Jumaat, Disember 09, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)326-357s 20(4)

Asas(usul) tafsir 20(4)

Alasan Para ' Ulama' Yang Menolak Pentafsiran Saintifik.
Para  ulama' yang menolak pentafsiran saintifik mempunyai alasan tersendiri. Di bawah ini dikemukakan inti patinya:

Pertama, dikhuatiri ayat-ayat al-Qur'an tidak difahami mengikut kaedah yang telah disepakati.
Pentafsiran al-Qur'an sesuai dengan sains moden mungkin terkeluar dari manhaj dan kaedah ahli-ahli tafsir.

Kedua, teori yang dikemukakan boleh berubah dan pada setiap hari akan ada penemuan baharu yang akan menolak penemuan sebelumnya. Jika diikatkan ayat-ayat al-Qur'an dengan teori tertentu maka dikhuatiri akan timbulnya keraguan kepada al-Qur'an setelah terbukti ia tidak benar.

Ketiga, al-Qur'an adalah kitab hidayah dan mukjizat, bukan tugas al-Qur'an menjelaskan masalah-masalah alam semesta dan penemuan sains.

Keempat, al-Qur'an wajib difahami seperti mana yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada orang Arab pada masa penurunannya. la tidak harus difahami berdasarkan pentafsiran saintifik yang tidak pernah diketahui orang-orang yang menerima al-Qur'an di peringkat permulaan dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan