Rabu, Januari 25, 2023

Jalan yg betul memahami istilah hadits20-22

Jalan yg betul memahami istilah hadits20-22

As sahih الصحيح

Hadith sahih dapat disimpulkan dengan menyatakan:
“Hadith yang bersambung sanadnya dengan nukilan perawi adil, sempurna ketepatannya (dhabit) sehingga penghujung sanad dan bersih dari sebarang syaz (percanggahan) dan illah(kecacatan tersembunyi).”

Syarat Hadith Sahih:
1. Bersambung sanad. Maksudnya adalah apa yang 
dinukilkan oleh perawi mestilah diambil daripada orang 
lain yang juga mengambil dari seseorang sehingga 
kepada orang yang betul-betul bertemu dengan Nabi 
Sallallahu Alaihi Wasallam.

2. Perawi yang adil merujuk kepada perawi yang muslim,
baligh, berakal, taqwa dan menjaga maruah. Adil boleh 
juga disebut sebagai kredibiliti perawi.

3. Ketepatan (dhabit). Perawi mestilah seorang yang 
dapat menjaga hadith yang didengari dan disampaikannya dengan tepat tanpa ada sebarang kekeliruan. Apa yang disampaikan mestilah sama dengan apa yang dia dengar. Ketepatan ini terbahagi kepada dua iaitu sama ada tepat dari segi ingatan atau penulisan sekiranya beliau menulis dalam mana-mana kitabnya.

4. Tiada syaz atau keganjilan. Maksudnya hadith yang 
disampaikan mestilah tidak bertentangan dengan 
hadith yang diriwayatkan oleh perawi lain yang lebih 
dipercayai. Sekiranya terjadi juga pertentangan, 
kemungkinan yang berlaku adalah sama ada perawi 
tersilap atau ia termasuk dalam bab nasikh dan mansukh.

5. Tiada illah atau kecacatan tersembunyi bermaksud 
pada zahir sanad atau matan hadith kelihatan tidak 
bermasalah, tetapi setelah disemak ternyata terdapat 
perkara yang menyebabkan ia ditolak. Bidang ini sangat 
halus dan sukar dikenal pasti oleh pemula bidang 
hadith.Syarat-syarat diatas melayakkan sesebuah hadith diterima sebagai sahih. Apabila salah satu syarat tersebut tidak mencukupi, maka ia akan termasuk dalam kelompok hadith dhaif dan tertolak.


Jenis Hadith Sahih:
1. Sahih Li Zhatihi: bermaksud hadith yang benar-benar 
sahih yang menepati kelima-lima syarat hadith sahih.

2. Sahih Li Ghairihi: bermaksud hadith hasan atau lebih 
tepat hasan li zhatihi yang diangkat darjatnya menjadi 
sahih kerana mempunyai faktor tertentu sama ada 
disokong oleh hadith hasan sepertinya atau disokong 
dengan hadith sahih. Jika tidak, ia akan kekal sebagai 
hasan.
Keadaan hadith hasan diangkat menjadi  sahih li ghairih:
Hasan+ hasan
Hasan +Sahih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan