Isnin, Januari 30, 2023

KB.000 5 cara tahan marah spontan kepada anakPause

KB.000 5 cara tahan marah spontan kepada anak
Pause

1. Ketapkan bibir , tahan jangan bercakap apa-apa(nonverbal).
2. Menunjukan wajah tak suka (serius , marah) dengan perilaku anak(tidak bersuara ( non verbal)
3. Tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya sekali.
4. Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (guna tangan dan kaki dengan selamat)
5.Pergi dari situ untuk akses air dan udara  samada minum air, ambil wudhu' , mandi laju-laju , buat kerja rumah.

Saya tahu ramai yang tercari-cari formula untuk kawal emosi.

Namun saya sedar ramai yang penat dan tak tahan dah sebab ia berulang saban hari , sampai bila?

Sebenarnya anda perlu dalami diri kenalpasti apa 'trigger' anda dan usaha  untuk rawat atau cegah.

Contoh trigger
💥anda pantang dengar budak kecil menangis lama-lama
💥anda pantang dengar orang membentak-bentak  marah dan protes
💥anda pantang rumah bersepah benda kecil-kecil
💥anda pantang suami tinggikan suara pada anak atau anda

Contoh rawat :

Kenalpasti punca, pengalaman lalu, proses ia, maafkan dan lepaskan (forgiving and letting go), then set azam baru dan tindakan, move on

Contoh cegah
Minta pasangan 'handle' anak bila anak mula tanda-tanda nak buat anak marah, atau buat awal skrip 'pre event kepada anak/teknik  'hypnoscript'(ambil masa tapi amat berkesan )/ teknik apa-apa agar reaksu anak akan kurang dari kebiasaan , maka anda akan kurang reaksi negatif nanti.(pencegahan dengan ilmu, bukan ikut- ikutan.
Setiap orang memang tak sama.
Kenali diri anda.
Emosi marah -letaknya di mana di badan anda?
(Eh Sahar seminar)

Care ❤
Sebab saya ambil berat pada anda
Saya sayang anda
Anak- anak anda apatah lagi, anda idola dunia dan idola mereka.😊
Anak-anak anda tu dunia anak saya juga nanti😉

Maznah Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan