Selasa, Januari 31, 2023

Asas kenali hadis 067-74 28/01/23s

Asas kenali hadis 067-74 28/01/23s

Hadis Hasan
الحَسَن: هو ما اتَّصَل سَنَدُه ، بنقل العدل، قليل الضبط عن مثله من  أول السند إلى أخره، من غير شذوذ، ولا علة قادحة
Takrif
Hadis hasan adalah hadis yang sanadnya bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang Adil, kurang kekuatan ingatan (Qalil al-Dhabt),dari awal hingga akhir sanad tanpa wujud syaz dan kecacatan yang buruk (illah)

Hadis hasan ialah hadis yang memenuhi lima syarat hadis sahih kecuali pada ketepatan hafalannya (qalil al-dhabt). Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

1.Sanadnya bersambung
2.Diriwayatkan oleh perawi yang 'Adil.
3.Diriwayatkan oleh perawi yang kurang Dhabit berbanding perawi hadis sahih
4.Tidak syaz.
5.Tidak mempunyai kecacatan (illah)

Perbezaan Sahih Dan Hasan
Perbezaan di antara sahih dan hasan ialah perawi hasan adalah kurang ketepatan dan lemah ingatan (qalil al-dhabt) sementara perawi sahih adalah sempurna ketepatan dan ingatan (kamil al-dhabt).


Sahih
Sanad Bersambung
Diriwayatkan perawi yang adil
Diriwayatkan oleh perawi yang dhabit (kamil al-dhab)
Tidak Syaz
Tiada 'illah

Hasan
Sanad Bersambung
Diriwayatkan perawi yang adil
Diriwayatkan oleh perawi yang kurang dhabit (qalil al-dhabt)
Tidak Syaz
Tiada 'illah

Contoh Hadis Hasan
حدثنا يعقوب سمعته يحدث يعني أباه ، عن يزيد بن الهاد، عن عمرو بن شعيب، عن أبيه، عن محمد بن عبدالله، عن عبدالله بن عمرو، أنه قال : إن رسول الله صل الله عليه وسلم قال في مجلس: ألا أحدثكم بأحبكم ألى وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة ؟ ثلاث مرات يقولها ، قال : قلنا: بلى : يارسول الله، فقال: أحسنكم أخلاقا.

Ya'aub menceritakan, daripada Bapanya menceritakan, daripadaYazid-iaitu lbn al-Had-daripada Amr Bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa dia mendengar Nabi S.A. W telah bersabda: "Mahukah kamu aku ceritakan orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku di kalangan kamu pada hari kiamat?" Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. Kami berkata:
"Babkan wahai Rasulullah!" maka berkata Rasulullah "laitu orang yang paling baik akhlaknya" .
Hadis riwayat Musnad Ahmad

Nabi saw->Datuk Amru ->Syuaib->Amru Bin Syuaib->Yazid Bin Alhad->Bapa Ya'qub->Ya'qub

Rantaian Sanad
Perawi
Martabat Perawi

Perawi>>Datuk Amru
Martabat Perawi>>Sahabat

Perawi>>Syuaib Bin Muhammad
Martabat Perawi>->Saduq

Perawi>>Amru Bin Syuaib
Martabat Perawi>>Thiqah

Perawi>>Yazid Bin Alhad
Martabat Perawi>>Thiqah

Perawi>>Bapa Yaqub
Martabat Perawi>>Thiqah

Perawi>>Ya'qub
Martabat Perawi->>Thiqah

Disisi para ulama hadis, Amru Bin Syuaib adalah (Saduq) iaitu yang jujur.Begitu juga bapanya Syuaib Bin Muhammad adalah yang jujur (Saduq).

Disebabkan Amru dan bapanya Syuaib dinilai saduq, maka hadis ini dikira sebagai hadis Hasan. Ini adalah kerana pada pandangan para ulamak dalam bidang ilmu hadis, saduq adalah kurang ketetapan dan hafalan(kedhabitannya) berbanding dengan thiqah.

Bahagian-bahagian Hadis Hasan
Hadis Hasan terbahagi kepada dua bahagian:
Hasan Lizatihi
Hasan Lighairihi

1.Hasan Lizatihi
Apabila sesuatu hadis itu dikatakan hasan secara mutlak tanpa sebarang syarat, maka ia bermaksud hasan lizatihi. Takrif serta contoh bagi hasan lizatihi telah diberikan di dalam perbahasan sebelum ini di bawah tajuk hadis hasan.

2. Hasan Lighairihi
Hasan Lighairihi ialah hadis yang wujud pada sanadnya perawi yang tidak diketahui keadaan atau kedudukannya yang sebenar (مجهول)Syaratnya, dia bukanlah perawi yang banyak melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadis, bukan seorang yang ditohmah sebagai berdusta (متهم بالكذب ), dan hadis yang diriwayatkannya juga hendaklah disokong oleh hadis yang lain.


PERHATIAN
Bukan semua hadis dhaif boleh diangkat menjadi hasan lighairihi. Terdapat syarat yang ditetapkan untuk menaikkan ia menjadi hasan lighairihi iaitu:

1.Di dalam sanadnya tiada perawi yang banyak melakukan kesilapan dalam meriwayatkan hadis.

2. Di dalam sanadnya tiada perawi yang ditohmah sebagai berdusta (متهم )

Contoh Hadis Dhaif Yang Diangkat Menjadi Hasan Ligharihi Apabila Disokong Hadis Dhaif Yang Lain.
حدثنا علي بن حجر حدثنا حفص بن غياث عن الحجاج عطية عن ابن عمر قال صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم الظهر في السفر ركعتين وبعدها ركعتين قال أبو عيسى هذا حديث حسن وقد رواه ابن أبي ليلى عن عطية ونافع عن ابن عمر
Telah menceritakan kepada kami [Ali bin Hujr), telah
menceritakan kepada kami (Hafs bin Ghiyats}, dari [Al Hajjaj) dari 1('Athiyah) dari (Ibnu Umar) dia berkata, saya solat Zuhur bernama Nabi SAW dua raka'at dan setelahnya dua rakaat dalam sebuah perjalanan. Abu Isa berkata, hadis ini hasan, (lbnu Abu Laila) telah meriwayatkannya dari ['Athiyyah dan Nafi) da ri Ibnu Umar

Riwayat I (Dhaif)
Nabi saw->Ibnu Umar->Athiyyah->Al-Hajjaj->Hafs Bin Ghiyats->Ali Bin Hajar

Perawi>>Ibnu Umar
Martabat Perawi>>Sahabat

Perawi>>Athiyyah
Martabat Perawi

Perawi>>Al-Hajjaj
Martabat Perawi Saduq tapi bermasalah juga mudalis
(ciri hadis dhaif)

Perawi>>Hafs Bin Ghiyats
Martabat Perawi>>Thiqah

Perawi>>Ali Bin Hajar
Martabat Perawi>>Thiqah


RiWayat 2 (Dhaif)
Nabi saw->lbnu Umar->Nafi->Athiyyah->Ibnu Abi Laila

Perawi>>Ibnu Umar
Martabat Perawi>>Sahabat

Perawi>>Nafi
Martabat Perawi>>Thiqah

Perawi>>'Athiyya  
Martabat Perawi>>Thiqah

Perawi>>Ibnu Abu Laila
Martabat Perawi>>Saduq tapi buruk hafalan


Salah seorang perawi hadis ini, iaitu Hajjaj adalah Dhaif disebabkan dia diituduh banyak melakukan kesilapan. Tetapi disebabkan hadis ini juga telah diriwayatkan melalui jalan periwayatan (turuq) yang lain, maka lmam al-Tirmizi telah memasukkannya ke dalam kumpulan hadis-hadis
Hasan.

Hukum Hadis Hasan
Sebagaimana Hadis Sahih, Hadis Hasan juga boleh digunakan sebagai hujjah atau dalil. Walau bagaimanapun, dari segi kekuatan, ia tidak dapat menandingi Hadis Sahih. Ulama Feqah menggunakan hadis-hadis Hasan sebagai hujah dan beramal dengannya.

Kitab Yang Menjadi Sumber Utama Bagi Hadis-Hadis Hasan
1.Jami' Al-Tirmizi (Dinamakan Juga Sunan Al-Tirmizi): Karangan Al-Imam Abu Isa Muhammad Bin Isa Bin Saurah Al-Tirmizi (wafat 279H)

2.Sunan Abi Daud: Karangan Al-Imam Abu Daud Sulaiman Bin Al-Asy as Al-Azdi Al-Sijistani (wafat 275H)

3.Sunan Al-Nasaie: Karangan Al-Imam Ahmad Bin Syu' aib Bin Ali Abu Abd Al-Rahman Al-Nasaie (wafat 303H)

4.Sunan lbn Majah: Karangan AI-Imam Muhammad Bin Yazid Bin Abd illah Bin Majah Al-Qazwayni (wafat 273H)

5.Musnad: Karangan Al-Imam Ahmad Bin Muhammad Bin

anbal Abu Abd illah Al-Svaibani Al-Marwazi (wafat 241H)


Jom Ulangkaji
Hadis Sahih
1.Sanadnya bersambung
2.Diriwayatkan oleh perawi yang Adil
3.Diriwayatkan oleh perawi yang sempurna ingatan (dhabit
4.Tidak syaz
5.Tidak mempunyai kecacatan (illah)

Hadis hasan
1.Sanadnya bersambung
2.Diriwayatkan oleh perawi yang Adil.
3.Diriwayatkan oleh perawi yang kurang Dhabit berbanding perawi hadis sahih
4.Tidak syaz.
5.Tidak mempunyai kecacatan (illah)

74.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan