Isnin, Januari 30, 2023

Asas kenali hadis 050-53 26/11/22


Istilah-Istilah Berkaitan Sumber Hadis 26/11/22

Sumber Hadis
1.Qudsi
2.Marfu'
3.Mauquf

4.Maqtu'

1.Hadis Qudsi
القدسي : ما أضيف فيه رسول الله صل الله عليه وسلم قولا إلى الله عز وجل
Hadis yang disampaikan oleh Nabi kepada kita melalui sanad yang disandarkan kepada Allah."

Hadis ini dinamakan Qudsi yang bermakna suci atau tinggi kerana disandarkan kepada Allah yang Maha Suci daripada segala yang tidak layak bagi-Nya. Ia juga dinamakan dengan (AL-Hadith al-llahi) dan (Al-Hadith al-Rabbaniy)

Beberapa perbezaan penting antara hadis qudsi dan Al-Quran

Al-Quran
Lafaz dan makna adalah daripada Allah
Membacanya dikira ibadat sama ada dalam solat atau selainnya.
Mutawatir adalah syarat dalam penerimaan riwayat ayat-ayat

Hadis Qudsi:Hanya maknanya daripada Allah sedangkan lafaznya daripada Nabi.
Membacanya tidak dikira sebagai ibadat. Justeru, ia tidak
boleh dibaca di dalam solat.
Mutawatir bukan syarat dalam penerimaan riwayat hadis qudsi.

Contoh Hadis Qudsi
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda; Allah
SWT berfirman: Aku menyediakan untuk sekalian hamba-Ku
yang soleh, apa yang belum kelihatan oleh mata dan didengar oleh telinga dan juga tidak timbul dalam hati manusia untuk menghayatinya.
Hadis Riwayat AI-Bukhari, Kitab Tauhid, No.8498

2.Hadis Marfu'
المرفوع ما أضيف إلى النبي صل الله عليه وسلم ،من قول أو فعل، أو تقرير ، أوصفة خلقية أو صفة خلقية ، متصلا أو متقطعا
Hadis Marfu' ialah hadis yang disandarkan pada Nabi SAW
melalui perkataan, perbuatan atau taqrir atau sifat tanpa mengira keadaan sanad itu bersambung atau terputus.

Contoh Sanad Hadis Marfu'
من طريق عبد الملك بن الربيع بن سبرة ،عن أببيه، عن جده قال: قال رسول الله صل الله عليه وسلم...
Daripada jalan Abdul Malik bin Rabi bin Sabrah, daripada
bapanya, daripada datuknya berkata: "Rasulullah bersabda...

3.Hadis Mauquf
المَوْقُوف : مَا أُضِيفَ إِلَى الصَّحَابِي مِنْ قَولٍ أَو فِعلٍ أو تَقْرِيرٍ، أوصِفَةٍ خُلُقِيةٍ
"Hadis Mauquf ialah hadis yang disandarkan pada Sahabat RA sama ada melalui perkataan, perbuatan atau taqrir atau sifat."

Contoh Hadis Mauquf
ما قال علي بن أبي طالب حَدِّثُواْ النَّاس بِمَا يَعْرِفُون أَتُرِيدُون أَن يُكَذِّبَ الله وَرَسُولُهُ
Ali berkata: "Berbicaralah dengan orang ramai berkaitan perkara-perkara yang mereka tahu. Apakah kamu ingin Allah dan RasulNya didustakan?."

Hadis Maqtu'
المطوع: ما أضيف إلى التابعي من قول أو فعل ، أو تقرير، أوصفة
"Hadis Maqtu' ialah hadis yang disandarkan pada Tabiin RH
sama ada melalui perkataan, perbuatan atau taqrir atau sifat.

Contoh Hadis Maqtu'
قال الحسن البصري في إمامة المبتدع: صل وعليه بدعته
Hasan A-Basri mengulas tentang solat di belakang Imam yang  melakukan bidaah: "Solatlah di belakangnya. Bidaahnya tanggung oleh dirinya sendiri."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan