Jumaat, Disember 09, 2022

Tafsir asas quran nota 9(302)326-357s 20(2)

Asas(usul) tafsir 20(2)
Pro Dan Kontra Sekitar Tafsir Saintifik:
Antara Pendukung Dan Penentangnya.
Terlebih dahulu perlu diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan tafsir saintifik di sini ialah memadankan penemuan sains moden dengan dalil-dalil afaaqi dan dalil-dalil anfusi yang tersebut di dalam al-Quran. sesuai dengan fiman Allah berİkut.

Fussilat 41:53
سَنُرِيهِمْ ءَايَٰتِنَا فِى ٱلْءَافَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ ٱلْحَقُّۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ
Bermaksud: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang tertentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri. sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa AI-Quran adalah benar.  Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itü dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fusshilat:53).

Ada berbagai penilaian para 'ulama' tentang memahami al-Qur'an melalui pendekatan sains modem. Ada yang menolak dan ada pula yang mendukungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan