mana dari İelaki yang bergabung dengan sel telur wanita.

Maklumat ini tidak dapat diketahui hingga ia ditemui ilmu / kaji baka (genetics) pada abad ke-20. Bahkan di kalangan masyarakat, diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Itulah sebabnya kenapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan!

Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, al-Qur'an telah mengemukakan informasi yang menghapuskan keyakinan tahyul ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, tetapi air mani dari lelakilah yang menentukannya.

(5) Firman Allah di dalam Surah Luqman, ayat 14:
Luqman 31:14
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ 
Bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembalimu (untuk menerima balasan). (Luqman: 14).

Firman Allah ini menyatakan tempoh menyusu dan menceraikan penyusuan adalah dalam masa dua tahun. Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 233 lebih menjelaskan Iagi kedudukannya apabila ia menyatakan tempoh penyusuan selama dua tahun itu adalah tempohnya yang sempurna. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Al-Baqarah 2:233
وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَاۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 
Bermaksud: Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan pemusyawaratan. maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tídak ada dosa bagimu apabila kamu memberíkan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (al-Baqarah: 233).

Kedua-dua firman Allah di atas menunjukkan kepentingan dan kelebihan penyusuan dalam tempoh dua tahun. la juga menyatakan kelebihan susu ibu.

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan merupakan sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, di samping sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan, makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini pun tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setíap hari ditemukan satu khasiat baharu air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemui sains tentang air susu ibu adalah bahawa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran amat bermanfaat. Allah memberitahu kita maklumat penting ini 14 abad lalu, yang hanya diketahui melalui sains baru-baru ini.

(6) Pendedahan Rahsia Di Sebalik Garis-Garis Yang Terdapat Di Hujung Jari Manusia.

Allah berfirman:
Al-Qiyamah 75:3أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:4بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ 
Bermaksud: Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya(3) 
Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarínya dengan sempurna, (4) 
(al-Qiyamah: 3-4),

Ketika dikatakan dalam al-Quran bahawa mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia setelah kematiannya, penyusunan kembali hujung-hujung jari manusia secara khusus ditekankan:

Bukan demikian. sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung-hujung jari-jemarinya dengan sernpuma.(al-Qiyamah: 4),

Penekanan pada hujung-hujung jari memiliki ma'na sangat khusus, kerana hujung jari setiap orang unik bagi dirinya sendiri, Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki serangkaian garis-garis jari yang unik, Itulah sebabnya cap ibu jari diterima sebagai bukti pengenalan yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan untuk tujuan ini di seluruh penjuru dunia.

Apa yang penting ialah keunikan cap jari ini baru diketahui manusia di akhir abad ke-19. Sebelumnya orang menganggap garis-garis di jari langsung tidak bererti. Al-Quran pula sebaliknya datang mengarahkan perhatian kita kepada erti penting di sebaliknya. Keunikan dan kepentingannya baru mampu difahami di zaman kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan